Tubuh yang terasa lelah direbahkannya di atas katil sambil matanya tak lepas melekap skrin telefon pintarnya. Kenalan 'mama' itu ditiliknya untuk kesekian kalinya.
Sudah lama dia tak menghubungi mamanya. Kali terakhir adalah sebulan yang lalu itupun hanya perbualan singkat sekadar bertanya khabar. Lama dia berdiam sebelum keluhan lemahnya terlepas.
Tak semena, butang dial ditekannya dan terdengar beberapa kali bunyi 'bip-bip'. Lama dia menunggu sebelum akhirnya panggilannya mendapat jawapan.
"Hello, siapa..." belum pun habis pihak sana berbicara, Daniel terlebih dahulu memangkas.
Teruja apabila dapat mendengar suara mamanya. "Mama.. Ini Daniel." tuturnya dalam nada perlahan.
Dia terdengar mamanya beristighfar panjang. Seperti panggilan sebelum ini, nadanya seakan berat menahan rindu. Yurp, dalam keluarganya.. hanya mama saja yang merindukan dia. Bukan papa..
"Kamu sihat Dani? Macam mana dengan keadaan kamu, nak? Kamu tinggal di mana sekarang? Makan minum kamu cukup kat sana?" pelbagai soalan diacukan Ungku Zarina. Sebak.
Daniel hanya mampu tersenyum nipis. Kalaulah dia mampu kembali semula ke pangkuan ibunya, dia akan ceritakan segala pahit kehidupannya. Tentang pekerjaannya sebagai tukang kebun dan tentang dia dihalau oleh teman akrab nya.
"Mama jangan risau ma. Dani sihat je kat sini. Mama macam mana? Sihat?" kali ini, Daniel pula yang mengajukan soalan.
"Sihat Dani. Hmm.. bila kamu nak balik? Mama rasa betul-betul kosong sangat sekarang ni semenjak kamu keluar dari rumah. Baliklah, Dani. Balik sekarang ya.." ada nada memujuknya terselit.
Namun, Daniel hanya mampu geleng kepala. Tak.. kalau dia balik, pasti dia kena bertebal muka. Sekurang-kurang nya dia dapat buktikan pada papanya yang dia juga dapat berdiri di atas kaki sendiri.
Cuma.. bukan sebagai tukang kebun.
Sudah hampir dua minggu dia berkhidmat di rumah Dato' Zulkifli. Segala pakaian, makan dan minumnya ditanggung oleh Dato' Zulkifli. Dia juga dapat duduk secara percuma di dalam rumah villa tersebut walaupun biliknya sedikit kecil dan beranginkan kipas meja.
"Bila Dani dah sedia, Dani akan balik." hanya serangkai ayat itu saja yang mampu dia berikan.
Bila? Berapa lama? Dia tak mampu untuk memberikan jawapan yang pasti berkenaan itu. Dia sendiri tak tahu bila dia dapat kejayaan itu.
Sedang leka Daniel berbicara, telinganya menangkap bunyi sesuatu jatuh. Kemudiannya, sayup-sayup dia terdengar suara gadis yang sedang mengerang kesakitan.
Lantas, Daniel meminta izin untuk menamatkan panggilan. Syukurnya, Ungku Zarina tidak banyak tanya.
Letak sahaja telefon pintar di atas meja, Daniel terus menyusup keluar dari biliknya. Pandangannya serta-merta tertumpu pada sosok Arissa yang sudah duduk tersungkur mengutip beberapa buah kotak di lantai.
"Haih, macam manalah boleh jatuh.." gumam ku sambil mengutip satu persatu kotak yang berselerakan di atas lantai. Kakiku yang sakit, aku tak pedulikan.
Ketika aku sedang sibuk mengutip kotak, hujung mataku ternampak akan sosok Haidar yang datang membantuku mengutip kotak tersebut.
Tergamam aku sejenak. Tingkah lakuku juga turut mati. Dia tak bersuara namun tangannya laju mengutip kotak-kotak lalu menyusun nya di dalam beg IKEA.
Kerana bantuan dia, akhirnya semua kotak tersusun semula di dalam beg. "Terima kasih sebab tolong." ucapku memandangnya.
Lelaki itu sekadar mengukir senyum nipis di sebalik jambangnya yang tebal. "Tak apa, cik Rissa. Erm.. cik Rissa okay ke? Boleh bangun?" soalnya tak lepas memandangku.
YOU ARE READING
Dia Perempuanku
Romance@DiaPerempuanku @Choco_Lyn @RomanticGenre @Wattpads2021 Aku Arissa Haura, seorang gadis yang diambil sebagai anak angkat oleh Dato' Zulkifli kerana beliau tidak memiliki zuriat. Walaupun dibesarkan dengan harta yang melimpah namun.. aku masih tak lu...