Kaki aku melangkah masuk ke kota yang ramai dengan penduduk ini. Suasana kota ini kelihatan sungguh sibuk dengan para penduduk sibuk menjalani perkerjaan harian mereka.
Tujuan aku datang ke sini hari ini adalah untuk pergi ke kedai herba yang dijalankan oleh elf secara sembunyi itu. Setelah mereka menberikan aku ubat yang boleh meningkatkan mana hari itu, aku telah melakukan beberapa kajian ke atas ubat itu.
Dan hasilnya memang mengejutkan aku. Ianya memang boleh meningkatkan mana sampai 30% dalam badan manusia. Aku seperti tidak percaya dengan keputusan itu.
Jadi disebabkan itu, kali ini aku berfikir mahu membeli lagi ubat tersebut bersama beberapa herba lain untuk kajian lain aku.
Mungkin aku boleh mencipta racun lain daripada semua itu. Kalau boleh aku mahu racun yang boleh membunuh seseorang dalam beberapa saat sahaja.
Sambil aku berjalan di kota yang sibuk itu, tiba aku terperasan seorang lelaki tua duduk di pinggir jalan. Di hadapan lelaki itu ada terdapat beberapa senjata. Dia kelihatan seperti menjual senjata.
Tetapi kenapa jual di pinggir jalan seperti ini? Dia juga kelihatan tua dan tidak terdaya. Adakah dia dipaksa melakukan semua itu.
Aku berjalan menuju ke arahnya lalu berhenti tenpat di hadapan dia. Lelaki tua itu mengangkat wajahnya dan menghadiahkan aku senyuman.
"Cik, cik mahu beli senjata. Saya boleh jual pada cik dengan harga yang murah," ujar lelaki tua itu.
Aku menundukkan badan aku untuk menyamakan kedudukan kami. Mata aku melihat senjata yang dia jual. Dia ada menjual pedang, panah, dan beberapa lagi senjata tajam.
Semua senjatanya sudah lama sehingga dapat dilihat ada kerosakannya. Namun dalam semua senjata itu, ada satu yang tidak rosak namun kelihatan lama. Senjata itu sangat menarik perhatian aku.
"Pakcik buat ke semua senjata ini?" Soal aku.
"Ya, saya yang buat. Dulu senjata saya sangat terkenal tetapi setelah anak saya ambil perniagaan saya, saya telah dibuang oleh dia. Dia tidak mahu lelaki tua ini memalukan dia dihadapan para bangsawan."
Agak sedih mendengar cerita lelaki tua ini. Anak dia memang tidak pandai menghargainya. Tidak patut dia membuang lelaki tua ini begitu.
Apatah lagi sekarang lelaki ini kelihatan begitu tidak terdaya. Bila-bila masa boleh pergi. Kalau aku jumpa anak dia itu, rasanya aku akan bunuh mereka tanpa fikir dua kali lagi.
"Pakcik buat panah ini daripada apa?" Aku menunjuk satu panah yang berwarna putih. Itulah senjata yang menarik perhatian aku.
"Itu saya buat daripada kayu putih yang saya jumpa di hutan dulu. Saya tidak tahu itu kayu apa tetapi saya sudah terdesak, jadi saya buatkan panah sahaja," balasnya.
Aku mengangguk faham. Kayu putih adalah satu kayu yang sangat jarang ada di dunia manusia. Aku hanya pernah melihat kayu seperti itu di hutan limpahan sihir sahaja. Tetapi mustahil ada manusia boleh
masuk sana."Kalau macam tu, saya akan beli ini," aku memberikan lelaki tua itu 5 syiling emas.
"Cik, ini terlalu banyak. Cukup dengan 2 syiling perak sahaja," lelaki itu menolak duit aku.
Mesti dia terkejut aku berikan dia 5 syiling emas yang sangat banyak nilainya. Dengan syiling itu, rasanya aku boleh memberi semua barangan di kedai dia.
"Tak apa, itu saya bagi. Pakcik mesti perlukan duitkan," ujar aku sambil tersenyum.
Lelaki itu terdiam sejenak. Matanya memandang duit yang aku bagi tadi. Niat aku memang mahu bagi dia duit itu.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...