Angin malam sejuk mengibas seluruh kawasan hutan terlarang. Menara sihir yang tinggi megah berdiri mengawal semua sihir yang ada di situ.
Dan dibalik kesejukan malam itu, muncul sepasang mata yang menatap tajam batu kawalan menara itu. Mata itu sungguh marah melihat batu yang membuat kuasanya lemah itu berkerja.
Tubuh pemilik mata itu hinggap di atas atap menara sihir tersebut. Tangannya mengeluarkan satu cahaya merah kehitaman lalu dia cuba mengarahkan cahaya itu ke arah batu tadi.
Niatnya mahu menghapuskan batu tersebut namun semua itu gagal apabila dia dia perasan batu itu dilindungi oleh sihir pelindung.
"Ini mesti kerja penyihir itu," marahnya.
Dia memang sangat bencikan penyihir menara ini kerana telah mengaktifkan menara ini. Sepatutnya menara ini tidak boleh aktif supaya dia boleh gunakan kuasa limpahan sihir dunia ini mengganti kuasanya yang sudah dikunci oleh raja iblis.
Semuanya rancangan balas dendamnya hampir berjaya, namun hancur kerana penyihir itu sahaja. Dia sudah berjaya melarikan diri dari penjara iblis tetapi dia tidak dapat mengeluar sihir kerana dikunci oleh raja iblis.
Jadi sebab itu dia gunakan limpahan sihir dunia ini. Namun sekarang dia tidak dapat lakukan kerana menara ini sudah mula mengawal sihir kegelapan negara ini. Cara untuk mengambil balik sihir itu hanyalah dengan memusnahkan menara ini.
Iblis itu mengeluarkan lagi sihirnya. Kali ini sihir terkuat yang dia ada. Ini mungkin boleh meruntuhkan sihir pelindung batu itu.
Sihir tadi dilemparkan tepat ke arah baru kawalan dan tiba-tiba...
Bush!
Tiba sihirnya dihalang satu lagi sihir lagi. Iblis itu terkejut. Sihir siapa itu? Seingat dia, hanya dia seorang di sini?
Tap! Tap! Tap!
Tiba dia mendengar satu tepukan tangan. Dengan pantas dia menoleh ke belakang dan alangkah terkejut dia melihat seorang lelaki yang mengunci kuasanya dahulu berdiri tepat di belakangnya.
"Aku kagum dengan kau dapat lari dari tahanan iblis dan buat masalah dekat sini," raja iblis itu tersenyum.
Iblis tadi ataupun Nila mengetap bibirnya. Dia tidak sangka akan bertemu dengan iblis terkuat itu secepat ini. Rancangan masih belum selesai dan dia tidak boleh tertangkap lagi.
"Aku beri kau 2 pilihan sekarang. Satu, kau serahkan diri kau dan aku akan bunuh kau dengan cara paling tak menyakitkan. Dua, kau lari dari aku sekarang dan aku akan bunuh kau dengan cara paling menyakitkan. Pilih," Ryzel memberi pilihan.
Nila meneguk air liurnya. Pilihan itu dua-duanya menunjukkan pengakhiran dirinya akan mati. Dia tidak boleh mati.
Tetapi dia tahu bahawa dia tidak akan dapat lari dari raja iblis terkuat itu. Kalau dia mati di tangan iblis biasa, dia mungkin boleh dihidupkan semula tetapi kalau raja iblis, dia mati memang akan mati selamanya. Tidak akan dapat dihidupkan semula.
Bush!
Nila cuba menyerang Ryzel untuk mengalihkan perhatian lelaki itu. Dia berharap dapat melarikan diri ketika lelaki itu sedang menahan serangannya.
"Kau nak serang aku," tiba suara Ryzel tepat kedengaran di sebelahnya.
Nila menjeling ketakutan mendengar suara itu. Dia yakin tadi Ryzel berada di hadapannya bukan sebelahnya. Lelaki itu sungguh cepat bergerak.
"Kau mesti ingat tempat kau. Kalau kau nak serang aku bermakna kau sudah sedia tempah kematian kau," ujar Ryzel lalu menendang iblis itu sehingga jatuh dari menara ini.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...