cp 37

2.7K 379 19
                                    

Sihir telepotasi aku terhenti di hadapan pintu masuk ke kota negara ini. Sebelum aku berjalan masuk, aku menukar dahulu rupa paras aku menjadi seorang gadis berambut perang dan bermata merah. Kalau dilihat dari sudut biasa memang seakan wajah ibu aku.

Aku tidak dapat menukar warna anak mata kerana sihir ini tidak dapat menukar keaslian organ badan. Jadi sebab itu jugalah aku terpaksa memakai jubah hitam ini untuk berjalan ke dalam kota tersebut.

Asalkan tiada orang membuka jubah ini, aku akan selamat. Lagi pula aku datang ke sini hanya untuk membeli herba beracun dari lelaki tua itu.

Pap!

Tiba seseorang memegang bahu aku. Dengan terkejutnya aku terus menepis tangan itu dan menoleh ke belakang.

"Tu-tuan Ryzel!" Aku terkejut melihat sosok lelaki itu tersenyum ke arah aku.

Patutlah aku tidak dapat rasakan kehadiran dia ke sini. Kalau manusia biasa, aku boleh rasakan tetapi untuk raja iblis ini agak sukar kerana dia terlalu pandai menyembunyikan aura sihirnya.

"Terkejut betul kamu," lelaki itu tertawa.

"Tuan juga kenapa mesti sapa saya macam tu? Boleh lemah jantung saya," balas aku seakan marah.

Memang marah aku kerana selalu kena dengan lelaki ini. Dia selalu terkejutkan aku dengan muncul tiba-tiba di hadapan aku.

Aku tahulah aku tak boleh rasakan aura sihir dia tapi janganlah buat macam tu. Ada satu hari nanti aku serang dia pula.

"Kenapa kamu tak pergi ke menara tadi?" Soalnya.

"Saya kena jumpa Duke," balas aku lalu terus berjalan masuk diikuti dia.

"Patutlah muka kamu macam tu."

"Kenapa dengan muka saya?"

"Muka kamu seperti baru lepas bergaduh. Kamu bergaduh lagi ke dengan ayah kamu tu?"

Aku terdiam sejenak. Selama ini pernah ke aku tidak pernah bergaduh dengan dia? Kami berjumpa sahaja, mesti kami bergaduh dan aku akan balik dengan hati yang sungguh panas.

"Kalau dia tidak mulakan masalah, kami tak akan bergaduh dan dia tak mengaku saya ini anak dia, jadi dia bukan ayah saya."

Tuan Ryzel hanya menggelangkan kepala melihat peragai aku ini. Tapi bagaimana lagi nak sorokkan perkara ini. Memang kenyataan dia bencikan aku.

Jangan lupa dikehidupan pertama aku, dia sendiri yang menarik aku yang tidak bersalah ke persidangan sehingga aku dihukum mati. Waktu itu kesian pun dia tiada. Dia memang berharap aku akan mati.

"Sekarang kamu mahu ke mana?" Tuan Ryzel pelik melihat aku berjalan ke arah lorong yang sunyi.

"Saya nak beli herba racun untuk kajian saya seterusnya."

"Dekat kawasan begini ada jual ke?"

"Ada tapi ramai yang tak tahu," aku tersenyum lalu aku berhenti di sebuah kedai yang agak lama.

Dinding kedai itu penuh dengan lubang bertanda sudah rosak. Agak kagum aku kepada lelaki tua itu kerana dapat tinggal dalam keadaan begini.

Kring!

Loceng pintu kedai itu berbunyi apabila aku masuk. Dapat aku lihat seorang lelaki tua 80an duduk tenang ke meja tidak jauh dari pintu ini.

Aku berjalan ke arah lelaki tua itu bersama tuan Ryzel yang kelihatan agak tertarik akan kedai ini.

Tok! Tok!

Aku mengetuk meja itu untuk memanggilnya. Mata yang tadinya asik melihat ke arah tingkap kedai itu beralih ke arah aku. Dan tiba matanya terbuka besar.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now