"Kakak."
Langkah aku terhenti apabila mendengar suara Syalis. Aku menoleh ke kanan dan melihat sosok perempuan berambut perak tersenyum sambil berlari ke sini.
Masa ini pula aku kena bertemu dengan budak ni. Tadi bapak dia dan sekarang dia pula nak serabutkan kepala aku.
Memang hari ini, hari menyerabutkan kepala aku sedunia ke?
"Kenapa kakak ada sini?" Soalnya sambil tersenyum.
"Aku-"
"Ah! Mesti kakak datang untuk undangan minum petang yang saya beri itukan!" Dia memotong aku.
Aku baru teringat akan undangan budak ini beri semalam. Lupa pula hari ini dia membuat minum petang itu.
Muka Syalis kelihatan teruja sambil matanya bersinar melihat aku. Dia ingat aku datang sebab itu ke? Maaflah tapi aku sebenar datang sebab lain dan aku tak ada niat nak minum petang bersama dia.
"Aku-"
"Kalau macam tu, marilah ikut saya. Semuanya sudsh tersedia di taman," dia terus menarik aku.
Memang belum habis aku bercakap dia sudah potong. Cubalah dengar dulu apa yang aku nak kata. Ini tidak terus nak tarik aku.
Nak tolak sudsh rasa malas pula. Lagi pula kalau tak terima mesti dia akan beri lagi undangan dan itu lebih nenyerabutkan aku. Tak apa, ini hanya sekali sahaja daripada aku kena undangan berribu kali dari budak ini.
Kami berdua berjalan menuju ke taman terbuka rumah ini. Penuh dengan bunga yang warna-warni. Kawasannya juga besar berbeza dengan taman rumah aku yang sungguh bahaya itu.
Setelah beberapa minit berjalan, akhir aku melihat sebuah meja di tengah taman itu. Semua sudah tersedia bersama pembantu setia berdiri di samping meja itu.
Mata aku melihat mereka dan apabila mata kami bertembung pembantu rumah itu terus ketakutan lalu melarikan pandangannya.
"Silalah duduk kakak," Syalis mempelawa aku.
Dengan tenang aku duduk di kerusi yang sudah tersedia. Budak tadi pula duduk di hadapan aku tepat bertentangan dengan aku.
"Tolong hantarkan semua yang saya pesan tadi," ujar Syalis kepada pelayan tersebut.
Pelayan itu menuruti perintah dan beberapa minit kemudian mereka datang sambil membawa air teh dan beberapa manisan.
Aku melihat mereka berkerja. Sungguh bergetar ketakutan tangan pelayan itu apabila melayani aku. Bukannya aku akan makan mereka sekarang. Buat apa nak takut.
"Maaflah kakak, saya tak dapat sedia lebih sebab saya tak tahu kakak akan datang atau tidak. Jadi selama ini saya selalu sedia ini sahaja untuk tunggu kakak datang," katanya.
Dia selalu sediakan semua ini hanya untuk menunggu aku datang minum petang bersamanya. Walaupun dia tahu aku tidak akan terima jadi kenapa sibuk nak lakukan semua ini.
Buang masa sahaja. Undangan dia beri bukannya sekali dua tetapi berpuluh dan sebanyak itu dia lakukan semua ini. Agak hebat sifat tak berputus asa dia itu.
"Jemputlah minum kakak," pelawa dia.
Aku mengangkat cawan yang berisi teh. Ini bukan teh yang aku selalu minum ke? Sengaja atau bukan budak ini sediakan teh ini.
Sebelum aku meminum teh tadi, aku menghidu aroma teh tersebut dahulu dan tiba aku terperasan sesuatu. Cawan tadi diletakkan kembali.
Mata aku melihat pula ke arah cawan Syalis. Memang ada sesuatu yang pelik tetapi aku malas nak besarkan dekat sini. Diam sahajalah.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...