Aku ada cuba mengesan kalau-kalau ada aura kegelapan dari tasik itu di sini namun aku tidak merasakan apa-apa pun.
Tasik itu berada jauh sangat ke sampai aku tak boleh rasakan auranya? Ataupun aura tasik itu sedang disembunyikan.
Tsk... Tsk...
Kepala aku terus menoleh ke arah satu semak tidak jauh dari sini. Aku ada mendengar sesuatu dari semak itu tadi. Mata aku dikecilkan melihat sesuatu yang berada di dalam semak itu.
Beberapa saat semak itu bergerak, akhir muncul sosok yang berada di situ. Sosok itu rupanya seekor musang hitam. Buat aku terkejut sahaja tadi. Ingatkan siapa yang datang.
Aku menghela nafas lega aku. Hati aku tadi memang hampir tercabut. Setelah banyak benda yang terjadi apabila aku datang ke sini, aku menjadi seseorang yang sensetif akan kehadiran sesuatu. Takut itu adalah benda bahaya.
Kaki aku mula melangkah kembali untuk mencari tasik yang dikatakan itu namun terhenti apabila aku terasa kain jubah aku seperti sedang di tarik sesuatu. Aku menoleh ke belakang dan kelihatan musang hitam tadi yang menarik aku.
Cepat betul musang ini datang ke sini? Rasanya tadi musang ini berada di semak itu. Apa musang ini bukan musang yang biasa?
Aku menarik jubah aku yang digigit olehnya namun dia tidak mahu melepaskan kain jubah itu. Musang inu menarik jubah aku seperti mahu memberitahu aku sesuatu.
Badan aku ditundukkan sedikit hampir setinggi haiwan ini. Aku mengusap lembut kepalanya itu sehingga dia melepaskan kain jubau aku itu.
Lepas sahaja kain jubah tadi, aku terus berlari jauh di sana. Aku tahu apa korang fikirkan. Mesti korang tertanya kenapa aku buat begini?
Jawapan dia senang. Aku tak nak menyusahkan diri lagi. Aku datang sini nak cari penyelesaian tentang masalah Nale. Bukan nak lawan penyamun, raksasa hutan dan menyelesaikan masalah lain pula.
Aku sudah cukup penat. Nale lebih penting sekarang. Kalau aku sudah dapat apa yang aku mahu, aku akan tolong apa yang lain pula. Jadi biarlah aku dapatkan apa yang aku mahu dulu.
Srek! Bam!
Tiba jubah aku ditarik dengan kuat sehingga membuat aku terjatuh. Tak guna punya musang. Ada ke dikejarnya aku. Apa lagi masalah nak menimpa aku ni?
Aku menoleh ke belakang sambil menarik kembali jubah aku yang digigit kuat olehnya. Dia ingat aku ni apa, nak buat begitu.
Semakin kuat aku cuba melepaskan gigitan itu, semakin itu musang tadi menguatkan gigitan sehingga membuat aku tercekit dengan jubah sendiri. Sial betullah!
Aku mengalah lalu melepaskan tangan aku. Musang tadi pun turut berhenti menarik jubah aku namun dia masih mengigitnya.
"Apa kau nak?" Soal aku pasrah. Nampaknya aku mesti selesaikan hal ini dulu. Kenapa agaknya perjalanan aku ini semakin sial?
Musang tadi menarik jubah aku sambil kepalanya menundukkan satu arah. Aku melihat ke arah semak yang dia datang tadi. Ada apa-apa ke di sana? Dari jarak sejauh ini agak sukar untuk aku lihat.
Aku berdiri lalu berhadapan dengan musang tadi. Musang itu menarik jubah aku memberitahu aku supaya pergi tempat yang dia tunjukkan.
Dengan pasrahnya aku mengikuti sahaja kata haiwan itu. Dia membawa aku pergi ke arah semak yang dia datang tadi.
Selama perjalanan kami, tidak sekali dia melepaskan gigitkan jubah aku. Memang tak nak aku larilah tu. Entah apa lagi kecelakaan yang aku mesti hadapi sekarang.
Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya musang itu berhenti. Sekarang kami berada di sebuah kawasan lapang di tengah hutan ini. Kawasan apa pula ni?
Tengah hutan kawasan lapang tanpa ada pokok satu pun. Dah macam padang aku lihat kawasan ini. Pelik betul.
"Jadi, kenapa kau bawa aku ke sini?" Soal aku memandang musang itu.
Tangan kecil musang tadi diangkat lalu membuat isyarat seperti mahu aku menundukkan. Apa dia mahu bercakap? Musang boleh bercakap ke? Kalau ini bukan musang biasa mungkin boleh.
Badan aku sedikit ditundukkan separas tinggi musang itu tadi. Lebih tempatnya aku sudah duduk di tanah. Walaupun musang ini musang dewasa tetapi tingginya tetap jauh lebih rendah dari manusia.
Tap! Tap!
Tangan musang itu menepuk tangan kanan yang sedang menyentuh tanah ini. Aku mengangkat tangan aku lalu diarahkan kepada musang ini. Aku rasa dia mahu aku hulurkan tangan.
Setelah aku menghulurkan tangan, tangan kecil musang tadi menyentuh membuat aku berasa hairan. Aku memandang tangan musang itu. Apa yang dia sedang lakukan?
Bawa aku datang ke sini hanya untuk menyentuh tangan aku begini. Ini ada benda tak kena ni.
"Apa-" kata aku terhenti apabila satu cahaya muncul dari musang ini.
Tubuh musang tadi bercahaya lalu membesar dan membentuk seorang lelaki yang berambut panjang. Siapa pula dia?
Finally character Fav aku keluar!!!
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasi(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...
cp 94
Start from the beginning