"MAMA!"
Jeritan nyaring Dhea kedengaran dari dalam kereta. Medina yang baru membuka seatbelt mengukir senyum manis, manakala Dariel mencebik manja.
"Bila mama balik dari hospital, ramai je nak sambut. Cuba papa yang balik dari kerja? Hmm, seorang pun tak nak sambut papa,"
"Abang jealous ke?" usik Medina.
"Tak. Buang masa la, nak jealous semua tu." nafi Dariel lalu melangkah keluar dari kereta. Medina mengukir senyum.
Cemburu tapi tak mengaku.
"Mama! I miss you!" buka sahaja pintu kereta, Dhea terlebih dahulu memeluk Medina. Medina mengukir senyum nipis. Dia juga rindu dengan anak perempuannya.
"Mama pun rindu, Dhea." ucap Medina. Tubuh Dhea di balas lalu dia menghadiahkan sebuah ciuman di dahi Dhea.
Dariel di muka pintu tersenyum bahagia melihat Medina dan Dhea. Jujur katakan, dia seoleh tidak menyesal memilih Medina sebagai seorang isteri kerana Medina sememangnya layak menjadi ibu kepada Darren, Dhea dan bakal anak mereka.
"Abang mana?" soal Medina.
Bebola matanya mencari figura anak lelakinya, Darren. Pelik. Jarang, anak lelakinya tidak menyambut kepulangan dirinya.
"Haah, mana Darren? Bukan, papa dah bagitahu Mak Mila yang mama nak balik rumah hari ini kan?" soal Dariel. Iris matanya memandang wajah Dhea.
Dhea menunduk wajahnya. Takut untuk dia beritahu hal sebenar tapi dia harus merahsiakan perkara ini kerana abangnya yang minta.
"Abang... Abang..."
"Dhea, tak pe bagi je tahu mama. Mama tak marah," pujuk Medina. Kasihan pula dia lihat Dhea gugup hendak beritahunya sesuatu dan dia yakin mungkin sesuatu itu bakal membuatkan Dariel mengamuk?
Dhea mengangkat wajahnya. Bebola matanya memandang wajah Medina.
"Tapi... Dhea dah janji dengan abang, yang Dhea takkan beritahu mama dan papa?" beritahunya.
Dariel menurunkan tubuhnya sama paras Dhea. Bahu Dhea dipegang lembut. Dia menghela nafas lembut.
"Bagitahu papa, Dhea. Papa takkan marah Dhea. Papa tak ajar anak-anak papa untuk berahsia. Kalau perkara itu, baik untuk anak-anak papa. Papa terima tapi kalau buruk, Dhea tahu kan apa denda papa?"
Dhea mengangguk kepalanya laju. Sejak dari kecil hingga umurnya, papanya sering manjakan dia namun dalam manja papanya tetap ada didikan yang baik kepadanya.
"Okay, sekarang bagitahu papa. Papa tak marah. Kalau papa marah, mama akan pukul papa. Boleh?" cadang Dariel. Bebola matanya memandang wajah Medina.
"Abang... Abang keluar dengan nenek," beritahu Dhea jujur. Anak matanya langsung menunduk ke bawah.
Dariel memandang wajah Medina. Medina hanya mampu menjungkit bahu tidak tahu.
"Bila abang keluar?"
"Baru beberapa minit sebelum mama dan papa sampai rumah."
Dariel melepaskan keluhannya. Nak marah tiada guna, ibunya sudah terlebih dahulu membawa anak lelakinya keluar namun dia tertanya kenapa Darren begitu mudah setuju mengikuti Puan Rahimah sedangkan Darren tahu Puan Rahimah menolak Medina jatuh ke lantai.
"Abang, tak pe la. Biar Arren keluar dengan ibu abang. Mungkin ibu nak tahu sesuatu dari Arren? Kita tak tahu. Jangan risau, Dee yakin Arren pandai jaga diri."
"Tapi sayang..."
"Abang..." Dariel melepaskan keluhannya. Tidak betah pula dia nak membantah kata-kata isterinya.
DARREN memandang tiga figura yang berada di sisinya. Dia hanya buat tak endah sahaja tiga figura itu berbual sesama sendiri. Dia mengikut Puan Rahimah pun bersebab. Kalau tidak, dia lebih gemar untuk menetap di rumah dan menunggu kepulangan Medina.
"Jadi... Ni cucu awak la ya?" soal salah seorang dari mereka.
Darren memandang wajah Puan Rahimah sebelum dia memandang dua figura yang seusia dengan neneknya.
"Iya, cucu saya." jawab Puan Rahimah bangga. Matanya berpaling memandang wajah Darren yang baik di sisinya. Bibir mengukir senyum.
"Handsome. Sama macam Dariel masa kecil dulu." puji rakan Puan Rahimah yang lain.
Lebar bibir Puan Rahimah mendengar pujian dari rakan-rakannya. Sudah lama dia idamkan perasaan ini. Dipuji oleh rakan-rakannya.
"Tapi... Muka dia macam ada iras-iras model luar negara tu. Siapa ke, nama dia... Tapi model tu saya suka. Walaupun janda anak seorang, dia tetap boleh berjaya. Dengar kata, dia asal Malaysia tapi saya tak tahu la duduk mana. Ada juga cakap dia ada balik Malaysia baru-baru ini." cerita Puan Nazira.
"Ya la, Dee Ayara kan? Saya pun minat dia. Dengar dari cerita dia. Dia sebenarnya perempuan yang dijatuhkan talak oleh suami. Umur pun muda, tapi sayang kena cerai dan masa tu dia tengah pregnant anak suami dia tapi dengan kuasa Allah, dia berjaya sekarang. Entah-entah bekas suami dia pun terkedu bila jumpa dia. Ya la, dah la cantik, baik, sopan pula. Kalau saya ada anak lelaki dah lama saya masuk pinang Dee Ayara. Tak kisah la janda anak satu pun, janji menantu baik." kata Datin Izzah.
Puan Rahimah yang mendengar perbualan dua rakannya sudah panas hati. Malah yang membuatkan dia panas adalah dia tidak kenal langsung model yang dikatakan oleh dua rakannya.
Manakala, Darren hanya mengukir senyum nipis mendengar pujian dua rakan neneknya kepada mamanya.
Bangga?
Mestilah kerana dia adalah anak kepada Dee Ayara. Dulu, jika di sekolah dia lah ramai rakan kerana ibu-ibu dan ayah-ayah mereka mahu berkenalan dengan mamanya tapi dia tolak kerana dia tak mahu ibunya terus di ganggu dan berkenalan dengan lelaki lain.
"Tapi bukankah, dia sepatutnya tak buka cerita tentang aib dia sebagai janda anak satu? Ya la, kita mana tahu mungkin suaminya cerai bersebab? Lagipun dia duduk luar negara kan? Awak tahu ke, cerita dia betul? Entah-entah dia reka cerita untuk raih populariti. Sekarangkan zaman attention seeker." kata Puan Rahimah.
"Ei, awak ni, Imah. Tak baik buruk sangka tau. Saya bukan nak kata apa tapi saya ikut perkembangan harian dia sepanjang dia bergelar model antarabangsa cuma akhir-akhir ini dia senyap. Ada kata dia kat Malaysia, betul ke tak? Saya tak tahu tapi ada juga saya tanya kawan-kawan lain tentang model Dee Ayara ini cuma apa yang mereka tahu model tu minta hiatus dalam jangka masa yang lama." kata Puan Nazira.
Puan Rahimah mati kata. Tak sangka, perjumpaan mereka hari ini lebih kepada model luar negara yang sedang naik tinggi. Sedangkan dia hendak berjumpa rakan-rakannya untuk memperkenalkan cucu sulungnya.
"Tak pe la, saya rasa kena balik sekarang. Kesian cucu saya penat menunggu saya berbual. Saya balik dulu ya. Lain kali kita sembang lain," pamit Puan Rahimah. Dia segera bangun dari duduknya. Tidak betah rasanya mahu dengar model yang menarik perhatian dua rakannya itu.
"Eh, takkan nak balik dah? Duduk la dulu, makanan pun tak hidang lagi ni." kata Datin Izzah.
Puan Nazira mengangguk setuju. Baru beberapa minit berbual sudah mahu pulang?
"Tak pe, kesian cucu saya. Dia mesti penat, tadi dah teman saya shopping. Saya balik dulu ye. Arren, salam kawan-kawan nenek." Darren akur salam dua rakan neneknya.
"Saya balik dulu. Bye," dengan segera Puan Rahimah menarik tangan Darren melangkah keluar dari kafe itu.
Yakin sudah jauh dari mereka, Puan Rahimah menghela nafas lega. Matanya memandang wajah Darren yang seakan tidak kisah dengannya yang lelah. Namun dia juga tertanya siapa yang dimaksudkan oleh dua rakannya.
To be continued...
Sorry for late-late update 🙏😔 sepatutnya update jumaat but busy, I skip saturday but same busy jugak n today baru ada masa sikit itu pun still busy. I hope korang enjoy okay ♥️ sorry
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Romance• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !