"Jadi bagaimana?" Soal aku setelah habis menjawab soalan tadi.
Sejujurnya seronok juga jawab soalan itu. Walaupun agak sukar kerana ada muslihat lain tetapi aku suka. Ianya seperti aku sedang berada di medan perang itu sendiri.
"Baiklah, aku terima jawapan kau. Kau lulus," nada lelaki itu kurang bersemangat.
Dia mesti mahu aku gagal tetapi kenyataannya aku lulus dengan cemerlang sekali.
"Sekarang bagitahu aku cara selesaikan masalah aku tadi," pinta aku.
Lelaki itu mengeluh lalu menundukkan badannya mengambil sesuatu di tanah. Kemudian dia meminta tangan aku untuk memberikan sesuatu.
Aku memberikan tangan aku lalu dia berikan aku satu batu berwarna putih. Ini bukan batu tepi tasik ini tadi ke?
"Batu apa ini?" Soal aku untuk kepastian.
"Batu dari tasik tu."
"Untuk apa?"
"Saja beri kau."
Aku menggenggam kuat batu tadi lalu membalingnya sekuat hati ke dalam tasik. Seterusnya aku menarik kembali kolar baju lelaki ini.
Semakin geram hati aku. Aku tengah serius dia boleh bawa main-main pula.
"Sekali lagi kau main-main dengan aku, aku tak teragak capak kau dalam tasik tu," marah aku.
"Okay, okay. Aku gurau jer tadi," lelaki itu cuba melepaskan diri.
"Kalau macam tu seriuslah dengan aku," aku menggoncang badannya kuat.
"Ya, kau lepas dulu aku. Pening kepala aku ni!"
Tangan aku melepaskan bajunya. Lelaki itu memegang kepalanya yang mungkin pening akibat aku.
Sekali lagi dia buat macam tu dengan aku, aku akan buat yang lebih teruk. Mungkin aku terus campak dia ke tasik itu.
Aku sudah tak kira dia dewa ke apa, yang pasti aku nak tahu jalan penyelesaian itu. Aku ni tadi penat jawab soalan dia tahu tak!
"Kau lah orang pertama buat aku begini. Raja iblis pun tak pernah buat aku begitu," katanya seakan memerli aku.
Aku tak kisah itu hanya berdiam diri. Baguslah aku pertama kali. Biar dia kenal sikit siapa aku yang patut dia hormat juga.
"Aku ada jalan penyelesaian masalah kau tu, tapi dengan satu syarat," dia mengangkat satu jarinya.
"Syarat? Tadi aku dah jawab soalan kau, dan sekarang kau nak bagi syarat pula. Lepas ni apa lagi kau nak, hah?" Marah aku.
Aku bukan main penat jawab soalan dia, dia boleh pula minta satu syarat dari aku.
"Nak atau tak nak. Kalau tak nak tak apa. Kau fikirlah sendiri jalan penyelesaian tu sendiri. Aku pun boleh pergi sekarang," ujar lalu aku berniat ingin melangkah pergi.
Dengan pantas aku menarik baju dia memberhentikan dia. Kali ini nampaknya aku terpaksa ikut kata dia. Tidak ada cara lain lagi.
"Ya, aku ikut kata kau. Apa kau nak?" Balas aku.
Lelaki itu tersenyum lalu menoleh semula ke arah aku.
"Buat perjanjian jiwa sama aku."
"Apa!" Aku terkejut.
Gila ke apa buat perjanjian jiwa sama dewa ini. Aku sudah buat dua perjanjian jiwa sama iblis bawahan aku dan sekarang dia nak juga.
Dia fikir badan aku ni dapat terima banyak perjanjian jiwa ke? Untuk buat perjanjian sama Lexu dan Norn sahaja aku sudah juga 40% jiwa aku.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...