Angin malam sejuk merempuh diri aku. Bulan terang seakan mahu menemani aku yang sedang kesedihan ini. Mata aku basah kerana air yang tidak berhenti mengalir.
Perasaan aku memang tidak teratur sekarang. Setelah aku mengetahui kebenaran kelahiran aku, aku sudah susah untuk mempercayai lagi nasib ini.
Hidup aku seakan penuh dengan penipuan. Duke yang selama ini aku fikirkan ayah aku rupanya tidak. Kalau dia bukan ayah aku, jadi siapa ayah sebenar aku?
Aku mahukan jawapan itu, tetapi orang yang mempunyai jawapannya hanyalah ibu dan kini ibu sudah tiada.
Semakin banyak persoalan hadir dalam hidup aku dan semakin susah juga jawapannya untuk aku cari.
Kenapa agaknya aku mesti harungi begini? Aku hanya mahukan hidup yang bahagia tanpa menganggu orang lain tetapi ini yang aku dapat.
Awalnya aku dibenci oleh Duke, selepas itu aku dihukum mati dan kembali ke masa lalu. Akhirnya sekarang aku, mengetahui kebenaran kenapa Duke membenci aku.
Aku tahu aku juga membenci lelaki itu tetapi aku masih hormat dia sebagai ayah aku. Tetapi sekarang apabila aku mengetahui segalanya, rupanya aku selama ini membuat kerja sia-sia sahaja.
Duke tidak akan pernah anggap aku anaknya kerana aku memang bukan anaknya. Aku adalah anak lelaki lain, bukan Duke. Dan yang lagi teruk, aku tidak tahu pun siapa ayah sebenar aku.
Kenapa agaknya ibu masih mahu mengahwini Duke walaupun sudah kandungkan aku yang merupakan anak orang lain?
Apa ibu lakukan semua itu kerana cintakan Duke atau dipaksa mengahwini lelaki itu? Aku tidak tahu.
Aku memang tidak tahu banyak tentang ibu tetapi aku tahu bahawa dia bukan wanita yang murahan mahu bermain sama lelaki lain.
Aku yakin kelahiran aku memang datang dari cinta sejati ibu. Mustahil dia akan melakukan segala kerja murahan itu. Ibu bukan wanita begitu.
"Kenapa kamu menanggis?" Tiba satu suara menyoal aku.
Aku yang duduk di dahan pokok tersebut menoleh ke kiriku. Aku melihat tuan Ryzel yang terapung menggunakan sihirnya. Dia duduk di sebelah aku sambil melihat muka aku.
Aku sebenarnya tidak mahu ada orang tahu aku menanggis sekarang. Imej aku sebagai penyihir terkuat akan hancur tetapi tun Ryzel rasanya tidak apa. Aku sudah sangat mengenali dia dan dia pun tahu banyak kelemahan aku.
"Saya baru tahu yang saya memang bukan anak Duke tu," balas aku.
Air mata aku mengalir mengingatkan kejadian tadi. Itu adalah perkara yang paling menyedihkan bagi aku. Rupanya selama ini aku memang sudah tiada sesiapa.
Ibu sudah meninggalkan aku dan Duke memang bukan ayah aku. Cinta yang cuba aku raih memang tidak akan aku capai.
"Kamu tak perlu sedih untuk orang itu. Walaupun dia bukan ayah sebenar kamu, tetapi dia sudah jalankan tanggungjawab dia sebagai ayah kamu selama ini," tuan Ryzel cuba memujuk aku.
"Dia tak pernah sekali pun. Duke membenci saya dan saya tak pernah dapatkan perhatian dia walaupun sekali," aku berterus terang.
Memang kenyataan hidup aku begitu. Selama ini aku berbuat baik tetapi dibalas dengan kejahatan.
"Kamu bersabar sahaja. Dia mungkin tak sayangkan kamu, tetapi kamu mesti ingat, kamu ada ibu yang sangat sayangkan kamu."
Ibu.
Ya, aku masih ada ibu. Walaupun dia sudah tiada tetapi dia masih ada di hati aku. Hanya dia sahaja yang akan beri aku kasih sayang yang tak dapat aku kira.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...