Kami berdua tiba di taman tertutup istana dengan menggunakan sihir telepotasi putera Noir tadi.
Mata aku memandang sekeliling taman ini. Sunyi dan terasa sedikit sejuk. Angin sejuk itu memang terasa menusuk kulit aku. Mungkin itu kerana sekarang hampir tiba musim salji.
"Tidak apa ke kita pergi ke sini? Majlis itu masih berlangsung dan mesti raja akan cari putera," bicara aku kepada lelaki di sebelah aku ini.
"Tidak apa. Lagipun orang tu tidak akan cari saya," balasnya sambil tersenyum.
Agak curiga aku akan putera ini. Terlalu banyak misteri tentang kehidupannya yang tertutup itu. Aku tidak tahu bagaimana putera mahkota seperti dia dapat hidup begitu.
Dia adalah putera mahkota yang satu hari nanti akan menjadi pemimpin kerajaan ini. Dia mesti muncul dikhalyak ramai untuk menunjukkan kehebatan dirinya dan mendapat sokongan para bangsawan.
Tetapi berbeza sungguh dengan semua itu. Putera ini malah tidak menunjukkan dirinya. Dia tidak menunjukkan mukanya dikhalyak ramai sehingga ramai tidak tahu bagaimana mukanya. Vivian pun rasanya lebih terkenal daripadanya.
Kenapa agaknya dia berbuat begitu? Dia seakan sedang menyembunyikan sesuatu daripada orang ramai. Apa selama ini dia sembunyikan kekuatannya?
Contohnya sekarang, dia menggunakan sihir telepotasi seperti itu sahaja. Manusia lain menggunakan sihir ini mesti berfikir 10 kali tetapi dia tanpa berfikir terus gunakan. Bukankah itu bermaksud dia sungguh kuat daripada apa yang orang tahu.
"Memandangkan kita sudah berada di sini, apa kata kita bersiar-siar sementara menunggu masa itu tiba," cadangnya.
Aku setuju dengan cadangan itu lalu bersama dia aku bersiar-siar di taman ini. Sejujurnya taman ini sungguh besar.
Walaupun taman tertutup tetapi kebenarannya hampir sama besar dengan sebuah bangunan. Tumbuhan yang indah juga banyak yang ditaman di sini berbeza dengan taman tertutup di rumah aku yang menanam tumbuhan membunuh.
Taman ini untuk kunjungan bukan untuk membuat eksperimen seperti di rumah aku. Jadi tak hairanlah kenapa tempat ini lebih cantik berbanding yang aku punya.
"Tentang pintu iblis itu, bagaimana awak hendak musnahkannya?" Tiba putera Noir bertanya.
Aku menoleh ke arahnya sambil berfikir adakah boleh aku meminta tolongnya tentang hal itu.
"Kalau saya seorang yang lakukannya mungkin agak mustahil. Saya perlukan 2 orang untuk musnahkannya," balas aku.
"2 orang? Pintu itu kuat sangat ke?"
"Bukan masalah kuat atau tidak, tapi masalahnya kalau kita hanya musnahkan pintu di alam manusia, pintu di alam iblis masih ada. Jadi kita perlukan dua orang untuk musnahkan kedua pintu itu," terang aku lagi.
Langkah putera tadi terhenti. Dia kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu. Adakah dia sangat ingin pintu itu dimusnahkan?
Aku juga ingin pintu itu dimusnahkan namun itu terasa agak mustahil untuk aku lakukan sendiri. Aku perlukan pertolongan orang setaraf sihir dengan aku.
"Bukankah agak bahaya untuk musnahkan dari dua alam berbeza?"
"Itu saya tak tahu sebab saya sendiri belum cuba. Tapi apa yang saya tahu, sebelum beberapa saat pintu itu memang musnah sepenuh, akan ada satu cahaya yang dapat tolong seseorang keluar dari tempat itu. Jadi kalau pintu musnah orang yang berada di alam iblis mesti dengan cepat keluar melalui cahaya itu."
Itu apa yang aku baca melalui buku yang tuan Ryzel berikan. Berdasarkan buku itu, dia kata cahaya itu sama seperti cahaya pecahan sihir yang akan menelepotasikan seseorang itu.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...