"Apa tuanku baik sahaja?" Soal seorang pengawal di hadapannya.
Noir hanya diam tidak menjawab soalan itu. Matanya hanya memandang tajam arah Irene berlari tadi.
Daripada apa yang dia lihat, ada 3 orang yang mengejar Irene, jai itu bermakna sekarang di sini ada 3 orang juga.
Noir ingin menghabiskan semua ini dengan cepat tetapi dia harus membuat semua pengawal yang tersembunyi itu keluar. Kalau dia bunuh pengawal di hadapannya kini, nanti mesti akan ada pengawal yang sempat larikan untuk memberi laporan kepada raja.
Dia tidak boleh biarkan semua itu. Dia harus umpan semua pengawal untuk datang kepadanya dan bunuh mereka dengan segera.
"Tuanku, patik rasa lebih baik tuanku balik sekarang. Patik akan pastikan orang tadi tertangkap," ujar pengawal itu sambil menyentuh bahu Noir.
Tangan Noir dengan cepat menepis tangan lelaki tadi lalu memandang tajam muka lelaki itu. Terus hadir rasa gerun dan takut dalam diri lelaki tadi apabila melihat muka Noir begitu.
"Arah semua pengawal yang berada di sini menghadap aku sekarang," arah tegas Noir.
"Tapi, mereka sedang dalam misi menjaga pintu iblis."
"Kau mahu ingkar arahan aku. Hukuman untuk sesiapa yang ingkar arahan puteta mahkota adalah mati," Noir menekan katanya.
Lelaki tadi terkejut lalu melutut ke tanah. Kalu pertama dirinya melihat aura yang menakutkan datang dari putera mahkota ini. Dulu semua orang berkata dia adalag seorang lembut tetapi nampaknya itu tipu semata-mata.
Mana mungkin begini boleh dikatakan lembut. Dia sekarang sudah seperti menghadap seseorang yang sangat berbahaya dan boleh mengambil nyawanya bila-bila nasa sahaja.
"Maafkan patik tuanku. Patik akan panggil mereka sekarang," ujar pengawal tadi.
Noir hanya diam dan melihat perilakunya pengawal itu. Lelaki tadi mula bersiul lalu muncul 2 orang lagi rakannya yang menyorok dibalik pokok.
"Kami menghadap Yang Mulia Putera Mahkota Verish," ujar dua pengawal tadi sambil melutut.
Noir tersenyum sinis. Sekarang semuanya sudah ada. Dia akhirnya boleh menjalankan misi dia pula. Harap sahaja Irene tidak sampai sini dengan terlalu cepat.
Kalau boleh dia tidak mahu tunjukkan sini lain dirinya di hadapan gadis itu. Bukannya dia malu tetapi dia takut Irene akan terkejut melihat dirinya yang sebenar.
Selama ini dia memang tidak pernah membunuh manusia tetapi di kehidupan dia menjadi Yagiz, dia telah membunuh banyak manusia. Dalam peperangan, saling membunuh adalah satu perkara yang biasa.
Dan sebab itu dia tidak pernah takut untuk membunuh manusia mahupun menyeksa manusia. Semua sifat itu memang sudah ada tertanam dalam dirinya sejak dulu lagi.
"Tuanku, kami-"
Belum sempat lelaki tadi menghabiskan katanya, tiba kepalanya terputus dari tubuh asal. Pedang Noir yang menebas kepalanya tadi menitiskan darah lelaki itu.
Dua orang rakannya yang melihat semua itu terus terkejut dan berdiri. Mereka sudah sedia dengan senjata masing-masing untuk melindungi diri mereka.
"Apa yang tuanku cuba lakukan? Tuanku tidak boleh membunuh pengawal diraja begitu," ujar salah seorang daripada.
"Kenapa aku tak boleh? Itu adalah hak aku untuk membunuh atau tidak," balas Noir sambil berjalan nendekati mereka.
Dua orang pengawal tadi mula berasa ketakutan. Mereka takut untuk melawan atau tidak. Kalau mereka lawan, nanti mereka akan disalahkan kerana cuba membunuh putera mahkota tetapi kalau mereka tidak serang, nyawa mereka akan melayang.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...