cp 33

2.8K 432 91
                                    

Bruk!

Aku terjatuh dari tangga tadi bersama Syalis yang menimpa aku sekarang. Memang aku berjaya menangkap tangan budak ini tapi hasilnya tetap juga sama, kami akan jatuh. Tetapi yang membezakannya ialah aku lebih sakit kerana jatuh dan ditimpa oleh Syalis. Sekurangnya dia tidak terjatuh lebih teruk dari aku.

"Kakak!" Syalis terkejut lalu terus berdiri.

"Argh!" Dengan rasa sakitnya aku cuba membangunkan diri.

Tak sangka pula boleh sesakit ini. Aku tak tahu pula yang aku akan jatuh dari tingkat 2 ke tingkat 1 tambah ditimpa budak ini pula. Memang tidak dapat dijangka.

"Ka-kakak, tu... Darah!" Syalis mula ketakutan sambil menunjuk ke arah kepala aku.

Tangan aku menyentuh kepala yang agak sakit ini dan tiba aku terasa satu cecair mengalir. Aku melihat tangan aku. Cecair itu adalah darah. Ini mesti sebab kepala aku ada terhentak sedikit dengan tangga tadi.

"Kakak mesti di rawat sekarang," budak itu cuba mengeluarkan sihir kesuciannya untuk menyembuhkan aku.

Namun sebelum sempat di lakukan semua itu aku sudah tahan tangannya supaya dia tidak lakukan. Badan aku tidak boleh terima sihir kesucian lagi.

Aku cuba menguatkan diri aku untuk berdiri namun akhirnya aku tetap terjatuh. Kaki aku terasa sangat sakit. Patah ke?

"Kenapa ni?" Suara Zeev kedengaran.

Aku menoleh ke arah atas tangga dan kelihatan lelaki itu terkejut melihat aku. Dia berjalan menuju ke sini.

"Syalis, apa sudah jadi? Kenapa kepala Irene berdarah?" Lelaki itu kelihatan risau. Tidak tahulah dia risaukan aku ataupun Syalis.

"Tadi Syalis..." budak itu melihat ke arah Vivian yang masih ada di tangga tadi.

Aku juga memandang tajam perempuan itu. Tadi aku yakin sangat aku melihat dia yang menolak Syalis. Kalau aku tidak selamatkan rasanya Syalis akan lebih teruk dari sekarang.

"Puteri Vivian-"

"Syalis! Kamu okay ke? Maaf saya tadi mahu tolong kamu tapi perempuan itu masuk campur sampai saya tak sempat nak tolong," Vivian memotong kata Syalis.

Perempuan itu memang pandai berlakon. Sedangkan dia yang tolak Syalis tadi tapi sekarang nak salahkan aku pula.

Di kehidupan lalu aku pun, dia begini tetapi kejadian ini sepatutnya berlaku lama lagi. Bukan sekarang.

"Syalis, betul ke semua ini?" Soal Zeev.

Pelik. Biasanya dia ada tuduh aku terus tanpa tanya Syalis. Ini tidak, dia tanya Syalis dulu.

"Tak! Kakak Irene yang tolong Syalis tadi dan dia yang tolak Syalis. Dia malah tidak ada niat pun nak tolong. Kalau kakak tidak ada, rasanya Syalis yang akan jatuh lebih teruk," lauh Syalis.

Sedikit kagum aku dengan budak ini. Biasanya dulu dia akan simpan sahaja tetapi sekarang dia tidak akan simpan lagi. Apa dia ada dendam dengan Vivian?

Pandangan Zeev menuju ke arah Vivian yang berada tidak jauh dari aku. Muka perempuan itu mula ketakutan. Aku nak dengar apa lagi penipuan yang dia nak katakan?

"Kenapa kau tolak Syalis? Kau tahu sini adalah rumah keluarga Duke Argerchi, jadi kau tak layak rendahkan ahli keluarga ini," Zeev bertegas.

"Kau memang tidak ada adab dengan aku! Aku adalah puteri kerajaan ini. Aku lebih berkuasa dari dia dan kau, jaga cara percakapan kau. Ingat aku adalah keluarga diraja!" Marah Vivian.

"Memang kau adalah keluarga diraja tetapi kau tidak ada darah asli diraja yang mengalir dalam tubuh kau. Tetapi dia ada, jadi dia lebih berkuasa. Di sini, hanya kau puteri atas nama bukan darah."

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now