cp 108

2K 299 15
                                    

Serbuk putih turun dari langit mengena tanah negara ini. Angin yang sejuk membuat diri aku sedikit gementar. Kota yang selalunya sunyi pada waktu malam kini penuh dengan suara, cahaya dan muzik yang memecah gegendang telinga aku.

Ramai penduduk berkumpul di tengah kota menyambut festival ini. Walaupun bulan sudah tegak di atas kepala namun mereka menyambut festival yang hanya ada sekali setahun ini.

Sekarang satu negara ini sedang menjalankan festival musim sejuk. Festival ini akan berlaku selama satu hari ini akan menjadi satu festival termeriah dan yang paling seronok.

Itu mungkin untuk sekarang namun bukan selepas jam 12 tengah malam ini. Mereka akan hadapi satu bencana yang tidak akan mereka jangka.

Tepat pada jam 12 tengah malam ini, tuan Elroy akan menjalankan tugas dia dan aku bersama putera Noir akan bergerak ke pintu iblis. Kami bertiga akan melakukan misi yang berlainan namun pada masa yang sama.

Dengan rancangan ini, mungkin sukar untuk penduduk mensyaki bahawa ada dalang disebalik semua kejadian itu.

"Awak sudah sedia?" Soal putera Noir di hadapan aku.

Aku mengangguk kepala lalu memasang jubah untuk menutupi muka aku. Manakala putera pula sudah sedia dengan sihir telepotasinya.

Kali ini putera Noir yang akan membawa aku ke tempat pintu itu berada kerana hanya dia yang pernah pergi ke tempat itu. Aku pula tidak pernah.

Tangan putera Noir dihulurkan kepada aku lalu aku mencapau tangan itu. Tidak sampai 5 minit, kami berdua telah tiba di sebuah hutan.

Mata aku memandang ke sekeliling. Sunyi namun ada sesuatu yang tersembunyi sedang melihat kami. Aku tahu itu mesti pengawal yang diarahkan oleh raja untuk mengawal tempat ini.

Dia mesti sudah pilih pengawal yang berbakat. Kalau orang biasa rasanya mereka tidak akan perasaan kehadiran pengawal ini.

"Irene, kita akan bergerak seperti yang kita rancang tadi," bisik putera.

Aku mengangguk kepala lalu berjalan sedikit mengundur manakala putera hanya berdiri tetap di situ. Tangan aku mengeluarkan pedang dan terus aku halakan ke arah putera.

"Cepat beritahu aku, mana tempat itu!" Kasar suara aku bercakap.

Jangan pelik. Ini bukan betul dan hanya lakonan sahaja. Rancangan kami ialah, aku mesti berlakon seperti sedang mengugut putera untuk menunjukkan arah pintu iblis itu.

Dan selepas menunggu untuk orang yang sedang untuk melihat kami. Mereka mesti mahu menolong putera mahkota ini. Tak akan mereka mahu lihat sahaja dia diugut kejam oleh aku.

"Aku sudah bawa kau ke tempat ini, jadi kau bolehlah cari sendiri," balas putera.

Rasa pelik pula bercakap kasar sama putera Noir begini. Tak biasa dan terasa biadap dengan keluarga diraja.

"Kau memang menempah maut!" Aku terus menghanyunkan pedang tadi ke arah leher putera namun tiba-tiba...

Teng!

Pedang aku ditahan oleh satu lagi pedang. Seorang lelaki berpakaian serba hitam dan menutup separuh mukannya menatap tajam aku.

Seorang sudah keluar dan sekarang ada 5 orang lagi belum.

"Siapa kau? Berani kau mengugut puteta mahkota negara ini!" Suara lelaki itu bercakap dengan aku.

Aku tersenyum senis lalu kaki aku sedikit berundur ke belakang. Tangan aku yang menahan pedang tadi dengan laju menolak pedang lelaki itu dan selepas aku berjaya membuat lelaki itu sedikit bergerak, aku terus berlari ke belakang.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now