cp 15

3.2K 419 81
                                    

Tok! Tok!

"Masuk," ujar Duke Kylo.

Pintu dibuka dan kelihatan seorang lelaki pertengahan umur masuk sambil membawa satu sampul surat undangan.

"Duke, ini adalah undangan daripada istana," lelaki itu memberikan surat undangan tersebut.

Mata Duke melihat sekilas surat itu lalu mengeluh perlahan. Sejujurnya dia ingin menolak undangan itu namun itu adalah undangan daripada raja. Dia tidak boleh tolak undangan raja.

"Apa Irene turut menerima undangan ini?" Soal Duke.

Entah kenapa kepalanya asik memikirkan tentang gadis itu sejak kejadian siang tadi. Baginya itulah kali pertama Irene menolak katanya.

"Ya, hampir semua orang terpenting di negara ini menerima undangan ini," balas lelaki tadi.

Duke berfikir sejenak. Undangan tersebut ditatapnya. Dia berfikir adakah dia terlalu kasar terhadap Irene selama ini sehingga membuat gadis itu tidak tahan lagi.

Bagaimana tidak, selama ini Irene tidak pernah menolak katanya dan tiba hari ini budak itu menolak. Gadis itu mungkin sudah sampai limitnya.

"Walaupun perintah, saya tetap menolak. Duke tidak boleh memaksa saya. Ini badan saya dan saya sendiri yang membuat keputusan sendiri."

Cara dia menjawab itu memang sama seperti Delina. Lelaki itu ingat lagi ketika Delina masih hidup dahulu.

Delina seorang wanita yang tegas dan tidak suka mendengar perintah orang lain termasuklah dirinya. Tetapi ada satu sahaja perintah yang dia terpaksa dengar iaitu perintah raja.

Disebabkan sihirnya dikunci dan dikawal oleh raja, dia terpaksa mendengar semua perintah raja sehinggakan dia terpaksa berkahwin dengan dirinya

Memang Duke tidak menyukainya tetapi itu adalah perintah. Selama perkahwinan Duke sangat membenci Delina termasuklah gadis itu.

Lahirnya gadis itu ke dunia ini memang satu kesilapan. Dia membenci gadis itu tetapi entah kenapa hatinya sakit apabila melihat gadis itu tidak seperti dulu lagi.

Kalau dulu Irene selalu datang kepada dengan muka yang sentiasa tersenyum sambil memanggil dirinya 'ayah'. Tetapi sekarang gadis itu tidak pernah lagi tersenyum di hadapannya dan langsung tidak memanggil dirinya ayah lagi.

Dia seperti menjadi orang lain. Walaupun dulu dirinya selalu menolak Irene dan Irene tidak pernah mengaku kalah. Tetapi lain pula dengan sekarang dimana gadis itu menjadi sangat dingin terhadapnya. Apa dia memang sudah berlebihan.

Dia tahu Irene adalah penyihir kegelapan sama seperti Delina tetapi Irene hanyalah satu alat. Dan kalau alat itu hilang kendali maka itu akan menjadi lebih teruk. Apatah lagi sekarang tidak ada siapa boleh hentikan sihir Irene.

Nampaknya dia terpaksa membaiki hubungan bersama gadis itu walaupun itu hanyalah satu lakonan semata-mata sahaja.

.
.
.
.
.

Pedang Quir ataupun pedang sihir kegelapan yang aku ambil itu hari dihayun oleh aku. Hari ini aku mahu menguji kekuatan pedang ini.

Aku tidak tahu semua mana pedang ini setelah dikunci oleh seseorang ketika perang sihir terdasyat dahulu.

Pedang hitam ini terasa lebih ringan dari pedang biasa. Apa ini efek sihir. Sejujurnya ini kali pertama aku mempunyai pedang sihir. Selama ini aku hanya mempunyai pedang biasa kerana tidak ada satu pun pedang yang dapat masuk sihir kegelapan aku.

Mata aku memandang batu permata merah yang ada di pemegang pedang ini. Itu adalah batu sihir. Aku rasa aku akan cuba guba kekuatan pedang ini dalam bilangan yang sedikit dahulu.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now