cp 13

3.3K 417 12
                                    

"Rahsia kegelapan"

Tajuk buku yang sedang aku baca sekarang. Bagi aku buku ini menarik dan banyak maklumat tentang sihir kegelapan aku perolehi.

Memang patut buku ini menjadi buku terlarang. Buku ini ada menceritakan kebaikkan sihir kegelapan namun disebab negara ini melarang penggunaan sihir itu, mereka telah menyimpan seperti ini daripada penduduk.

Semuanya untuk membuat penduduk berfikir bahawa sihir kegelapan ini sangat bahaya.

Satu-persatu kertas daripada buku ini diselakkan oleh aku dan apabila aku sampai di pengakhir buku ini, tiba satu kertas terlipat yang disimpan di dalam buku ini terjatuh.

Aku memgambil kertas yang sudah bertukar warna menjadi kuning itu. Kelihatan sudah lama. Kertas yang terlipat itu dibuka oleh aku. Tajuknya dibaca perlahan.

"Perkahwinan antara manusia dan iblis"

Tajuk kertas itu. Agak pelik aku membaca tajuk ini. Konsep dia ini ialah Derain tapi lebih kuat dimana pihak iblis masuk sekali.

Memang ada ke perkahwinan antara manusia dan iblis. Bukankah itu melanggar hukum alam. Apatah lagi iblis dan manusia adalah dua mahluk yang sangat berbeza.

Aku membaca lagi isi surat tersebut. Ia mangatakan bahawa perkahwinannya tersebut mungkin terjadi namun akan membawa kemusnahan.

Pernah seorang ada iblis dahulu yang sangat mencintai seorang manusia sehingga mereka berdua berniat berkahwin. Dan apabila mereka berkahwin, mereka telah dikurniakan seorang anak.

Namun kemusnahan yang dikatakan terjadi apabila iblis tersebut tidak dapat berjumpa dengan manusia itu lagi setelah melahirkan anak kerana raja iblis terlalu membencikan manusia.

Dia diberi dua pilihan. Satu meninggal pasangan dan anaknya. Dua membunuh mereka sendiri. Sudah tentu dia tidak sanggup membunuh isteri dan anaknya, jadi mereka bernekad meninggalkan mereka.

Jadi itulah kisah tragis percintaan antara manusia dan iblis. Ini juga menjadi sebab kenapa dua mahluk ini tidak boleh bersama.

Kini aku faham kenapa adanya larangan berkahwin lain alam. Semuanya demi menjaga keseimbangan dunia.

Di sini dikatakan anak kacukan iblis sangatlah kuat sehingga boleh menandingi dewa. Agak terkejut aku. Kalaulah anak yang dikatakan di atas kertas ini masih hidup, ingin sekali aku melihat kekuatannya.

Tok! Tok!

Tiba pintu bilik ini diketuk. Aku membenarkan orang itu masuk dan Lexu pun masuk sambil membawa satu surat di tangannya.

"Cik, ini ada undangan minum petang daripada cik Syalis," dia memberikan aku surat undangan aku.

"Buang sahaja. Aku tak nak pergi," ujar aku tanpa mengambil surat itu.

Sebenarnya aku tidak faham kenapa budak itu nak sangat aku datang ke rumah itu. Ini bukan baru kali pertama aku mendapat undangan begini tetapi sudah berpuluh kali dan setiap kali itulah aku menolaknya.

Adakah disebabkan aku menolongnya dahulu? Tetapi itu lebih kepada putera yang menolong dia.

Aku hanya mengatakan apa yang aku lihat sahaja. Bukannya aku berniat nak menolong. Lagi pula kejadian hari itu, aku sudah jangka dan aku sudah cuba elak.

Di kehidupan lalu aku, sepatutnya kejadian itu aku yang menjadi Syalis tetapi aku tidak ditolong sesiapa malah Zeev dan Crius membela Vivian sambil memalukan aku di sana.

Disebabkan peristiwa itu jugalah kenapa di kehidupan lalu aku, Vivian dan Crius menjadi tunang. Dikatakan kejadian lelaki itu menolong Vivian telah membuat Vivian jatuh hati dan aku pula dikatakan penyihir jahat yang cemburukan Vivian.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now