"Irene..."
Aku terdengar suara memanggil aku namun aku tidak dapat menjawab pangilan itu.
"Irene..."
Sekali lagi dia memanggil. Mata aku terasa berat mahu membuka. Apa yang sudah terjadi sekarang?
Badan aku terasa sungguh sakit dan yang lebih teruk aliran mana dalam tubuh aku tidak teratur. Aku cuba menguatkan sedaya upaya tenaga tubuh aku untuk membuka mata.
Sikit demi sedikit aku mula membuka mata dan aku mula melihat satu sosok lelaki berambut perak dan bermata biru langit. Muka lelaki itu kelihatan sungguh risau dan gelisah.
"Irene..." dia memanggil aku lagi.
Suara itu aku kenal. Sangat kenal kerana aku sentiasa bersamanya selama ini. Dengan menggunakan tenaga yang tersisa, aku cuba membuka mulut aku.
"Putera Noir," sebut aku.
Lelaki itu terkejut lalu mendekati aku. Dia cuba menolong aku bangun dari baring aku dengan menyandarkan aku di sebatang pokok.
Rasanya tadi ketika aku sudah berjaya keluar dari alam iblis aku pingsan kerana kekurangan mana dalam badan aku. Bukan setakat mana aku berkurang malah tenaga aku juga sudah tiada kini.
"Irene, awak okay? Awak ada terluka ke tadi?" Soalnya dengan sungguh risau.
"Saya baik sahaja," balas aku.
Tangan aku mengambil satu batu spirit yang aku bawa dari poket jubah ini lalu terus aku menelannya. Sekelip mata tenaga dan mana aku bertambah. Bukan sepenuhnya tetapi cukup untuk aku berjalan dan melakukan sihir telepotasi.
"Apa sudah terjadi tadi?" Soal aku.
"Awak pengsan tepat ketika awak berjaya keluar. Gua itu pula sudah hancur sebaik sahaja awak keluar," balasanya.
"Gua itu hancur!" Aku terkejut.
Aku terus berdiri lalu berlari menuju ke gua tadi. Tempat kami kini tidaklah jauh jadi aku masih boleh pergi ke situ. Kaki aku dengan pantas berlari ke arah gua yang berada du tengah hutan ini. Putera Noir juga turut ikut sekali.
Sesampai di sana, mata aku terus terbeliak besar melihat gua yang tadinya kukuh berdiri sudah hancur menjadi serpihan kecil. Pintu gua yang menjadi tempat masuk tadi juga sudah tertimbus dengan batu.
Ini memang tidak salah lagi bahawa pintu iblis sudah hancur. Bukan sahaja hancur malah sihir yang ada pada pintu itu juga aku sudah tidak dapat rasai.
Aku sepatutnya berasa gembira tetapi entah kenapa hati aku terasa kosong sekarang. Adakah ini kerana pertemuan aku sama tuan Ryzel tadi?
Aku tahu aku mesti terima segala ini tetapi hati aku tetap bersedih. Satu-satu cara untuk bertemu tuan Ryzel lagi sudah lenyap begitu sahaja. Nampaknya aku mesti belajar untuk menerima semua ini.
Aku tidak boleh ikut keegoan hati aku sahaja. Musnahnya pintu itu dapat menyelamatkan banyak nyawa di negara ini. Kalau aku tidak lakukannya maka penduduk negara ini akan dalam bahaya.
"Irene, kenapa awak lari ke sini tadi?" Soal putera.
Dia belum tahu tentang hubungan aku saka tuan Ryzel. Kalau dia dengar dia mesti fikir aku ni orang gila kerana rapat dengan raja iblis. Bukan rapat sahaja malah aku sudah menganggapnya sosok ayah yang layak untuk aku.
"Tak ada apa-apa. Saya hanya mahu lihat tempat ini sahaja," jawab aku.
Mata aku memandang sekeliling tempat itu melihat apa yang sudah terjadi dan tiba-tiba mata aku menangkap sesuatu tidak jauh dari gua itu.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...