cp 86

2K 345 20
                                    

"Ka-kamu penyihir kegelapan Irene!" Tiba mereka menjerit nama aku.

Ah! Aku lupa bahawa sihir penyamaran aku sudah tiada kerana berlawan tadi. Patutlah mereka kelihatan begitu.

"Kami-"

Sap!

Aku terus mengarahkan pedang ke arah mereka. Tidak kena cuma sedikit lagi hendak mengena leher mereka.

"Cakap pasal aku, kau akan jadi seperti mereka," amaran aku. Terus dua orang tadi terdiam ketakutan.

Pandai pun diam. Kalau mereka tak diam memang kena pedang tadi. Ni untung ada putera Noir tepi ini, jadi aku tak boleh bunuh mereka itu.

Sebelum aku mulakan percakapan aku, aku menjeling tajam dahulu ke arah dua pengawal yang sudah dikunci mulutnya.

"Ada apa-apa yang awak jumpa?" Soal putera Noir.

"Tak ada apa-apa. Tapi saya ada jumpa satu aura yang pelik dari badan mereka."

Mata putera beralih memandang tubuh goblin yang sudah aku bunuh tadi. Goblin ini sama seperti serigala liar yang kami lawan tadi. Di tubuh mereka ada aliran mana yang tidak teratur dan mereka seperti sedang dikawal sesuatu.

Putera Noir melangkah menuju ke satu mayat goblin yang tidak jauh dari kamu. Tangannya menyentuh kepala goblin itu lalu keluar satu cahaya sihir. Apa yang dia lakukan?

Aku yang berada di situ hanya melihat apa yang dia lakukan. Dia seakan sedang memasuki sihir kesucian di dalam mayat itu. Buat apa lakukan semua itu pada tubuh yang sudah mati. Bukannya boleh hidup lagi.

"Irene, sini kejap," dia memanggil aku.

Aku melangkah menuju ke arahnya apabila dia memanggil aku. Kenapa agaknya?

"Cuba lihat ini. Badan ini tidak dapat menerima sihir kesucian."

"Apa!" Aku terkejut.

Tangan aku menyentuh kepala itu dan hasilnya memang betul. Sihir kesucian putera tidak masuk ke badan mereka. Bagaimana semua ini boleh terjadi?

Sihir kesucian boleh masuk ke semua mahluk kecuali mahluk yang mempunyai sihir kegelapan. Jangan cakap mereka ini ada sihir kegelapan. Kalau ada pun bagaimana boleh ada. Ini bukan hutan terlarang.

"Saya rasa ada orang masukkan sihir kegelapan dalam tubuh mereka ini," ujar putera lagi.

Masukkan sihir?

Aku pernah dengar ada orang boleh lakukan semua itu tetapi ini sihir kegelapan. Bukan sihir biasa. Sihir ini jauh lebih susah untuk dipelajari, jadi siapa orang yang letakkan sihir ini?

"Dapat ke manusia belajar sihir kegelapan tanpa ada aura sihir kegelapan dalam tubuh mereka?" Soal putera itu.

"Mereka dapat tapi agak bahaya sebab sihir kegelapan tidak dapat masuk tanpa mana yang cukup di tubuh manusia biasa. Kalau dapat pun, mereka tidak akan sekuat mana mengawal sihir itu."

Putera tadi berdiam sambil berfikirkan sesuatu. Matanya memandang sekeliling seperti sedang mencari pentunjuk.

"Saya rasa mereka ini dikawal seseorang. Tapi masalahnya sekarang kita tidak tahu dimana orang itu," kata putera yang aku juga setuju.

Kalau sahaja aku biarkan salah satu dari mereka ini hidup tadi mesti ada sedikit petunjuk.

Tunggu dulu. Hidup?

Aku kata mereka hidup untuk jadi pentujuk tapi sekarang mereka mati. Jadi kenapa aku tak hidupkan mereka kembali.

Ya! Itu caranya. Aku boleh hidupkan mereka sementara dengan sihir penghidup benda mati. Kenapa agaknya aku tak terfikir semua ini?

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now