Satu anting-anting hitam ditatap oleh aku. Itu adalah hasil tangan aku sendiri yang diperbuat daripada batu spirit yang aku peroleh beberapa hari lepas.
Selepas hampir 3 hari aku tak rehat, akhirnya siap benda ini. Aku juga sudah buat kajian tentang benda ini dan hasilnya sungguh memuaskan. Aku yakin benda ini boleh mengawak sihir Nale.
Anting-anting berpermata hitam itu diambil oleh aku lalu aku masukkan sedikit sihir pelindung. Walaupun tidak berapa kuat, sekurangnya dapat melindungi Nale kalau aku tiada di sisinya nanti.
Selesai aku meletakkan sihir pelindung tadi, aku terus menyimpannya di dalam satu kotak kayu. Sekarang masa untuk aku balik pula. Aku mesti pakaikan benda ini pada Nale.Baru sahaja aku mahu bergerak pergi, tiba aku terperasan bahawa akan satu bunga yang berada di atas meja kerja aku. Tangan aku memcapai bunga itu.
Seingat aku, ini adalah bunga yang berikan oleh Vivre beberapa hari lepas. Aku masih tak buang lagi ya? Biasanya aku akan buang. Ni mesti sebab aku sibuk sangat dengan batu spirit itu.
Tapi kalau dilihatkan dari segi bunga ini nampak cantik juga. Walaupun sudah berberapa hari aku tinggal di atas meja, ianya tidak langsung menampakkan dirinya akan layu. Masih elok.
Rasanya ini bukan bunga biasa. Kalau tak salah, di perpustakaan menara ini ada buku tentang tumbuhan. Mungkin nanti aku akan cari buku itu untuk cari tahu tentang bunga ini.
Bunga yang dipegang aku tadi, aku bawa ke sebuah bekas yang diperbuat daripada kaca. Aku simpannya disana kerana bekas itu ada sihir untuk mengekalkan sesuatu itu hidup dengan jangka masa yang lebih lama.
Kalau aku nak cari maklumat tentang bunga itu mesti akan ambil masa yang lama, jadi aku harus simpannya di sini.
Selesai urusan aku dengan bunga itu, aku terus membuka sihir telepotasi. Tak sampai 1 minit, aku sudah berada tepat di sebelah katilnya.
Dapat aku lihat wajah budak itu yang sedang tertidur akibat sihir aku. Maaf terpaksa buat kamu begini. Hanya ini yang boleh aku lakukan untuk selamatkanya ketika itu.
Satu kerusi yang aku berada di sebelah katil itu ditarik oleh aku lalu aku duduk di sana. Mata aku menatap satu wajah Nale yang sedang tenang tidur di situ.
Aku mengambil anting-anting tadi lalu aku pakaikan di telinga Nale. Seterus, aku meletakkan tangan aku di dahi Nale dan aku terus menghilang sihir tidur yang aku letak pada dia.
Berasa sedikit lega apabila aku melihat tiada apa-apai jadi pada budak itu setelah aku buang sihir tadi. Sekarang aku hanya perlu tunggu dia bangun sahaja.
Badan aku disandarkan di kerusi ini sambil aku cuba merehatkan diri. Jujur aku kata, aku sangat penat sekarang. Siapa sahaja tidak penat kalau balik dari tempat itu terus berkerja tanpa berehat.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...