cp 114

1.8K 295 27
                                    

"Kau dapat buat racun ke?"

Gadis elf itu terkejut mendengar soalan aku. Biasanya aku meminta ubat tetapi sekarang aku mahu racun pula.

Bukannya aku tak dapat buat racun itu, aku dapat malah aku ada panduannya tetapi sekarang peralatan dan masa untuk aku lakukan tiada. Aku terlalu sibuk dengan kajian terbaharu aku.

"Racun apa yang cik mahukan?" Soal Nava.

"Cloe."

Cloe adalah racun yang paling berbahaya pernah ada di dunia ini. Racun ini sungguh kuat sehingga boleh membunuh sesiapa sahaja yang terkenanya dalam masa 30 saat sahaja.

Disebabkan racun ini sungguh kuat, aku mahukan racun itu untuk masa kecemasan aku nanti. Lagi pula racun itu bukan sahaja digunakan untuk meracuni manusia malah ialah juga boleh dijadikan salah satu air yang digunakan dalam sihir kegelapan.

Lebih kurang seperti air suci tetapi untuk sihir kegelapan. Tidak ramai yang tahu tentang itu kerana semua itu aku yang jumpa ketika aku tidak sengaja tertumpahkan racun itu dahulu di dalam lingkaran sihir.

Hasilnya sangat bagus dimana lingkaran sihir aku menjadi semakin kuat daripada sebelum ini.

"Cik, sebenarnya saya masih tidak dapat membuat racun. Tetapi kalau cik memang mahukan racun itu, cik boleh berjumpa dengan nenek saya," balasnya.

"Nenek kau?" Aku tidak faham.

"Ya, nenek saya seorang alchemist yang sangat handal. Semua ramuan ubat yang saya dapat buat datang dari ajaran dia."

Seingat aku dulu tuan Ryzel pernah sebut tentang nenek gadis ini ketika kali pertama aku datang ke sini. Apa dia yang Nava maksudkan?

Kalau betul, itu bermakna nenek dia adalah kenalan tuan Ryzel. Tidak hairanlah kalau nenek dia seorang alchemist yang hebat. Tuan Ryzel bukan jenis seorang akan rapat sama orang itu tanpa ada sesuatu sebab yang menarik.

"Bagaimana aku mahu berjumpa sama nenek kau?" Soal aku.

Nava tersenyum lalu berjalan menuju ke almari tidak jauh dari situ dan mengambil satu kertas kecil.

"Nenek saya tinggal di sebuah gunung yang tidak jauh daripada kampung puak Elf. Cik boleh jumpa dia dengan mudah sebab di gunung itu hanya nenek saya sahaja yang tinggal," dia memberikan aku kertas yang menunjukkan tempat gunung itu berada.

Rasanya gunung yang dia maksudkan ini aku pernah pergi sebelum ini. Tak salah aku, ketika sedang mencari herba. Gunung itu terkenal dengan herba yang susah dicari, jadi aku selalu datang ke sana untuk mengutip herba.

Kalau begitu, mesti senang aku untuk ke sana. Aku boleh gunakan sihir telepotasi kerana aku pernah menginjak ke sana.

"Terima kasih, aku akan pergi berjumpa nenek kau," ujar aku lalu mengambil kertas tadi.

Ubat yang aku dapatkan tadi, aku bawa menggunakan sihir aku lalu aku mula berdiri. Sebelum aku keluar dari kedai itu, sempat aku mengucapkan selamat tinggal dahulu.

Aku banyak terhutang budi sama pemilik kedai, jadi mereka layak mendapat layanan baik daripada aku.

"Nale, kamu mahu terus balik ke?" Soal aku setelah keluar dari kedai tadi.

Budak itu tidak menjawab dan hanya memandang ke arah satu lorong di kawasan ini. Nampaknya budak ini perasaan akan hal itu. Aku fikirkan mahu sorokkan hal itu sampai pulang ke rumah tadi.

"Apa kata kita jalan-jalan dahulu," cadang aku lalu terus aku membawa Nale pergi dari tempat tadi.

"Kakak," dia memanggil aku.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now