cp 18

3.1K 389 17
                                    

Bruk!

Atap dewan ini terjatuh. Sekumpulan serigala liar berada tepat di hadapan mereka. Mata mereka merah menatap marah manusia di dewan itu. Sekeliling haiwan itu ada satu aura hitam seperti mengawal mereka.

Mata Duke tajam melihat haiwan itu. Tangannya mengeluarkan satu sihir untuk bersedia berlawan haiwan tersebut.

"Kylo, cepat musnahkan mereka," arah raja yang sedang ketakutan itu.

Duke menurut perintah terus memancarkan sihirnya mengena sekumpulan serigala itu dan ada yang terkena namun kebanyakannya tidak mengena.

Serigala itu mula menyerang para tetamu tetapi berjaya di halang oleh pengawal dan anak-anaknya. Untung sahaja Zeev dan Crius ada seni mempertahan diri. Syalis pula ada belajar sihir darinya.

"Duke, hati-hati!" Seseorang memberi amaran kepada Duke yang sekarang ada satu serigala menyerangnya tanpa di perasan.

Duke dalam keadaan tidak bersedia itu, tidak sempat mengeluarkan sihirnya. Serangan haiwan ini mungkin akan mengenalnya.

Blush!

Tiba satu sihir seperti angin mengena haiwan itu sehingga membuat badan haiwan itu terbelah dua. Nyawa Duke selama kali ini.

Matanya melihat ke arah pintu masuk dan kelihatan Irene yang menyerang haiwan tadi menggunakan sihirnya. Tidak cukup dengan haiwan itu, haiwan lain juga dia serang dengan begitu mudahnya.

Putera mahkota yang datang bersama Irene tadi juga menolong para pahlawan istana sebelum berlari ke hadapan Duke.

"Semua selamat ke?" Soal Noir.

Matanya melihat sekeliling. Nampaknya dia agak terlambat. Dia dan Irene tidak sangka serangan haiwan buas itu akan sampai ke sini dahulu sebelum mereka. Tapi untung mereka sempat datang sebelum haiwan itu menyerang tetamu lebih teruk.

"Mereka semua selamat-"

"Penyihir tu! Ini mesti sebab penyihir itu. Mesti dia yang hantar binatang buas ini ke sini," tiba satu suara menuduh ke arah Irene.

Mata Irene tajam melihat ke arah perempuan yang menuduhnya tadi. Perempuan itu memang tidak pandai berterima kasih padanya setelah dia menolongnya tadi.

"Ya, mesti dia. Hanya dia sahaja boleh gunakan sihir kegelapan dan mesti dia buka benteng pertahanan negara ini lalu serang kita semua," tetamu yang lain juga menyokong.

Irene yang berdiri di situ berjalan menuju ke arah tetamu yang ketakutan itu. Bukannya mahu berterima kasih malah menuduhnya.

"Kalau aku buat semua ini, aku tak akan selamatkan kamu semua. Lebih baik aku biarkan semua mati sahaja," kata Irene menakutkan mereka.

Semua tetamu tadi mula terdiam. Tidak berani menjawab kerana takut akan Irene yang seakan hauskan darah kini. Mahu hilang nyawa mereka sekarang.

"Duke, beta rasa kita mesti fikirkan strategi untuk menolong penduduk sekarang," ujar Noir.

"Kalau macam tu, biar patik dan para penyihir menolong menyerang di kawasan kota dan menara sihir," cadang Duke.

"Baiklah dan Neith, kamu bawa semua para pahlawan diraja ke kota dan bahagian tumpuan serangan. Jangan biarkan haiwan itu menyerang penduduk," Noir memberi perintah kepada pengawal diraja itu.

Mata putera mahkota itu kemudiannya bergerak ke arah anak Duke. Dia ingat anaknya mempunyai kekuatan sihir kesucian yang kuat dan itu mungkin boleh menolong para penduduk.

"Duke apa beta boleh minta tolong pada anak Duke?" Pinta Noir.

"Apa dia?"

"Beta mahu Syalis pergi ke kota dan sembuhkan penduduk yang tercedera. Crius dan Zeev juga beta mahu mereka tolong kuatkan pertahanan negara di bahagian ibu kota."

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now