A || 50

30.4K 1.5K 44
                                    

ANNA membelek pakaian yang dibeli oleh Aden beberapa hari lalu. Sejujurnya, dia gembira kerana ada manusia yang masih memberi perhatian kepadanya. Dari dia lahir hingga umurnya 17 tahun, dia sudah biasa hidup bersama nenek dan atuknya di luar negara begitu juga dengan abang-abangnya.

Namun, apa yang dia kagum adalah abang keduanya, masih berpegang teguh pada agama islam walaupun menetap di luar negara. Memang dulu, atuk dan nenek mereka berasal bukan dari agama islam namun mereka setelah beberapa kali mendengar suci ayat al-Quran dan As-sunnah, mereka terus memutuskan untuk masuk Islam dan dari situ mereka mengajar cucu-cucu mereka untuk bersujud kepadaNya, walaupun tidak seteguh penganut agama islam.

Tuk! Tuk! Tuk!

Kedengaran ketukan pintu bilik menyentak Anna dari lamunannya. Tanpa dia sedar, ada air mata mengalir turun ke pipi. Segera dia menyeka air mata yang mengalir. Terasa sebak apabila mengingat nenek dan atuk mereka yang sudah meninggalkan mereka beberapa tahun lalu. Andai mereka masih hidup mungkin Anna akan menjadi orang yang lebih mulia.

"Anna?"

"Ya, kejap. Kenapa, mummy?" Anna bangun dari duduknya. Dia menyeka air mata yang mengalir buat sekian kalinya.

Kaki melangkah ke pintu bilik. Pulas sahaja tombol pintu, terpampang wajah Datin Afifah di hadapan muka pintu. Raut wajahnya usah dikatakan seakan tegang dan bengang dengan sesuatu.

"Mummy nak ap--"

Pang!

"Mummy!"

Aden yang baru naik ke tingkat atas terkejut dengan tindakan ibunya selamba menampar adiknya. Anna buat salah apa hingga naik tangan?

"Aden jangan nak sibuk! Ini urusan mummy dan Anna." ujar Datin Afifah tegas.

Anna memandang wajah Datin Afifah. Pipi yang ditampar oleh Datin Afifah diusap perlahan. Pedih. Buat kali pertama dalam hidupnya. Dia ditampar. Abang keduanya, Aden pun tak pernah naik tangan kepadanya walaupun dulu dia tak suka abangnya.

"Apa mummy cuba buat ni? Urusan? Urusan apa yang mummy perlu naik tangan dekat Anna? Aden tak rasa, Anna buat yang memalukan mummy. Kenapa perlu naik tangan? Arwah atuk dan nenek pun tak pernah cuit Anna. Inikan Aden yang tak rapat dengan dia, tapi mummy selamba je tampar Anna. Kenapa?" Aden mempertahankan Anna.

Walaupun mereka masih dalam hendak berbaik, namun dia tahu adiknya tidak buat salah yang memalukan keluarga. Teruk-teruk adiknya, masih gadis itu ingat akan maruah keluarganya.

Datin Afifah memandang anak keduanya. Tak percaya bahawa anaknya membela anak perempuan bongsunya. Bukan kan mereka selama ini tidak sebulu dan kenapa hari ini dia nampak sisi Aden terserlah melindungi Anna?

"Tak malukan, mummy? Aden tanya dia. Dia buat apa sampai bakal besan mummy nampak dia berduaan dengan seorang lelaki. Bukan tu je, siap cium pipi di khalayak ramai lagi. Itu kamu kata tak malukan mummy?"

Aden kelu. Namun ada sesuatu yang membuatkan dia teringat. Hari ini, dia satu hari bersama Anna di shopping mall. Jadi, kejadian itu berlaku beberapa jam yang lalu. Maka, lelaki yang dikatakan oleh bakal besan mummy itu adalah dia la kan?

"Ouh, bagus la." kata Aden tenang.

Bulat mata Anna memandang wajah Aden. Bagus? Abangnya ini gila ke apa? Tak sedarkah lelaki itu bahawa lelaki yang dikatakan mummynya adalah abangnya sendiri.

"Bagus kamu cakap? Kamu sedar tak, kalau bukan sebab perempuan ini. Mungkin mummy tak malu besar dengan bakal besan mummy tapi mummy bersyukur sebab dikurniakan besan yang baik. Mereka sendiri tak kisah malah mereka nak mempercepatkan perkahwinan Anna dan Dariel."

Mr. Duda [ RAW VERSION ]Where stories live. Discover now