Syalis mengeluh sambil berbaring di atas katilnya. Sudah 2 hari majlis hari lahirnya tamat tetapi dia masih tidak dapat apa-apa berita tentang kakaknya.
Nampaknya Irene memang tiada niat mahu datang. Kalau dia tidak dapat hadir sekali pun mesti dia akan tulis surat tetapi ini, surat pun tak ada apatah lagi sosok orang itu.
Hatinya memang sedih mengenangkan bahawa kakaknya susah tidak mahu berhubung dengannya lagi. Walaupun dia tidak putus asa hantar surat kediaman itu, tetapi hasilnya tetap sama. Tiada balasan yang dia terima.
"Cik Syalis, apa kata cik keluar bersiar-siar di taman? Cuaca hari ini sungguh baik," cadang pelayan peribadinya.
"Malas," pendek balasan Syalis. Dia memang sangat malas melakukan apa-apa sekarang.
Pelayan itu mengeluh risau akan sikap Syalis itu. Tidak pernah dia melihat cik mudanya menjadi begitu. Biasanya gadis itu adalah orang paling ceria tetapi sekarang dia hanya menjadi seorang gadis yang duduk di dalam bilik tanpa keluar sekali pun.
"Kalau macam tu, apa kata cik buka hadiah yang cik dapat? Hadiah yang cik dapat sungguh banyak, jadi rugi kalau tidak dibuka," cadangnya lagi.
Mata Syalis menjeling sedikit ke arah kotak hadiah yang dia dapat untuk hari lahirnya dulu. Sepatutnya sudah dibuka tetapi disebabkan dia tidak ada semangat dia biarkan sahaja hadiah itu.
"Kalau macam tu, bukalah," arah Syalis. Gadis itu tidak bangun dari baringnya kerana dia tahu pelayan dia yang akan lakukan semua itu.
Pelayan tadi berjalan menuju ke arah lambakan kotak hadiah yang sungguh banyak itu. Satu persatu kotak hadiah dia buka dengan lembut. Dia takut hadiahnya akan rosak kalau dia terlalu kasar.
Dan setelah dia membuka semua hadiah tersebut, kelihatan kebanyakkan hadiah yang diberikan hanyalah gaun dan beberapa aksesori perempuan.
Hampir semua hadiah yang Syalis dapat begitu. Itulah yang membuat Syalis kebosanan. Dia tahu dirinya perempuan tetapi kalau semua beri hadiah yang sama, dia pun mula muak.
Hadiah seperti aksesori itu rasanya sudah terlalu banyak sehingga dia boleh membuat koleksi sendiri. Malah kalau memang sudah terlalu banyak dia akan berikan kepada pelayannya sebagai hadiah.
"Semua hadiah sama sahaja setiap tahun," keluh Syalis sendiri.
Mula muak dirinya mendapat semua itu. Mereka tidak perlu beri hadiah pun dia sudah ada semua itu.
Pelayan dia yang mendengar keluhan itu hanya boleh setuju. Tidak dinafikan bahawa setiap tahun hadiah yang cik mudanya dapat mesti adalah benda yang sama. Dia yang selalu bersama Syalis juga turut muak melihat semua hadiah yang sama.
Tidak selesai dengan semua kotak tadi, tiba dia terlihat satu kotak kayu besar terletak di kalangan hadiah tadi. Tertarik dia sama kotak itu kerana diperbuat daripada kayu.
Kalau memang dari kayu, itu bermakna hadiah di dalamnya mungkin sedikit berbeza. Tangannya mengambil kotak itu lalu membuka kuncinya.
Terpegun dia melihat ada satu panah berwarna putih yang sungguh cantik di dalam kotak itu. Kali pertama dia melihat senjata yang begitu indah begini.
"Cik, cuba cik lihat ini," pelayan tadi berikan kotak kayu tadi kepada Syalis.
Kepala Syalis menoleh sedikit lalu dia terkejut melihat satu panah putih yang cantik itu. Dia terus berdiri dari katilnya dan mendekat ke arah pelayannya tadi.
Dia terpegun dengan keindahkan panah itu. Warna putih seakan salji dan terdapat ukiran yang hanya boleh dibuat oleh seorang pengukir yang berpengalaman.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...