Aku dan tuan Ryzel tiba di sebuah gua yang terletak jauh dari negara aku tadi. Sekarang bermulanya pengembara kami berdua. Walaupun nama mengembara tetapi kami gunakan sihir telepotasi untuk bergerak. Jadi tak terasa sangat bergerak jauh itu.
Mata aku memandang sekeliling kawasan ini. Penuh dilitupi salji putih. Seingat aku sekarang musim panas tetapi kenapa sini turun salji?
"Kita dekat mana tuan?" Tanya aku.
"Asterin."
Asterin!
Biar betul! Tempat itu boleh dikatakan berada dihujung dunia. Jangan cakap sekarang aku ada di hujung dunia. Patutlah sejuk semacam sahaja tempat ini.
Aku sepatutnya tanya dulu mana nak pergi sebelun datang tadi. Kalau aku tahu datang ke sini, mungkin aku akan bawa sedikit ubat pemanas badan. Sihir aku untuk menahan suhu sini bukannya kuat sangat. Aku takut bila-bila sihir itu boleh terbatal sendiri.
"Mari kita masuk," ujar tuan Ryzel.
Aku mengikuti langkah memasuki gua yang terletak tangah padang salji ini. Masuk sahaja aku tiba suhu di dalam gua ini terasa lain. Ianya tidak sejuk malah terasa sedikit panas sama seperti suhu biasa.
Aku masih ada di Asterin kan? Jadi kenapa suhu dalam ini tiba-tiba sahaja berbeza. Luar tadi bukan main sejuk macam tak ada matahari tapi dalam ini terasa panas seperti ada api yang menghagatkan suhu.
"Dekat gua ini ada sihir penyatu suhu. Jadi dekat sini, suhu dia tidak sesejuk seperti di luar," tuan Ryzel menerang.
Dia memang dapat baca fikiran aku. Belum tanya lagi dia sudah jawab.
Tuan Ryzel mula melangkah menuju ke dalam gua itu. Tanpa berlengah masa aku hanya mengikuti dia. Gua ini dari luar nampak kecil tapi dalaman dia luas. Malah aku dapat rasakan gua ini sebesar hutan terlarang.
Di tanah dan dinding gua ini aku dapat lihat terdapat banyak tumbuhan hidup yang aku tidak pernah lihat. Haiwan pelik pun aku ada lihat. Gua ini sebenarnya tempat apa?
"Situ hati-hati," tiba tuan Ryzel memberi amaran.
"Apa-"
Shak!
Tiba satu benang tajam tepat muncul di hadapan aku. Untung aku sempat mengelak dan hanya sedikit rambut aku yang terkena. Itu pun rambut aku terpotong. Tajam betul benang itu.
Aku memang tidak menjangka kehadiran benang penyerang begitu. Bukankah benang begini milik labah-labah purba. Kenapa ada sini pula?
"Kamu tak apa-apa ke? Tadi tu perangkap untuk sesiapa yang cuba masuk gua ini," ujar tuan Ryzel.
"Tuan, kalau nak beri amaran tolong awal sikit. Kalau saya tak perasan tadi boleh terpotong badan saya," marah aku.
Lelaki di hadapan aku hanya tertewa. Sukalah tu mengusik aku begitu. Tapi usikan dia tu memang boleh bawa maut. Memang hebat betul usikan para iblis ini.
Kalau aku bukan seorang yang ada ilmu tentang sihir dan seni mempertahan diri, mesti aku tidak akan tahu semua ini. Mahu melayang nyawa aku datang ke sini.
"Kenapa ada perangkap begini dekat gua ini?" Soal aku sambil memotong benang tadi menggunakan sihir.
"Supaya tak ada orang boleh masuk dalam gua ini," balasnya.
Memang kenapa dengan orang yang nak masuk? Ada perkara yang tak boleh suruh orang lain lihat ke?
Kalau macam tu, kenapalah sekarang dia bawa aku datang ke sini? Ada apa gua ini dengan limpahan sihir dunia?
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...