"Ryzel, tolong jangan tinggalkan saya. Saya cintakan awak."
"Saya terpaksa lakukan semua ini Delina. Saya tidak mahu bunuh awak jadi saya terpaksa tinggalkan awak."
Hah!
Aku terjaga dari mimpi aku. Peluh mengalir dari dahi aku mengenangkan mimpi tadi.
Mimpi apa itu? Itu mimpi atau memori seseorang?
Tadi adalah suara ibu dan tuan Ryzel. Adakah itu memori ibu? Kalau betullah ini bukan mimpi tetapi memori, adakah ibu mencintai lelaki itu?
Kepala aku sakit apabila memikirkannya. Apa tuan Ryzel adalah lelaki yang dicintai ibu? Kalau begitu, kenapa ibu mahu berkahwin dengan Duke?
Aku memang tidak faham sitausi sekarang. Aku tidak kenapa sejak dua menjak ibu aku selalu bermimpi tentang ibu dan tuan Ryzel. Ianya seperti ingin memberitahu aku tentang sesuatu.
Tetapi aku tidak tahu. Apa yang ibu nak beritahu dengan semua mimpi ini?
Tok! Tok!
Tiba pintu bilik aku diketuk seseorang.
"Cik, sarapan cik sudah sedia. Cik, mahu makan sekarang ke?" Suara Lexu dari luar bilik aku.
"Ya, nanti aku keluar," balas aku.
Aku mengeluh pasrah. Kepala aku terasa sungguh sakit seakan dipukul seseorang. Mendapat mimpi sebegitu mesti akan membuat kepala aku terasa sangat sakit.
Aku mahu hentikannya tetapi tidak dapat dan tidak tahu bagaimana caranya.
Aku turun dari katil ini lalu terus membersihkan diri ini. Setelah itu aku terus keluar dan menuju ke ruang menjamu selera.
Di sana sudah kelihatan sarapan aku sudah tersedia. Tanpa berlengah masa aku terus menjamu selera. Selepas ini aku mungkin akan sibuk untuk menjamu selera lagi.
"Lexu, mana tuan Ryzel?" Soal aku tidak melihat kelibat lelaki itu.
"Tuanku, mungkin sudah pergi ke menara," balasnya.
Mendengar balasan itu membuat aku sedikit kecewa. Aku mahu berjumpa dengannya dan pergi ke menara bersama.
Aku juga ingin bertanya tentang mimpi aku tadi. Tapi betul ke keputusan menceritakan mimpi begitu. Nanti kalau salah, aku hanya akan memalukan diri aku sendiri.
"Cik, ini ada surat daripada Duke," Norn memberi aku sepucuk surat.
Aku yang sudah selesai menjamu selera itu terus mengambil surat tadi dan membacanya. Ianya mengatakan supaya aku datang ke rumahnya untuk membincangkan sesuatu.
Nampaknya hari ini aku terpaksa datang ke rumah Duke ini dahulu sebelum pergi ke menara sihir. Baru sahaja aku terfikir mahu terus ke menara sihir.
Aku memberikan surat yang sudah aku baca tadi kepada Norn. Seterusnya, aku terus berjalan menuju ke luar rumah dan membuka sihir telepotasi aku.
Tidak sampai satu minit, aku sudah berada di hadapan rumah Duke. Tanpa mengetuk pintu, aku terus masuk. Semua pelayan yang berkerja tadi terkejut melihat kedatangan aku yang tiba-tiba sahaja ini.
Tapi aku tidak kisah. Semakin mereka takutkan aku, semakin itu aku suka. Sekurangnya jika mereka begitu, mereka tidak akan mengganggu aku.
Tok! Tok!
"Masuk!" Balas Duke selepas aku mengetuk pintu bilik kerjanya.
Pintu tersebut dibuka oleh aku dan dapat aku lihat seorang lelaki berambut perak sedang sibuk di meja kerjanya itu. Kata nak jumpa aku, tapi dia sendiri yang sibuk. Lebih baik tak payah nak jumpa aku.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...