cp 26

3.2K 394 31
                                    

"Ini semua salah kau!" Marah Vivian sambil menghentak kuat mejanya.

Matanya tajam memandang iblis yang sedang berdiri di balik tingkap bilik ini.

"Apa pula salah aku? Kalau mana kau kuat, mesti menara sihir itu kau sudah dapat kawal!" Marah iblis perempuan itu pula. Tidak dapat dia terima disalahkan oleh manusia biasa.

Vivian yang marah itu berjalan ke hadapan iblis tadi lalu menarik baju iblis tersebut.

"Kau tahu penyihir tu bahaya, tapi kenapa kau tak bunuh hari tu. Kau tengok apa yang dah jadi. Dia dah ambil kawalan menara itu sampai aku dan kau tak boleh guna kuasa sepenuhnya."

Iblis tadi mengeluh pasrah lalu menepis tangan Vivian. Dia tidak tahu sama ada dia menyesal atau tidak gunakan manusia ini. Vivian bukan sahaja lemah malah tidak ada guna. Dia gunakan perempuan itu pun kerana dia antara seseorang yang lemah terima sihir kesucian.

Tetapi bila sudah sampai tahap begini dia juga mula susah. Menara sihir sudsh dikawal oleh penyihir Irene membuat dia tidak dapat mengeluarkan sihirnya sesuka-hatinya kerana telah di kawal.

Dia juga tidak boleh bunuh penyihir itu untuk kembalikan sihirnya kerana sekiranya Irene mati, maka menara itu menghantar semua sihir yang ada untuk musnahkan dirinya. Senang cerita, menara itu akan melindungi tuannya kalau ada apa-apa terjadi.

Itu lebih bahaya daripada dia menyerahkan dirinya kepada raja iblis. Tetapi sudah semestinya dia juga tidak mahu serahkan dirinya kepada raja itu. Susah-susah dia keluar tetapi kena masuk balik.

"Kalau malam sihir, apa aku masih boleh gunakan sepenuh kuasa aku?" Soal Vivian.

"Mungkin mustahil sebab menara itu juga boleh mengawal sihir di malam sihir. Sekarang perempuan itu adalah kunci untuk kita dapatkan sihir balik tapi kita tidak boleh bunuh dia," balas iblis itu.

Vivian pasrah bersama kepalanya serabut. Sejak dia tahu menara itu sudah diaktifkan, dia terus hilang segala kuasa yang dia ada selama ini.

Malah sihirnya menjadi semakin lemah. Kalau dia tahu semua ini akan jadi mungkin dia sendiri akan bunuh Irene tanpa pengetahuan iblis tadi. Dia tahu dia tidak boleh harapkan iblis itu.

Malam ketika bencana besar berlaku di negara ini adalah angkaranya untuk membunuh Irene dan memakan banyak nyawa manusia sebagai ritual menguatkan sihir tetapi semuanya hancur disebabkan iblis ini.

Dia boleh pula lakukan semua itu pada malam sihir. Dia tahu Irene akan bertambah kuat sekiranya wujudnya malam sihir, tapi dia masih juga lakukan semua itu.

Dan lihat hasilnya sekarang. Rancangan itu gagal dan menara sihir dapat dikawal oleh Irene. Memang satu kerugian. Kalaulah sahaja dia ada mana yang kuat untuk buka menara itu, mesti menara akan dikawal olehnya.

"Apa yang patut kita lakukan sekarang?" Vivian sudah mula buntu.

Dia tidak mahu semua usahanya selama ini menjadi sia-sia kerana sihirnya sudah dikawal. Iblis itu juga rasanya tidak mahu kembali ke penjara iblis lagi.

"Ini mungkin bahaya tapi rasanya aku ada rancangan baru untuk bunuh penyihir tu dan ambil semula kekuatan sihir kita," ujar iblis tadi.

"Apa dia?"

"Kita musnahkan batu kawalan sihir menara."

.
.
.
.
.

Ruang yang gelap dan sejuk. Dipenuhi dengan buku yang menyimpan banyak maklumat penting. Semuanya disusun rapi dan dijaga ketat.

Buku yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa pun kecuali penyihir sebelum ini. Malah kerajaan mungkin tidak tahu wujudnya tempat ini.

Kaki aku melangkah memasuki ruang yang dikelilingi oleh buku itu semuanya buku sampaikan cahaya dari luar untuk masuk. Mata aku memandang semua buku untuk mencari sesuatu yang aku mahu.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now