cp 90

2K 335 21
                                    

Noir memandang sekelilingnya mencari sosok Irene. Angin yang kuat datang secara tiba-tiba tadi telah memisahkan mereka. Dia tidak tahu di mana Irene sekarang.

Tambah lagi dengan kabus yang sungguh tebal ini. Sekeliling dia kelihatan kosong sahaja. Dia juga tidak merasakan satu pun kehadiran benda hidup di sini.

"Irene!" Jeritnya sambil berjalan. Hatinya semakin resah apabila berpisah sama gadis itu.

Tadi dia sudah rasakan firasat yang tidak baik namun dia endahkan sahaja. Tak sangka pula firasat itu rupanya memberi amaran kepada dia.

Sepatutnya dia meletakkan sihir pengesan pada Irene supaya dia boleh tahu di mana lokasi Irene sekarang. Tapi dia tidak lakukan semua itu.

Semakim resah hatinya. Dia terus melangkah ke hadapan sambil menjerit kuat nama Irene dan hasil tetap sama. Tiada sahutan.

Dia mahu berpatah balik ke belakang tetapi nasihat tuan Kovu tadi menyuruhnya jangan sesekali berpatah ke belakang kalau ada apa-apa terjadi. Teruskan sahaja ke hadapan dan nanti akan jumpa jalan keluar.

Dia mengeluh pasrah di sana. Hatinya risau dan pada masa yang sama keliru. Adakah dia mahu mengikut kata tuan Kovu ataupun mencari Irene sekarang?

Dia tahu Irene memang bukan budak kecil yang tak tahu jalan keluar tetapi dia tetap risau. Bagaimana kalau gadis itu memang tidak tahu jalan keluar dan akhirnya a terus terperangkap di hutan ini?

"Irene, tolonglah selamat dan jumpa jalan keluar," ujarnya sendiri sambil berharap di sana.

Bush!

Tiba hadir satu serangan api di hadapannya. Untung dia sempat mengelak. Kalau tidak memang kena serangan itu.

Noir memandang ke langit yang mendung itu. Serangan tadi datang atas, jadi mesti penyerangnya ada di atas. Matanya dikecilkan melihat satu sosok yang terbang di udara itu.

Kuak!

Suara sosok itu kedengaran. Satu lagi serangan api dilemparkan ke arahnya. Noir berlari mengelakkan diri daripada mengena serangan itu.

Sosok itu tidak mahu berhenti menyerangnya dari atas udara. Itu membuat Noir agak sukar untuk menyerang balik. Dia bukannya dapat terbang.

Kuak!

Suara itu semakin kuat membuat telinga Noir kesakitan. Ianya bukan sahaja boleh mengeluarkan api, malah boleh membuat suara yang begitu kuat begitu.

Bush! Bush! Bush!

Serangan api tadi mengena tanah apabila di elak oleh Noir. Hampir hangus semua tanah dan batang kayu di sekelilingnya kini.

Noir berlari menuju ke sebuah pokok yang agak besar lalu menyorok di belakang pokok itu. Apabila sosok Noir tidak di sana, serangan tadi juga turut terhenti.

Nampaknya sosok tadi datang memang untuk menyerang Noir. Tidak salah lagi itu adalah salah satu raksasa hutan ini. Dulu hutan ini terkenal kerana memiliki raksana yang sangat berbahaya namun apabila menjelang tahun berita hutan ini sudah semakin dilupai.

Dan raksasa yang menyerang Noir tadi adalah helang Fana. Helang ini berbeza dari helang lain kerana kebolehan yang ada padanya. Burung boleh mengeluarkan api dan suara yang sangat kuat. Tambah lagi dengan pergerakannya yang sangat cepat.

Banyak manusia telah cuba untuk membunuh burung itu namun tidak ramai yang berjaya kerana burung itu menyerang dari langit dan sudah semestinya manusia tidak boleh terbang.

Kalau boleh pun ianya tidak akan setinggi burung itu. Paling tinggi pun, mungkin setinggi pokok sahaja. Burung itu jauh lebih tinggi.

Sambil dia menyorok di balik pokok itu, dia cuba memikirkan cara untuk menyerang helang tadi. Kalau dia tidak dapat terbang maka dia akan buat burung itu turun.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now