cp 71

2.1K 347 6
                                    

Tok! Tok!

Aku terdengar pintu bilik ini diketuk. Bacaan aku terhenti lalu aku memandang ke arah pintu itu.

"Masuk," ucap aku.

Pintu tadi dibuka dan kelihatan sosok Lexu masuk sambil membawa sepucuk surat.

"Cik, ini surat daripada istana," ujarnya sambil memberikan surat itu.

Aku sedikit kehairanan. Apa pula yang pihak istana nak kali ini? Biasanya kalau ada surat yang datang mesti daripada raja itu namun sekarang rasanya tidak ada apa-apa yang berlaku.

Nama di sampul surat itu dibuka oleh aku dan alangkah terkejut aku kerana orang yang menghantar surat itu adalah putera Noir.

Dengan pantas aku membuka surat tadi lalu membacanya. Dalam surat itu mengatakan bahawa putera Noir ingin berjumpa dengan aku di istana. Dia sudah menetapkan waktu iaitu esok dan dia juga ada mengatakan bahawa dia mahu membincangkan sesuatu yang penting kepada aku.

Membaca isi surat ini membuat aku berasa curiga. Apa yang perkara penting sangat dia mahu bincangkan?

Dan yang lagi pelik, dia tiba-tiba sahaja menghantar surat kepada aku. Selama ini aku tidak pernah mendapat surat daripadanya. Isi surat ini juga kelihatan dia memang perlu berjumpa dengan aku.

"Kau ada dengar apa-apa berita tentang istana ke?" Soal aku kepada Lexu.

"Tidak cik. Selepas kebakaran ruang bawah tanah hari itu, pihak istana terus menutup kes itu supaya tidak didengari oleh orang luar," balas Lexu.

Aku berfikir sejenak. Kalau firasat aku betul, rasanya putera ingin berjumpa dengan aku kerana ingin aku bersubahat dengannya memberontak raja.

Bagi aku, aku akan setuju dengan putera itu tetapi aku dapat rasakan sesuatu yang amat bahaya akan berlaku juga. Memberontak bukannya kerja senang.

Sedangkan aku mahu menjatuhkan Vivian juga mengambil masa berbulan-bulan. Itu pun masih belum menampakkan hasil.

Lain cerita pula dengan raja yang aku sendiri ada dendam itu. Aku sangat pasti mesti iblis Nila itu akan turut menolong raja tadi. Itu sangat bahaya. Apatah lagi manusia biasa tidak dapat melawan iblis.

"Lexu, boleh sediakan aku burung penghantar surat. Aku mahu membalas surat ini tanpa orang tahu," ujar aku.

Lexu memahami aku lalu terus dia keluar menyediakan apa yang aku mahu.

Sekarang aku mesti hantar balasan surat tadi. Kalau boleh aku tidak mahu ada orang lain tahu bahawa aku dan putera mahkota sedang berhubung.

Nanti akan muncul kecuriga di keluarga diraja. Itu boleh membahayakan putera Noir.

.
.
.

Time skip

Dengan menggunakan sihir telepotasi aku, aku sampai di hadapan sebuah taman tertutup istana. Menurut surat kemarin, putera Noir mahu berjumpa sama aku di sini.

Aku juga turut menulis surat balasan mengatakan bahawa jangan ada sesiapa tahu bahawa aku datang ke sini. Itu lebih baik daripada nanti Vivian menjadi curiga.

Dan disebabkan itu jugalah aku terpaksa gunakan sihir telepotasi untuk datang ke sini. Kalau aku guna pintu masuk nanti akan dilihat oleh para pengawal.

Kaki aku melangkah masuk ke dalam taman tertutup ini. Pintu kaca dibuka dan dapat aku lihat putera mahkota sedang duduk di sebuah meja yang terletak di tengah taman ini.

"Putera Noir," panggil aku.

Lelaki yang duduk di meja itu menoleh ke arah aku lalu tersenyum. Dia mempersilakan aku duduk dihadapan dia.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now