Bab 57 Scandal

7.3K 656 720
                                    

Lagi 5 chapter kot lepastu cerita ni tamat. Maaf atas hiatus sebulan. Atas kerana Qasha tak mahu mengganggu dan menggugat hari puasa anda dengan content mengancam cerita ini jadi nak berhenti menulis kejap.

Anyway...dah usya belum Girlfriend Durjana?

Thank you yang setia lagi baca cerita ni sebab cerita ni makin bosan , hiks nak sendu kejap.

Love you♥️🥺

.
.
.
.
.

1 bulan kemudian.

Sudah menjadi kebiasaan setiap hari sabtu Nayra dan Noah akan pulang ke rumah Tengku Harraz. Setidaknya dua minggu sekali, lagipula Noah yang mulai berjinak dengan business di usia muda. Gara-gara pengaruh Tengku Harraz.

Dan kerana kini Tengku Harraz selalu sunyi di rumah tanpa isteri di sisi. Hanya Noel yang menemaninya di rumah .

"ayah" Nayra mendekat. Sempat dia kerling televisyen. Wah ayah tengok cerita apatu?

Macam pelik ja tajuk tapi tak mengapa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Macam pelik ja tajuk tapi tak mengapa . Malas pula nak bertanya Tengku Harraz.

Tengku Harraz tersenyum memandang Nayra yang menegurnya, diletakkan segelas jus oren di atas meja sebelum menantunya mengambil tempat duduk betul-betul sebelah Tengku Harraz.

Jus oren yang dia beli di kedai kemudian tuang dalam gelas dengan ais batu. Bukan homemade ya anak-anak. Sebab Nayra sendiri dah pasrah tak pandai bancuh air walau hanya guna kordial.

Ada haritu Noah pesan suruh buat jus mangga, kerana terlalu memahami isteri Noah belikan kordial mangga. Difikirkan akan memudahkan kerja Nayra yang jadi dungu ketika masuk dapur .

Ya lah, letak kordial kemudian campur gula dan air. Siap. Siapa yang gagal bancuh air guna kordial berperisa tu memang gempakla .

Dan ya, Nayra gagal. Setiap 4 kali percubaan selalu air yang sepatutnya manis jadi masin kerana Nayra tak kenal garam dan gula. Sejak hari itu Noah pasrah dan trauma dengan air bancuhan Nayra.

Nayra memang seorang isteri yang tak pandai serba-serbi. Dia tahu jadi isteri derhaka ja lawan cakap suami. Ish ish .

Sekarang Nayra tak mampu biarkan Tengku Harraz duduk sendiri di ruang tamu. Daripada berkepit dengan Noah lebih baik dia rapatkan hubungan dengan Tengku Harraz yang duduk sendiri itu.

Kerana Puan Iliya sudah tiada, wanita itu sudah pergi.

Ya, beliau sudah tiada.

"Mana Noah?" Soal Tengku Harraz, sejak pagi tadi dia hilang ditelan bumi . Sepatutnya pukul 1 dah kena gerak dengan Tengku Harraz pergi cawangan kafe yang bakal Noah urus.

Lagi-lagi hari puasa hampir tiba, memang sakanla sibuk mereka menguruskan hal-hal perniagaan. Noah pula baru berjinak-jinak, bagus juga muda -muda dah rajin nak ambil tahu.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now