Hati Syalis gelisah apabila tidak melihat orang yang dia ingin sangat datang ke majlis itu tiada. Matanya berkeliaran mencari sosok itu.
Biasanya dia akan datang pada majlis yanh besar-besaran seperti ini. Tetapi kenapa hari ini tiada? Malah dirinya tidak langsung melihat sosok datang ke rumahnya lagi.
Tidak cukup dengan mencari menggunakan mata, dia juga mula berjalan mengelilingi ruang yang penuh dengan tetamu itu.
"Syalis," langkahnya terhenti apabila mendengar namanya dipanggil.
Gadis itu menoleh ke belakang dan kelihatan ayah dan abang-abangnya yang memanggilnga tadi.
"Kenapa kamu macan gelisah sahaja? Ada sesuatu terjadi ke?" Soal Crius melihat air muka Syalis yang tidak elok itu.
Gadis itu cuba berfikir sejenak. Dia mahu menanya tentang orang itu tetapi dia takut akan membuat emosi keluarganya memburuk.
"Kamu seperti sedang mencari seseorang. Kamu cari siapa?" Soal Duke pula.
Syalis mengeluh perlahan. Rasanya dia tidak boleh sorokkan hal itu. Nanti keluarganya akan semakin risau padanya.
"Ayah ada nampak kakak Irene tak?" Tanya Syalis.
Orang yang dia cari tidak lain tidak bukan adalah Irene. Syalis sangat mahu berjumpa dengan Irene pada hari ini.
Dia sampaikan sudah menyediakan semua persiapan untuk bercakap sama Irene. Tetapi malangnya dia tidak melihat kelibat gadis itu di majlis hari lahirnya itu.
"Dia tidak datang ke?" Zeev mula kehairanan.
Matanya memandang sekeliling mencari juga sosok itu. Biasanya penyihir itu akan datang ke majlis begini tetapi kenapa tiba-tiba tiada pula?
"Syalis tak tahu. Syalis sudah hantar jemputan pada dia," air muka Syalis mula menjadi suram.
Hatinya teruja tibanya hari ini kerana dia akhirnya boleh berjumpa sama Irene tetapi semuanya hancur apabila sosok itu tiada. Apa yang dia terujakan terus menghilang begitu sahaja.
Punah harapannya mahu berjumpa sama Irene. Apa yang dia rancangkan juga menjadi gagal.
"Mungkin dia sibuk. Kamu tak perlu risaukan dia," balas Duke. Dia sebenarnya tahu sebab Irene tidak datang hari ini.
Lebih tepatnya Irene tidak akan datang lagi ke rumah ini. Semuanya kerana dia. Sekarang mungkin Irene juga tidak mahu berhubung dengan keluarga ini lagi.
"Ayah tahu apa-apa ke tentang kakak Irene?" Soal Syalis.
"Ayah tak tahu. Lebih baik kamu bersedia sekarang. Tak lama lagi kamu akan beri ucapan," balas Duke dan terus berlalu pergi.
Zeev dan Crius memandang curiga perwatakan Duke itu. Mereka tahu ayah mereka itu sedang menyorokkan sesuatu dari mereka. Dan perkara itu ada kena-mengena dengan Irene.
Kalau tidak, kenapa setiap kali nama Irene dibawa dalam percakapan, Duke seakan mahu mengelak bercakap tentang gadis itu. Dulu mereka berdua pernah bercakap tentang Irene dan Duke hanya menukar topik tanpa menjawab soalan mereka itu.
Jadi kalau firasat mereka betul, Duke ada masalah sama Irene sekarang. Bukan masalah kecil tetapi masalah besar.
"Kamu berseronok sahaja majlis ini. Tak perlu risau Irene," ujar Zeev menyemangatkan Syalis.
"Betul tu, kamu adalah bintang pada malam ini," Crius turut menyemangatkan adiknya itu.
Syalis dengan hati yang sedih hanya mengangguk faham. Baginya tiada makna majlis begini kalau dia tidak dapat berjumpa Irene.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...