cp 93

1.9K 301 10
                                    

Kaki aku dengan pantas berlari di dalam hutan ini. Aku tidak tahu aku dimana sekarang tetapi aku terap berlari ke hadapan atas saran tuan Kovu.

Sejujurnya aku tidak mahu berlari begini, tetapi tadi aku seperti mendengar hentakan tapak kaki yang kuat membuat aku menjadi sedikit takut. Aku tidak dapat berlawan dengan raksasa lagi kerana mana aku tidak cukup, jadi sebab itu aku berlari seakan orang gila di sini.

Beberapa minit aku berlari namun aku langsung tidak menemui penghujung hutan ini. Yang ada di hadapan sekarang hanyalah kabus yang sangat tebal seperti jalan masuk tadi. Aku tak berpatah balikkan?

Tanpa berfikir dua kali, aku terus memasuki kabus itu. Mata aku tidak dapat melihat apa-apa kerana terlalu tebal. Tetapi disebabkan aku sedang ketakutan sekarang, aku hanya boleh terus berlari sehinggalah...

Bap!

Kaki aku tersandung sekali lagi membuat aku terjatuh ke tanah. Kenapa hari ini aku selalu sangat bernasib malang? Kaki aku ni boleh patah kalau asik tersandung sahaja.

Jujur aku kata, kalau aku boleh bakar hutan ini sudah lama aku lakukan. Biar musnah terus semua haiwan dalam hutan ini. Semua haiwan yang menyerang aku tadi memang mencabar kesabaran aku.

Untung waktu ini mana aku tak sekuat dulu. Kalau kuat, memang mereka itu akan berjumpa sama nenek moyang dengan lebih awal.

"Irene!" Tiba aku mendengar satu suara memanggil aku.

Aku mengangkat kepala aku dan terbeliak besar mata aku melihat sosok putera Noir di hadapan aku sekarang. Dengan pantasnya aku mula berdiri semula.

Mata aku memandang sekeliling kawasan ini dan kelihatan kawasan hutan yang aku berada tadi sudah bertukar. Tempat ini luas tanpa ada satu pun pokok. Hanya tempat yang lapang.

Hutan tadi memang bawa kami ke sini ke? Kawasan sangat jauh beza dengan keadaan hutan tadi.

"Awak tak apa-apa?" Soal putera. Dia juga kelihatan terkejut melihat aku selepas terpisah tadi.

"Saya tak apa-apa," balas aku. Sebenarnya aku sangat sakit. Bukan luaran sahaja, malah dalaman.

Tapi aku tak mahu tunjukkan semua itu. Dan aku juga sekarang berasa malu kerana terjatuh di hadapan putera ini. Rasanya ini kalau ketiga aku memalukan diri sendiri di hadapan putera Noir.

Ini semua salah akar pokok yang besar itu. Bukan sekali, dua kali aku kena. Sekarang aku rasa mahu membakar pokok itu.

Kepala aku menoleh ke belakang untuk melihat hutan yang membuat aku begini.

"Eh! Mana hutan tadi?" Tiba-tiba pemandang belakang aku sudah berubah.

Rasanya tadi hutan itu ada dibelakang aku sahaja tetapi sekarang sudah tiada. Hanya ada satu kawasan yang lapang dan luas berwarna hijau. Malah segala yang kelihatan suram tadi sudah tiada lagi.

Semuanya berubah seakan aku telah masuk ke dimensi lain. Hebat betul hutan tadi menjadi penghubung kawasan.

"Nampaknya hutan itu akan hilang kalau kita sudah keluar. Jadi tujuan dia memang menghubungkan kawasan ini sahaja," ujar putera.

Aku melihat sekilas ke arahnya. Baju dia kotor dengan bekas tanah bermakna tadi dia juga turut berlawan dengan raksasa hutan itu. Bukan aku seorang rupanya.

"Kalau begitu, marilah kita pergi sekarang," kata aku.

Putera Noir mengangguk kepala lalu kami meneruskan perjalan menuju ke hutan Sylvaine. Aku tidak tahu sangat bagaimana hutan Sylvaine tetapi rasanya ini bukan hutan tersebut.

Nak sebut hutan pun rasanya bukan. Kawasan ini lapang tiada pokok pun. Aku sekarang rasa seperti berjalan di tengah padang rumput yang seluas satu negeri Verish. Apa ini hanya ilusi?

Agak mustahil ada tempat seluas ini di Verish. Kawasan ini tidak pernah aku ingat tercatat dalam peta. Kalau ada tempat mesti akan terkenal dan tercatat tetapi sekarang tidak. Bermakna ini adalah satu ilusi.

Beberapa minit kami berdua berjalan dan tiba putera berhenti di tengah jalan. Matanya tajam memandang ke hadapan. Apa yang dia pandang itu?

Aku turut memendang ke arah yang dia lihat sekarang. Mata aku dikecilkan kerana aku merasakan ada sesuatu di hadapan itu dan tiba aku terlihat ada satu cahaya bersinar terang mengena mata aku.

"Irene, awak lihat benda itu tadi?" Soal putera.

Aku mengangguk kepala. Kalau ada cahaya begitu bermaksud ada sesuatu dibalik tempat ini. Walaupun ilusi boleh memgaburi tetapi ilusi tidak boleh mengaburi cahaya yang datang dari matahari sebenar.

"Mari kita masuk," ujar putera lalu kami herdua melangkah menuju ke arah itu.

Langkah sahaja kami, tiba kawasan kami terus berubah. Dari tempat yang lapang tadi kepada satu kawasan yang mempunyai hutan tebal ini.

Hutan ini berbeza dengan hutan Xiera tadi dimana hutan ini hidup subur dengan penuh kehijauan pokok dan udara yang segar. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

Hutan ini seakan dijaga oleh pari-pari. Apa ini hutan Sylvaine itu? Kalau betul, itu sungguh menakjubkan. Aku dengar dari cerita rakyat, hutan ini dibakar tetapi sekarang hutan ini hidup dengan sungguh subur.

"Nampaknya kita sudah sampai," mata putera melihat ke dalam hutan itu sambil tersenyum.

Aku juga terut tersenyum kerana semua kerja keras aku melawan raksasa labah-labah itu membuahkan hasil. Akhirnya aku boleh mencapai apa yang aku mahu.

Tangan diangkat cuba untuk menyentuh salah satu pokok di sana dan tiba satu tolakan sihir mengena aku. Ianya tidak kuat tetapi tolak sihir itu seakan tidak mahu aku memasuki tempat ini.

"Kenapa?" Soal putera. Dia pelik melihat aku begitu.

"Saya rasa ada tolakkan sihir di dalam hutan ini. Mungkin hutan ini tidak mahu menerima sihir kegelapan masuk."

Sylvaine merupakan spirit penjaga hutan yang mempunyai sihir kesucian yang sangat kuat. Mesti dia tidak mahu ada ancaman sihir kegelapan mendekati dia sehingga membuat dinding tolakan sihir kegelapan begini.

Aku tidak terkejut akan hal itu kerana aku sudah lama mengetahuinya, cuma aku agak terkejut kerana dinding itu akan sekuat ini. Mesti Sylvaine seorang sangat berjaga-jaga.

"Habis tu, macam mana awak nak masuk?"

"Rasanya putera sahaja masuk. Biar saya diluar sahaja. Saya juga ada benda lain yang saya mahu cari di sini," cadang aku.

Aku tidak ada kena-mengena dengan hutan ini, jadi aku masuk ke tidak tak apa. Apa yang aku mahu cari ialah tasik itu. Di sana aku mahu mencari jalan penyelesaian tentang masalah Nale.

"Kalau begitu, baiklah. Kalau urusan saya sudah selesai, saya akan hantar pesanan melalui sihir komunikasi," balas putera.

Aku mengangguk faham lalu putera itu membuka langkah masuk ke hutan tadi dan seketika itu dia terus menghilang. Nampaknya hutan yang subur di hadapan mata aku kini juga adalah ilusi.

Kalau bukan, aku masih boleh melihat kelibat putera Noir berjalan masuk. Tetapi sekarang sosok dia sudah tidak meninggalkan jejak pun.

Aku mengeluh penat di situ lalu memulakan perjalanan mencari tasik yang aku katakan hari itu. Aku mesti cari dengan pantas demi Nale. Tidak mahu budak itu hilang kawalan lagi.

Next cp korang akan jumpa characters baru

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Next cp korang akan jumpa characters baru.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now