"Aku boleh tolong kau, tapi kau mesti lepas ujian yang aku berikan."
Aku sedikit tersentak. Tidak tahu pula dia akan berikan ujian pada aku. Aku memang tidak menjangka semua itu.
Tapi aku harus lakukan juga. Orang seperti dia, kalau tak sakitkan hati aku lebih lagi memang tak akan puas. Aku yakin ujian yang dia katakan itu mesti untuk sakitkan hati ku sahaja.
Harap sahaja nanti aku tak lepas kendali kerana lelaki ini. Sekarang pun aku tengah cuba bersabar.
"Baiklah. Apa ujian kau?"
Lelaki itu tersenyum lalu dia mengangkat tangannya dan muncul satu gambaran yang menunjukkan aku satu kawasan padang yang luas.
Di tengah kawasan itu ada satu batu besar berwarna merah dan disekelilingnya penuh dengan manusia berperisai. Seperti suasana perang sahaja.
"Aku nak kau jawab soalan aku dan kalau aku suka dengan jawapan kau, kau akan lepas ujian ini."
Main suka, tak suka pula. Ini kalau jawapan aku betul tapi dia tak suka, mesti aku akan gagal. Mana adil begitu.
"Mana adil kalau macam tu," ucap aku membangkang.
"Ini bukan soal adil ke tidak. Sekarang ujian tu aku yang buat, bukan kau. Jadi suka hati akulah nak buat macan mana."
Aku mengetap bibir ini. Geramnya hati aku tapi aku tahan sahaja. Ingat Irene, ini demi Nale. Kalau bukan sebab Nale sudah lama aku tarik rambut panjang lelaki itu.
"Soalan dia senang. Dekat sini kau sudah lihat satu situasi perang. Tujuan perang ini adalah senang iaitu mereka mahukan batu yang berada di tengah tempat ini. Di pasukan ini, ada lima orang ahli. Seorang penyihir sebagai ketua, seekor naga, seorang elf yang menguasai sihir penyembuh dan dua orang pahlawan yang sangat hadal. Manakala pasukan lawan ada 500 ahli yang semua pahlawan terlatih dan seorang ketua. Aku nak kau, bagitahu aku, bagaimana strategi pasukan 5 orang ini untuk dapatkan batu ini dahulu sebelum pasukan lawan?" Selesai dia menanya.
Soalan dia ini agak sukar kerana melibatkan startegi perang. Walaupun aku pernah pergi berperang namun tidak semua strategi aku tahu. Yang aku tahu adalah aku bantai jer semua musuh di hadapan aku. Mana aku mahu dengar semua startegi kalau aku boleh bunuh jer semua orang.
Tapi tak sangka pula aku akan ditanya tentang hal itu di sini. Salah aku juga tidak mahu tahu tentang ini ketika belajar dahulu.
Sambil aku mengeluh, aku melihat gambaran situasi perang yang berat sebelah itu. Gila ke apa tak berat sebelah bila pihak 1 hanya ada 5 orang dan pihak lawan ada 500 orang. Berat sebelah betul.
"Sebelum aku jawab soalan kau, aku nak tanya kau beberapa soalan," ujar aku.
"Silakan."
"Apa kegunaan batu yang ada di tengah ini?"
"Batu itu batu yang boleh mengawal dunia ini. Sesiapa sahaja yang dapat batu itu, maka orang itu boleh mengawal dunia dan batu ini hanya muncul 1000 tahun sekali."
Sekarang aku tahu tujuan perang ini hanya untuk batu itu sahaja. Bukan sebab lain. Apa mereka memang tamak kuasa sampai berperang hanya untuk batu itu.
"Sekuat mana pihak ini?" Tangan aku menunjuk ke arah pihak yang memiliki 5 orang ahli itu.
"Mereka sangat kuat. Kalau bergabung semua mungkin setara dengan 500 ahli di pihak lawan."
Ada yang pelik ini. Kenapa aku rasakan soalan ini ada maksud lain sahaja. Kalau mereka ini sama kuat, agak mustahil lelaki ini mahu tanyakan tentang startegi perang.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...