Aku bersama putera Noir melangkah keluar dari kampung ini bersama beberapa pengawal yang di arahkan tuan Kovu tadi untuk menunjukkan kami jalan yang ingin kami pergi.
Seperti yang dijanjikan, hari ini aku dan putera akan pergi menyiasat dan menguruskan masalah serangan goblin dan serigala liar itu.
Kami awal pagi lagi sudah berangkat kerana dikatakan serangan selalu bermula ketika matahari terbit. Tidak tahu pula seawal ini. Biasanya malam akan berlaku serangan tetapi ini terbalik pula.
2 orang pengawal yang menunjukkan jalan kepada kami tadi membawa kami masuk ke satu hutan. Di dalam hutan ini, aku dapat rasakan aura haiwan liar. Bukan 1 tapi banyak. Mereka juga seakan sedang bergerak sekarang.
"Kita sudsh sampai. Sini tempat serangan terakhir berlaku," kami berhenti di sebuah pokok di dalam hutan ini.
Aku melihat kawasan terakhir serangan itu berlaku. Di dahan pokok dapat aku lihat satu tanda cakaran kuku tajam. Itu mesti hasil dari serigala liar itu.
Tidak cukup dengan itu, di tanah pula terdapat bunga-bunga kecil sudah rosak seperti dihempap sesuatu. Rasanya orang yang terakhir sekali menerima serangan itu tidak dapat berlari lagi sehingga dia diserang di sini.
Cakaran di pokok itu dapat buktikan bahawa orang itu dikerjakan oleh serigala liar.
"Bila serangan terakhir ini berlaku?" Soal putera Noir.
"4 hari lepas dan orang itu sudah mati," jawabnya.
4 hari lepas. Itu masa yang cukup lama. Aku hairanlah kenapa kampung ini tidak meminta bantuan daripada pihak berkuasa. Mereka boleh tolong kalau diberitahu. Dan masalah ini boleh cepat selesai.
"Ada yang pelik tak dengan mayat itu?" Soal putera lagi.
"Tak ada yang pelik. Dia terluka cukup parah sampai dia tiada peluang lagi untuk hidup."
"Tapi, saya ada lihat beberapa barangan dia hilang," sambung rakannya yang satu lagi.
"Barangan hilang? Barangan macam mana?"
"Barangan seperti duit, senjata dan buruan dia."
Tunggu dulu. Ada yang pelik dengan kes ini. Kalau ini adalah serangan goblin dan serigala liar, tetapi kenapa barangan seperti hilang.
Buruan aku faham kenapa ianya hilang, tetapi senjata dan duit itu bagaimana boleh hilang. Bukannya goblin dan serigala liar boleh guna pun.
"Kamu berdua pengawalkan. Kamu berdua boleh berlawan?" Tiba putera Noir menanyakan soalan itu.
Dua orang pengawal tadi mengangguk kepala mereka.
"Kalau begitu, saya nak kita berpecah dua kumpulan. Kamu berdua akan pergi ke sebelah sana. Kami berdua pula aku menuju ke situ. Kalau ada nampak apa-apa jerit sahaja," perintah putera.
Pengawal tadi tidak melawan dan hanya terus berjalan menuju ke arah tadi. Aku rasa putera Noir arahkan mereka melakukan semua itu ada bersebab.
Satu ialah putera tidak ingin mereka terluka kerana arah yang mereka pergi tiada langsung aura haiwan liar. Demi menghalang mereka daripada ikut berlawan sama kami lebih baik hantar mereka ke tempat yang selamat.
Dua putera mahu lihat pergerakan aura haiwan itu. Kalau haiwan itu bergerak menuju ke arah pengawal tadi, itu bermakna haiwan itu ada dapat mengesan keberadaan manusia.
"Mari kita pergi," ucao putera itu kepada aku.
Aku mengangguk kepala lalu mengikutinya masuk ke dalam hutan tersebut. Semakin lama kami berjalan semakin kuat aku dapat rasakan keberadaan haiwan itu.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...