Aku membuka pintu masuk rumahnya sambil diikuti oleh tuan Ryzel.
Banyak perkara sudah berlaku sejak pertemuan kami tadi. Setelah dia mencadangkan untuk menolong aku, aku terus menolak tetapi apabila dia mengatakan alasannya mahu menolong, aku terpaksa mengikuti cadangannya itu.
Adanya dia sebagai iblis yang serba tahu tentang ibu mungkin boleh menolong aku mengkaji semua yang sudah berlaku selama ini.
Dan sebab dia mahu menolong aku, juga bercadang supaya dia tinggal bersama aku. Tidaklah susah dia mahu kembali ke alam iblis hanya untuk menolong aku. Sekurangnya dia tinggal bersama aku, aku dapat berbual lebih dengannya.
Sesampai di hadapan rumah dapat aku lihat dua iblis suruhan aku bersedia di hadapan pintu menyambut diri ini.
"Selamat pulang cik," ucap dua iblis itu.
"Kita ada tetamu hari ini. Jadi tolong sediakan bilik tetamu ya," ujar aku sambil menunjukkan ke arah tuan Ryzel.
Dua iblis tadi mengangkat wajahnya lalu dengan tiba dia menunduk hormat kepada tuan Ryzel. Sikap itu sangat aneh bagi aku. Entah kenapa mereka kelihatan takut melihat lelaki itu.
"Selamat datang, tuanku!" Ucap mereka serentak.
Aku memandang pelik ke arah mereka. Dengan aku mereka tidak pernah mengeluar aura ketakutan begitu. Apa yang mereka takutkan melihat tuan Ryzel ini?
"Gembira berjumpa dengan kamu berdua lagi. Kamu telah lakukan kerja yang baik di sini," ujar lelaki itu membuat aku bertambah pelik. Dia kenal Norn dan Lexu ke?
"Terima kasih tuanku. Jemputlah masuk berehat sementara kami menyediakan bilik tuanku," dia menjemput tuan Ryzel masuk.
Lelaki itu hanya tersenyum sambil aku memandang pelik ke arahnya. Masih banyak misteri lelaki ini yang aku belum tahu.
"Tuan sebenarnya siapa?" Soal aku.
"Saya belum bagi tahu ya. Saya adalah Raja iblis sekaligus pemilik alam kegelapan," jawapan dia membuat aku terkejut.
Raja iblis!
Seriuslah. Memang patut aura dia kuat melebihi Lexu. Hebat betul ibu dapat berkenalan dengan raja iblis seperti dia.
"Kamu tak takut pada saya ke? Biasanya orang lain sudah merayu minta nyawa mereka tidak diambil. Tapi kamu tidak."
"Kalau tuan fikir mahu ambil nyawa saya, mungkin sudah lama tuan lakukan. Tetapi tuan tidak. Jadi buat apa saya takut. Saya menghormati tuan sebagai mana tuan menghormati saya."
Lelaki itu tersenyum lalu tangannya menyentuh kepala aku sambil mengusap lembut rambut aku.
"Kamu memang sama seperti Delina. Seorang yang menarik," ujar akhirnya lalu aku membawa dia ke ruang tamu.
.
.
.
.
."Lexu, macam mana kehidupan budak tu sekarang?" Soal Ryzel kepada salah seorang iblis itu.
"Hidup cik Irene baik sahaja cuma penduduk masih lagi menindas dia sampai dia susah mahu keluar dari rumah ini," balas Lexu.
Ryzel yang mendengar hal itu mula berasa marah. Berani betul manusia lemah menindas gadis itu. Mereka tidak tahu lagi bagaimana menakutnya kuasa kutukan kegelapan ini.
"Norn ada apa-apa yang kamu tahu tentang keluarga Duke itu?"
"Saya hanya tahu Duke mengahwini puan Delina atas perintah raja. Duke tidak pernah menyukai puan Delina."
Bertambah marah Ryzel terhadap penduduk negara ini. Mereka semua menyiksa orang yang tidak bersalah lalu menyalah dan membuang orang itu seperti sampah. Dia patutnya musnahkan sahaja kerajaan ini dahulu. Manusia kerajaan ini tidak ubah seperti sampah tidak berguna.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...