Pergerakkan kuda aku semakin perlahan apabila kami sampai di hadapan hutan yang sungguh sunyi. Walaupun matahari sudah tengak di kepala namun hutan ini kelihatan sealan waktu malam sekarang. Semua gelap seperti matahari tidak menyinari kawasan ini.
Mata aku memandang tepat di dalam hutan itu. Tidak terlalu kelihatan kawasan dalamnya kerana ditutupi oleh kabus yang sungguh tebal. Nampak mencurigakan kabus itu.
Aku seterusnya melihat ke arah puteta yang turut ada di situ. Matanya cuba membaca peta yang diberikan tuan Kovu tadi. Aku tidak tahu bagaimana peta yang diberikan oleh tuan Kovu itu namun aku dapat rasakan bahawa hutan ini bukan hutan biasa.
Lihat dari luar sahaja sudah menakutkan apatah lagi dalamnya. Perasaan aku memang tidak enak memikirkan bahawa kami akan memasuki hutan ini.
"Rasanya inilah hutan Xiera," ujar putera lalu menutup peta tadi.
Dia turun dari kuda dan aku juga mengikuti langkah. Aku berjalan mendekatinya melihat lagi ke dalam hutan itu.
Kabus hutan itu sungguh tebal sehingga aku terfikir bahawa aku boleh terpisah sama putera apabila masuk nanti.
"Putera, ada apa-apa lagi ke yang tuan Kovu beritahu tadi?" Soal aku.
"Dia ada kata bahawa kabus hutan ini sungguh tebal dan mungkin kita boleh terpisah. Jadi jangan jalan terlalu jauh. Kalau terpisah juga jangan cari orang itu dan terus ke hadapan," jawabnya.
"Jangan cari? Kenapa pula?"
"Kabus itu hanya mengaburi pandangan dan pendengaran kita. Orang itu tidak jauh, jadi kalau tetap juga mencari, kita akan semakin terpisah."
Susah juga begini. Aku tidak mahu terpisah kerana itu akan semakin menyukarkan kerja aku. Tapi kalau lihat dari segi perjalanan kami nanti, rasanya untuk terpisah antara satu sama lagi adalah perkara yang akan terjadi.
"Kalau begitu, mari kita masuk," ucap putera.
Aku hanya mengangguk faham sambil membuka langkag masuk ke dalan hutan itu. Kata tuan Kovu, kami mesti jalan kaki untuk memasuki hutan ini. Jadi sekarang kami terpaksa tinggalkan kuda ini dan terus berjalan kaki masuk.
Kaki aku sikit demi sedikit mula masuk ke hutan ini. Buat masa sekarang tidak ada apa-apa yang pelik berlaku. Hanya kabus yang tebal tetapi aku dan putera Noir masih belum terpisah.
"Kita memang kena jalan ke hadapan sahaja ke?" Soal aku kepada putera.
"Ya, tuan Kovu kata walaupun apa pun terjadi, jalan sahaja ke hadapan."
Aku berdiam mendengar kata itu. Jalan sahaja walau apa pun terjadi. Kenapa arahan itu seakan memberi amaran dan juga nasihat dalam satu masa?
Apa akan ada sesuatu yang terjadi tidak lama lagi. Firasat aku memang terasa sungguh tidak enak sekarang. Hutan ini sungguh sunyi tanpa ada satu pun bunyi.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...