Aku ada seorang ibu.
Ibu aku sangat baik padaku. Walaupun semua orang membenciku tetapi ibu sangat mencintaiku.
Dia wanita yang sangat hebat, namun dibenci oleh semua orang kerana dia adalah penyihir kegelapan. Memang dia adalah penyihir kegelapan tetapi dia tidak pernah gunakan kuasanya ke arah yang salah.
Walau sudah banyak kali dia menolong penduduk namun tatapan penduduk tidak akan pernah berubah. Sama juga dengan ayahku.
Lelaki itu membenci ibuku bersama aku. Katanya kelahiran aku adalah satu kesilapan. Ibu aku selalu menginginkan cinta ayah aku namun tidak pernah dia kecapi, termasuklah aku.
Lelaki itu tidak pernah menyukai ibu aku dan dia lebih suka akan isterinya yang lain. Ibu aku dipinggirkan di istana yang jauh ke dalam hutan bersama diri ini.
Aku selalu terfikir kenapa ibu aku mahukan cinta lelaki begitu? Aku tahu dia boleh bahagia dengan dirinya sendiri tetapi dia memilih untuk sengsara mencintai lelaki yang tidak mencintainya balik.
Hampir setiap bulan aku melihatnya berjumpa dengan lelaki itu namun perjumpaan mereka berakhir dengan duka. Ibu sedih dan pada waktu itu hanya aku yang ada di sisinya.
Dan sebab itulah dia sangat menyayangi aku. Aku telah berjanji pada diri ini tidak akan meninggalkan ibu aku walaupun apa pun terjadi. Aku akan mengembirakannya apabila dia sedih dan membuatnya tertawa apabila dia mengeluarkan air mata.
Itu janji aku.
Namun semua itu berakhir apabila satu hari ibu aku menghilang. Aku ingat lagi pada umurku 5 tahun, pagi itu ibu aku berkata ini pergi ke kota membeli barangan dan aku terpaksa ditinggal di rumah ini.
Aku mendengar katanya dan duduk di rumah ini sambil belajar. Namun apabila matahari mula terbenam sosok ibu aku masih lagi belum pulang.
Aku mula gelisah. Tidak tahu mahu berbuat apa dan waktu itulah aku berfikir mahu berjumpa dengan ayahku untuk meminta tolong mencari ibuku.
Aku berjaya meminta tolongnya namun dia tidak benarkan aku menolong mencari ibuku. Sekali lagi aku mendengar kata.
Aku kembali ke kediaman asalku dan tidur di sana seperti tidak ada apa-apa terjadi namun hati ini masih gelisah menanti kepulangan ibuku.
Keesokan harinya aku bangun dari alam mimpiku lalu tersedar terdapat sesuatu di tangan kananku. Aku melihat benda itu yang merupakan anting-anting kesukaan ibuku.
Aku mula penik. Anting-anting ini adalah perhiasan kesayangan ibu aku dan dia tidak akan lepaskannya walaupun tidur. Jadi kenapa ia ada di tangan ini?
Kaki aku dengan pantas keluar dari bilik ini dan mencari sosok ibu di dalam rumah. Namun tiada satu pun sosok di runah ini. Aku mula gelisah. Anting tadi digengam kuat oleh aku.
Sebalik aku kembali ke bilik tadi, aku terperasan satu nota kecil ke atas meja.
"Ambillah anting-anting ini dan jaga diri kamu. Ibu akan kembali. Ibu sayang kamu."
Aku sedikit tersenyum. Nampaknya hanya perasaan aku bahawa ibu aku meninggalkan ku. Mana mungkin dia mahu meninggalkan diri ini. Mungkin dia hanya sibuk di menara sihir seperti dulu.
Aku dengan tenangnya menanti kepulangan wanita tercinta itu. Anting tadi dijaga baik olehku namun tidak ku pakai kerana aku tahu hanya ibu yang boleh memakainya.
Dari hari ke minggu, minggu ke bulan namun sosok ibu masih tidak kelihatan. Mana dia?
Aku sangat risau. Hampir setiap hari aku berjumpa ayahku bertanya khabar tentang ibuku namun masih tidak ada apa-apa jawapan.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...