16

11 1 0
                                    

Hana termenung di tepi tingkap. "Hana sayang. Tengok apa kat luar tu?" Tanya Kartini. Hana senyum ke arah ibunya. "Ambil angin pagi je ibu." Kata Hana sambil melemparkan senyum. "Ke teringat dekat Haris? Atau Ris cafe maybe?" Duga Kartini. Hana senyum. "Mestilah teringat ibu.. Dia orang dah ubah hidup Hana yang dulu sombong, yang dulu bongkak. Now i am a better person ibu." Kata Hana. Kartini menggosok belakang Hana. "Kalau Hana ada jodoh dengan Haris.. Pasti tak kemana juga. Percaya dengan ketentuan Tuhan okay. Bagus budak Haris tu. Dapat ubah hidup anak ibu ni." Ujar Kartini. "Ibu. Soal Haris tu tak ada apa pun.. Hana dah terima.. Hana reda." Kata Hana. "Tak apa lah. Kalau ada jodoh Hana dengan dia, cepat atau lambat pun, Hana dengan dia juga. Insha Allah. Ha.. Ni pukul berapa nak masuk ofis ni?" Tanya Kartini.
Hana lirik pandangan ke arah jam dinding. Sudah jam 7.05 minit pagi. "Harini Hana masuk jam 9.." Kata Hana. Kartini angguk kepala. "Dah boleh bersiap dah ni. Sebelum keluar, breakfast dulu tau." Pesan Kartini. "Okay ibu." Jawab Hana. Kartini keluar dari bilik Hana. Hana duduk di atas katil. Move on Hana. Salah kau jugak tak terangkan siapa sebenarnya kau dulu kat dia dan family dia.

Hana membelek kertas di atas mejanya. June mengetuk pintu bilik sambil tersenyum. "May I come in?" Tanya June di muka pintu. Hana angguk kepala sahaja. "Why you look so sad ha?" Tanya June. "Teringat dekat your ex boss ke?" Tambah June. Hana pandang June. "Nothing lah. Macam blur lagi nak start kerja ni. After few months I left kan." Kata Hana. "Need my help?" Tanya June. "Tak apa.. Kalau ada yang I rasa macam blur-blur.. I will ask for your help. Immediately!" Kata Hana. June menghulurkan fail kepada Hana. "Check list for the reports and news agencies untuk kita punya project dekat Gombak. Government project also tau." Kata June. "Serious lah? Wow.. Menarik. Untung la company nanti." Kata Hana sambil membelek fail yang diberi oleh June tadi.

Hana mengacau air di pantri. Milo panas di bancuh. Dia duduk sebentar di kerusi.
"Eh hai cik Hana." Ada staff baru masuk ke pantri seakan takut-takut. "Hai.." Balas Hana. "Nak buat air ke?" Tanya Hana. Lelaki itu tersenyum kecil. "Nak minum air suam je cik Hana". "You department mana eh?" Tanya Hana. "Saya Rayyan. Department HR." Jawab Rayyan. "HR bukan ke  level 3? Macam mana boleh escape sampai level 5 ni?" Tanya Hana. Rayyan garu kepala yang tidak gatal. "Tadi.. Ada dokumen yang nak kena hantar dekat level ni. Lepas tu.. Rasa nak minum air jap. Tu yang singgah pantri ni." Jawab Rayyan. Hana angguk kepala. "Janganlah takut sangat dengan I. I tak makan orang. Don't worry" kata Hana sambil mengacau air milo panasnya di dalam mug. Rayyan kelihatannya selesai minum air. "Saya naik atas dulu cik Hana." Pamit Rayyan. Hana angguk sahaja. Aku ni bossy sangat ke? Staff pun takut-takut dengan aku.. 😌

Hana dan June memasuki ruang lif. "I am very hungry right now Hanna." Kata June sambil menekan butang lif.

Ting! Pintu lif terbuka.

Hana dan June melangkah masuk ke dalam lif. Ada seorang staff berada di luar. "Hey come in," ajak Hana. June menahan pintu lif dengan menekan butang lif agar tidak tertutup. "It's okay cik Hana. You both go first." Kata perempuan itu. Hana masih mengajak perempuan itu untuk masuk sekali ke dalam ruang lif. "Come in. Nak turun bawah jugak kan?" Tanya Hana. Perempuan itu mengangguk. "Ha.. Come in." Arah Hana. Perempuan tadi tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam lif.
Pintu lif tertutup. "Nama you apa?" Tanya Hana. "Nama saya Syakila." Jawab perempuan itu. "Sorry, sebelum ni I memang bos yang tak kenal anak buah I." Kata Hana. "Tak apa cik Hana." Senyum sahaja perempuan bernama Syakila itu.

Ting! Pintu lif terbuka.

"Saya pergi dulu cik Hana," ujar Syakila sambil melangkah keluar. "Go ahead. Take care." Balas Hana sambil membuntuti Syakila dari belakang diikuti June.
"What a such difference of you Hana." Ujar June. "What?" Tanya Hana. June senyum. Langkah mereka masih berjalan menuju ke arah tempat parkir "You dah lain.. What actually he had done to you ha?" Tanya June. "Who?" Tanya Hana walaupun dalam fikirannya sudah terang-terang June berkata mengenai Haris. "Ya.. Your buah hati, sweetheart , Haris tu.." Kata June. "Apa yang lain dekat I June? I rasa macam biasa je." Kata Hana. "Your treats to staff.. Itu yang lain sekarang. Dulu.. Nak naik lif.. You tak akan benarkan sesiapa pun naik along with you except me or Datuk. Now? Can you see that? Do you realize it now?" Tanya June. Hana senyum sahaja. "I don't know June. He, his family, his friends, his staff changes me. I just love them, love how they treat me even they did not even know me well. I will never forget them June." Kata Hana sayu. "And never ever forget him ya?" Usik June. Hana berdecit sahaja. "You drive." Kata Hana sambil memberikan kunci kereta kepada June.

Chocolate CakeWhere stories live. Discover now