cp 38

2.6K 377 10
                                    

Syalis dan Neith seperti biasanya berlatih sihir secara senyap di sebuah hutan yang tidak jauh dari kediaman Syalis. Untung betul keluarganya tidak hairan dengan kehilangan gadis itu untuk seketika.

Sejak Neith berjanji mahu mengajar Syalis, gadis itu telah berlatih bersungguh-sunguh untuk melakukan sihir. Bagi Syalis, sihir tidaklah susah. Dia sudah dapat buat pelbagai jenis sihir, seperti sihir penyembuhan dan sihir pertahanan.

Dan untuk Neith pula, dia tidak pernah merasa rugi mengajar Syalis. Gadis itu sangat berbakat dan kalau bakatnya tidak dicungkil itu adalah hal yang sangat rugi.

Lihat dari segi kebolehan Syalis itu, dia dapat menjangka bahawa Syalus mungkin boleh mencipta satu lagi sejarah di menara sihir dengan kekuatannya. Dia sangat kuat dan kuasa itu tiada tandingan dengan sihir kesucian yang lain. Mungkin itu kerana Syalis mendapat keberkatan dewa pelindung.

"Cik Syalis, saya rasa sihir penyembuhan cik semakin bagus. Cik bukan sahaja boleh sembuhkan luka manusia malah haiwan dan tumbuhan layu juga cik boleh lakukan," puji Neith kepada gadis itu.

Syalis sedikit malu terhadap pujian itu tetapi sangat berterima kasih. Lelaki yang seumur dengan putera Noir itu memang sangat bagus menjadi gurunya. Semua benda senang difahamkan.

"Kalau boleh, saya mahu berlatih sampai saya boleh tolong sembuhkan kakak Irene," ujar Syalis.

"Kakak Irene?" Neith memandang pelik ke arah Syalis.

"Ya, penyihir kegelapan Irene. Dia selalu sakit dan cedera bila nak tolong saya. Jadi kalau boleh saya mahu sembuhkan sakit dia," tulus Syalis berkata dari hati.

Neith yang mendengar itu terasa sejuk hati terhadap sikap baik Syalis, namun Syalis masih tidak tahu tentang sihir kegelapan menentang sihir kesucian.

"Saya hargai niat cik untuk menolong penyihir kegelapan Irene, tapi saya rasa itu agak mustahil," Neith berterus terang. Lebih baik dia ceritakan awal daripada Syalis terus tidak tahu.

"Kenapa pula?" Syalis tidak faham.

"Sihir kegelapan menentang sihir kesucian, jadi sihir kesucian tidak dapat menyembuh seseorang yang mempunyai mana kegelapan di dalam badan dia dan kalau dilakukan juga, seseorang itu mungkin akan lebih sakit."

Syalis yang baru tahu akan hal itu terasa agak terkejut. Patutlah selama ini ketika dia mahu menolong Irene, Irene selalu menolak.

Rupanya niat baiknya selama ini ada kesan buruk. Nampaknya dia memang tidak berguna untuk kakak tirinya itu.

Dirinya terasa agak sedih. Niat utama dia mahu berlajar sihir adalah untuk menolong Irene tetapi rupanya dia tidak dapat lakukan semua itu.

Neith yang melihat muka sedih gadis itu terasa agak bersalah kerana mengatakan hal tadi. Dia bukan mahu melemahkan semangat Syalis tetapi dia hanya mahu Syalis mengetahui perkara sebenar sebelum dia terus berharap.

"Walaupun cik tak dapat sembuhkan dia, cik mungkin dapat mempertahankan dia. Sihir kesucian boleh dikatakan sihir terkuat dalam pertahanan," Neith cuba memujuk Syalis.

Syalis yang agak sedih tadi tersenyum semula. Dia akhirnya mempunyai cara lain untuk menolong Irene. Kalau dia tidak buat selamatkan, jadi dia akan lindungi Irene.

"Kalau begitu, marilah kita mulakan kelas ini semula," ujar Syalis dengan penuh gembira.

Neith tersenyum nipis. Sekurangnya Syalis sudah agak bersemangat sekarang.

"Memandangkan cik Syalis sudah belajar sihir pelindung, apa kata kita belajar sihir lain lagi?" Cadang Neith.

"Kalau macam tu, apa kata awak ajarkan saya sihir telepotasi!"

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now