cp 65

2.1K 350 30
                                    

Brak!

Seseorang melanggar aku dari belakang. Aku dengan pantas menoleh ke belakang dan alangkah terkejutnya aku melihat budak Derain yang aku jumpa beberapa bulan lepas melanggar aku.

Muka budak itu kelihatan ketakutan dan pada masa yang sama menanggis. Kenapa dia begitu?

"Kamu tak apa-apa?" Soal aku.

Budak itu mengangkat muka lalu menarik tangan aku dengan wajah yang penuh ketakutan itu.

"Kakak, tolong saya," ucapnya.

"Kenapa dengan kamu? Tolong apa?" Aku merasa cemas mendengar kata budak itu.

"I-ibu saya. Dekat sana," dia menunjuk ke satu arah di kota ini.

Melihat mukanya yang begitu cemas itu membuat aku risau. Aku dapat rasakan sesuatu yang buruk telah terjadi pada ibunya.

Badan budak itu diangkat oleh aku lalu aku membawanya pergi ke arah yang dia tunjukkan tadi. Hati aku semakin cemas melihat budak ini menanggis sekarang.

Kali pertama aku melihatnya, dia seakan budak tanpa perasaan tetapi sekarang dia menanggis dan penuh ketakutan.

Beberapa minit aku berlari memasuki semula kota itu dan akhir aku sampai di tempat yang budak itu kata. Di sana melihat ramai penduduk sedang berkumpul seperti ada satu kejadian berlaku.

"Kakak, ibu sana," ujar budak itu lagi.

Aku menurunkannya lalu dia berjalan ke arah kumpulan penduduk itu. Dia menyelinap masuk dengan senang kerana tubuhnya kecil, sedangkan aku terpaksa bersabar dengan penduduk yang asik menolak aku ketika aku cuha menyelinap.

Sesampai aku di hadapan kumpulan para penduduk tadi, alangkah terkejutnya aku melihat tubuh wanita terlantar di tanah dengan darah deras mengalir keluar. Wanita itu tidak lain tidak bukan adalah ibu kepada budak ini.

"Ibu bangun..." budak itu menanggis cuba membangunkan wanita tadi.

Aku tahu kalau dia merayu menanggis air mata darah pun wanita itu tidak akan bangun. Badan wanita itu sudah tidak bernafas atau lebih tepatnya dia sudah mati.

Tetapi apa sebab wanita itu boleh jadi begini?

"Kesian betul perempuan kena langgar dengan kereta kuda."

"Lebih teruknya pemilik kerera kuda itu tidak merasa bersalah pun. Dibiarkan sahaja perempuan ini begini."

Aku mendengar bicara penduduk yang melihat keadaan ini. Jadi wanita ini kena langgar kereta kuda dan lebih teruk pemiliknya tidak merasa bersalah.

Memang ada kes dimana para penduduk dilanggar oleh kereta kuda para bangsawan tetapi mereka akan bertanggungjawab. Tidak seperti ini yang dibiarkan sahaja sehingga mati.

Aku rasa wanita ini akan selamat kalau diberi rawatan yang lebih awal. Memang siapa bangsawan yang melakukan semua ini. Tidak boleh dimaafkan.

Kaki aku melangkah mendekati budak tadi. Aku menundukkan badan lalu menepuk perlahan bahu budak itu. Budak itu menoleh ke arah aku dengan mata yang sudah merah kerana menanggis.

"Kakak, ibu sudah..."

"Ya, kakak tahu," balas aku lalu menyentuh kepala wanita yang terlantar itu.

Mata mayat wanita itu yang terbeliak besar terbuka itu ditutup perlahan oleh aku. Lebih baik aku tutup kalau tidak mahu budak ini trauma melihat kematian ibunya.

Walaupun bukan ibu sebenar tetapi aku dapat rasakan bahawa budak ini sayang wanita ini sebagai ibu sebenarnya.

"Kamu mahu ikut kakak?" Soal aku perlahan kepada budak itu. Kalau ada penduduk yang dengar mungkin mereka akau curiga dengan aku.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now