8♥

16 7 0
                                    

Eva's POV

"mama jiran sebelah tu memang duduk rumah goyang kaki je eh?"

"kenapa cakap macam tu? dia kerja luar negara tau"

"ye ke? dia kerja apa" tanya Eva seakan akan berminat.

"haritu mama pergi rumah dia saje nak jumpa mak dia borak-borak. mak dia kata dia CEO syarikat skincare. mesti kaya kan dah lah hensem." puji Datin.

"ehhh mama ni tak habis-habis puji dia, Afeeq tak pernah pula mama puji"

"eh Afeeq tu kalau datang tak pernah nak masuk rumah tanya khabar mama , papa. mama ni kalau boleh tak nak kamu berdua keluar dating lagi" tidak gemar Datin akan sikap Afeeq.

"ish mama ni dia malu lah tu, dah lah Eva nak mandi, pastu nak jemur kain"

"hm elok lah tu hari pun tengah panas, rajin-rajin sikit nanti mama khawinkan dengan Eric baru tahu"

Eva buat-buat tak dengar.

♪♪♪♪♪♪♪♪♪♪

"you make me feel special~" Eva menyanyi sambil menjemur kain.
-feel special by twice ✌💗

"amboi cik adek menyanyi-nyanyi nampak, senang nye hati" Eric yang dari tadi menyiram pokok rumah menegur Eva.

"ye lah saya senang hati, tapi boleh jadi sakit hati kalau awak kacau saya baik awak diam :)"

"uuuuu takutnya saya, btw haritu saya nampak awak dengan bf awak dekat kedai makan dalam mall. sape nama bf awak?" tanya Eric

"awak ni apa? spy ke? awak ikut saya ke? yang awak nak tahu nama bf saya kenapa?" bertalu-talu soalan yang ditanya Eva.

"entah lah saya macam pernah nampak bf awak tu, tu saya tanya mana tahu saya kenal"

"ouh k nama dia Afeeq, dah saya nak masuk bye"

berubah air muka Eric apabila mendengar nama 'Afeeq'.

My Sweet Neighbour √Where stories live. Discover now