cp 50

2.6K 378 6
                                    

Mata aku termenung melihat bekas kaca yang berisi batu spirit ini. Walaupun mata aku melihat itu namun fikiran aku jauh melayang ke tempat lain.

Sejujurnya aku masih terkesan atas apa yang aku alami beberapa hari lepas. Memang susah dipercayai namun aku mesti percaya kerana itu adalah satu kebenaran.

Lagipun aku memang bencikan Duke tetapi hati ini entah kenapa terasa pedih apabila Duke mengatakan hal itu. Aku masih berharap ke untuk dia menerima aku sebagai anaknya?

Aku sudah berserah akan semua hal itu sejak aku hidup kembali namun perasaan aku inginkan kasih sayang seorang ayah itu memang tidak dapat hilang.

Aku mungkin hanya mahukan kasih sayang seorang ayah. Bukan kasih sayang Duke. Aku menganggap dia istimewa pun kerana dia ayah aku dulu. Ini bermakna, selama ini aku hanya mahukan kasih sayang. Bukannya sosok yang tidak tepat di hadapan aku.

"Apa yang kamu termenungkan sangat tu?" Tiba satu suara menegur aku.

Aku mengangkat kepala dan kelihatan tuan Ryzel datang ke sini sambil membawa beberapa buah buku di tangannya.

Seingat aku dia sejak pagi tadi berada di perpustakaan menara ini. Entah apa yang dia cuba cari di sana?

"Tak ada apa-apa. Hanya fikirkan masalah kecil sahaja," balas aku.

Lelaki itu mengeluh lalu mengetuk perlahan kepala aku menggunakan buku tadi. Walaupun perlahan masih sakit.

"Saya tahu walaupun mulut kamu kata tak ada apa-apa tapi hati kamu bukan. Kamu mesti masih fikirkan tentang Duke tu kan?" Tekanya.

Aku mengangguk perlahan. Aku memang tidak boleh menipu tuan Ryzel. Dia sangat mengenali aku.

"Kamu tak perlu fikirkan sangat lelaki tu. Dia tak layak untuk kamu. Lagipun dia juga bukannya pernah fikirkan tentang perasaan kamu selama ini," ujar tuan Ryzel cuba memujuk aku.

Sudah banyak dia tahu tentang Duke sejak aku cerita masalah aku kepadanya itu hari. Awalnya aku sangat terkejut melihat dia sangat marah apabila aku menceritakan bagaimana Duke pernah melayan aku.

Aku tak sangka dia akan menjadi marah sebegitu. Aku sampai waktu itu dapat rasakan aura yang sangat kuat. Untung nasib juga aku sempat hentikan tuan Ryzel.

Tapi kesannya sampai kini dia turut membenci Duke itu. Boleh lihat bagaimana nada dia bercakap tentang Duke tadi. Penuh dengan kebencian.

Aku yang berada di meja kerja tadi, muk4a berjalan ke arah meja panjang yang penuh dengan kertas itu. Semuanya kertas kajian aku.

"Tuan, cari apa di perpustakaan tadi?" Soal aku sambil mengemas lambakan kertas itu.

"Maklumat tentang kerajaan ini," dia menunjukkan buku sejarah kerajaan ini kepada aku.

"Untuk apa?"

Bukannya ada guna untuk sihir nanti. Lagipun dia boleh sahaja tanya pada aku. Aku sudah hafal dan faham sejarah pembentuk kerajaan ini.

"Sebelum saya jawab soalan tu, saya nak kenalkan kamu pada seseorang."

Aku memandang pelik ke arah lelaki itu. Kenalkan aku pada seseorang? Siapa? Iblis ke manusia?

"Yuvine!" Panggil tuan Ryzel.

Dan tiba muncul seorang perempuan berambut hitam dan bermata biru gelap di hadapan aku. Melihat mata itu membuat aku teringat akan seseorang. Tapi tak kan lah orang yang sama. Kebetulan sama kot.

"Perkenalkan ini Yuvine. Iblis yang saya tugaskan untuk perhatikan Nila," iblis itu memberi tunduk hormat kepada aku.

Mendengar nama Nila membuat aku sedikit terkejut. Aku kenal Nila yang merupakan iblis tahanan yang melarikan diri ke dunia manusia. Tuan Ryzel sudah menceritakan segalanya kepada aku hari itu.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now