E || 68

26.1K 1.5K 83
                                    

PUAN Rahimah menjeling mata tak puas hati. Anak matanya melihat Alya yang sedang berbual bersama suaminya. Huh, siapa sangka lelaki yang menahan tangannya tempoh hari adalah suaminya, malah lelaki itu merupakan anak bongsu Datin Suraya.

"Huh, memang tak guna betul perempuan tu. Dia ingat dia siapa nak tipu aku? Single konon. Entah-entah dia kahwin dengan suami dia pun sebab harta. Dasar talam dua muka."

Dariel yang mendengar suara kutukan ibunya hanya bersabar. Dia tahu Alya tak salah dalam hal ini. Meski jika wanita bersalah sekalipun. Alya tetap boleh buat tindakan atas kekasaran yang berlaku pada dirinya.

"Biy..."

Dari jauh, Dariel sudah dengar suara Alya manja dengan suaminya. Alangkah indahnya, jika dia dan Medina juga sama seperti itu. Tiada halangan malah mereka juga gembira hidup bersama.

"Huh, sakit pula aku dengar suara dia gedik dengan suami. Ingat apa? Aku cemburu dengan dia? Sebab tak dapat jadikan dia menantu? Sorry, sikit. Anna tu lagi baik dari kau la."

Dariel menghela nafas perlahan. Dia juga memandang Anna yang duduk di sisinya. Gadis itu juga tiada reaksi mahu membalas apa yang dikatakan oleh Puan Rahimah.

"Ehem,"

Dariel mengangkat wajahnya. Terkejutnya melihat Ameer dan Alya berdiri di hadapan mereka. Puan Sri Suraya? Dia sudah di arah pulang sebaik Ameer tiba.

"Macam mana? Kita nak bawa kes polis atau settel sini?" tak sempat Dariel mahu memulakan bicara suara Puan Rahimah sudah mencelah perbualannya.

"Apa maksud Puan kes polis?" soal Ameer. Dia juga pelik apabila mendengar cadangan Puan Rahimah.

Puan Rahimah mengukir senyum sinis. Jadi, pasangan ini tak mahu kejadian tadi kepada pihak polis?

"Ya la. Sepatutnya kes ini jadi kes polis la. Lagipun banyak harta benda dekat butik tu rosak. Jadi, wajar la kalau kes polis pun. Biar mereka settel semuanya. Aku nak tahu juga siapa yang salah dekat sini. Kenapa, takut media tahu ke? Maklumlah, kau kan kahwin dengan CEO NZ Holding. Entah-entah cara kahwin pun kotor betul tak? Tahu-tahu je dah kahwin," riak wajah Puan Rahimah seakan tidak kisah dengan apa yang dia katakan sebentar tadi.

Memang betul la apa yang dia katakan? Suami Alya, CEO NZ Holding. Korporat ketiga terkaya selepas abang dan ayahnya. Jadi, sepatutnya perkahwinan mereka diketahui oleh ramai orang.

"Ibu!"

"Eh, Puan. Dengar sini, kami kahwin dengan cara sah di sisi agama. Ibu, ayah, keluarga saya dan keluarga Ameer ada jadi saksi akad nikah kami. Jadi, kenapa Puan nak sibuk? Lagi satu, saya tak faham la kenapa mak cik nak satukan anak mak cik dengan perempuan lain? Dia dah kahwin. Dah ada dua orang anak meski mereka adik beradik tiri dan akan datang adik mereka yang dalam perut tu bakal lahir tau, yang Puan nak pisahkan mereka kenapa? Puan tahukan musnah rumah tangga orang tu berdosa besar? Kenapa? Puan tak suka tengok anak Puan bahagia ke?"

Puan Rahimah seakan mati kata. Dia seakan tak percaya dengan apa yang dia lihat. Inikah Alya yang dia kenal beberapa hari lalu?

"Puan, sini la saya nak nasihat dekat Puan. Puan jangan la nak ganggu rumah tangga anak Puan. Sedangkan kat luar sana yang bahagia pun boleh goyah kerana orang ketiga. Inikan Puan sebagai ibu pun sanggup nak musnahkan rumah tangga anak sendiri? Bagitahu saya, ibu mana yang tak nak tengok anak dia bahagia? Semua ibu ada impian yang sama iaitu tengok anak mereka bahagia. Tapi Puan? Apa.yanh Puan lakukan? Puan musnahkan kehifupan mereka. Dan dari situ saya dapat rasa yang sampai bila-bila pun Kak Dee dengan abang Riel tak akan bahagia."

"Saya tahu saya tak sepatutnya masuk campur hal tentang keluarga Puan tapi disebabkan Darren saya gagahkan jua. Darren sayang Puan. Sayang mama dan papanya. Dhea dan adik yang Medina kandungkan. Dia nak keluarga bahagia. Meski Puan selalu apa-apakan dia. Dia tak pernah mengadu dekat sesiapa. Dia diam. Tapi apa yang dia lakukan untuk bahagia mama, papa dia. Dan buat saya kagum dan bangga dengan Darren adalah usianya yang baru 5 ke 6 tahun tapi fikiran... Huh, cuba Puan bagitahu saya, budak mana yang boleh fikir matang? Malu la sikit dengan budak kecil yang baru nak kenal pasal dunia tapi dia boleh fikir nak bahagiakan mak ayah dia?"

Puan Rahimah seakan tersentak dengan kata-kata Alya. Dariel dan Anna juga sama, mereka seolah lupa akan kehadiran Darren.

"Saya tak tahu la apa yang bermain di fikiran Puan masa tu. Kalau betul Puan nak tengok anak Puan bahagia. Sepatutnya Puan biarkan dia bersama pasangan dia. Kalau betul dia berpisah atau cerai sekalipun. Biarkan... Dah takdir. Tak de guna kalau Puan nak caci maki mereka. Semua dah tertulis. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan takdir kita."

"Saya tahu saya tak sempurna macam ustazah. Tapi saya buat semua ni bersebab. Bukan sebab sesiapa tapi kerana Allah yang hantar saya untuk menasihati Puan."

"Abang Riel, Anna. Korang pun patut sedar tentang semua ni, bukannya ikut permainan Puan Rahimah. Kalau semua duk ikut permainan ni, bila masanya nak tamat. Sedangkan game online pun, mereka pun ada rasa kalah. Saya tahu saya tiada hak tapi fikir la tentang Darren dan Dhea. Mereka masih kecil. Perlukan kasih sayang seorang ibu dan ayahnya. Tanpa ibu dan ayah bagaimana mereka nak teruskan hidup. Kak Dee, Medina, dia dah cukup derita untuk tanggung semua ni. Mungkin kat luar dia senyum, ketawa tapi dalam? Kita tak tahu."

Jeda.

Alya tarik nafasnya lalu menghembusnya perlahan.

"Saya cadangkan Puan Rahimah bawa pergi jumpa psikiatris. Saya tak tahu apa yang buat saya buat cadangan ni tapi saya rasa ini yang terbaik. Kalau tak sampai bila-bila pun, kita takkan sedar bahawa Puan Rahimah sebenarnya sakit."

"Sakit? Apa maksud awak, Alya? Kenapa, awak nak cakap ibu saya ni gila?" ujar Dariel. Tak sangka dia yang gadis ini akan mengatakan ibunya mempunyai sakit begitu.

Alya senyum nipis. Dia sudah agak bahawa Dariel akan kata begitu. Namun dia tak kisah kerana apa yang dia katakan semua benar.

"Saya tak cakap ibu abang GILA. Saya cuma cakap jumpa doktor. Lagipun, abang dan ibu dah hidup lama bersama. Takkan la abang tak sedar pasal tu lagi," bidas Alya tenang. Perkataan GILA sengaja ditekan kuat.

Dariel terdiam. Ya, apa yang dikatakan Alya ada benar juga. Dia dan Puan Rahimah sudah lama hidup bersama tapi takkan la ibunya menghidap penyakit gila pulak?

"Kalau tak de apa-apa kami balik dulu. Lagipun, hari pun dah lewat. Pasal butik tu jangan risau, kami akan ganti rugi. Jadi, kami balik dulu." Ameer meminta izin untuk pulang.

Tanpa bersalaman, mereka terus melangkah pergi dari situ. Dariel, Anna dan Puan Rahimah seakan kaku. Apa yang dikatakan oleh Alya tadi seakan menyentap hati mereka.

To be continued...

Agak-agak korang lagi berapa bab nak habis Mr. Duda ni?

Mr. Duda [ RAW VERSION ]Where stories live. Discover now