Bab 13

3.2K 197 5
                                    

Haruman maggi kari yang memenuhi ruang langsung tak mengganggu lamunan Daniel. Sedari tadi, fikiran nya ligat memikirkan kejadian tadi. Kejadian di mana dia bertemu dengan perempuan yang dia tidak kenali.

Sudah dua kali pertemuan dan kedua-duanya cukup membuktikan mereka memiliki ego yang sangat tinggi. Kedua-duanya tidak mahu mengalah. Tak boleh ada yang menang dan tak boleh juga diri ini kalah.

"Okay, jomlah pergi balai polis. Awak kan yang cadang?" tiada gentar dalam nada gadis itu.

Melihatkan Daniel yang masih terkedu. Gadis itu terus saja memajukan langkah menuju ke arah keretanya semula namun Daniel pantas mematikan langkah gadis itu.

"Kalau terbukti kau salah, aku saman kau lebih. I see you in court." Daniel masih mahu mencabar.

Bingkas, gadis itu memusingkan badannya ke arah Daniel. "Encik ni tak tahu malu kan? Nak saman tapi tak tau nak saman untuk apa. Kalau patah tulang, saya boleh terima lagi."

"Nak tengok sangat aku patah tulang kan? Hah, langgar aku. Langgar lah cepat." Daniel sudah menggertak.

Langsung dia tidak pedulikan orang sekeliling yang sudah memandang adegan dia dan gadis itu. Entah kenapa, dia boleh hilang rasa malu ketika itu. Dia juga tak pasti kenapa dia teringin sangat nakkan duit saman itu.

Mungkin.. dia sudah tiada cara lain untuk dapatkan duit.

Gadis itu sudah mendengus kecil. "Encik ni kan..."

Belum sempat gadis itu menghabis kan bicaranya, bunyi hon yang kedengaran menjedakan segalanya. Tanpa sedar, beberapa buah kereta sudah beratur di dalam kereta Myvi nya.

Tidak membuang masa, gadis itu terus saja masuk ke dalam keretanya. Langsung dia tidak pedulikan raut Daniel yang masih dengan egonya.

Baru saja dia mahu menyerang, gadis itu terus saja memandu laju keretanya.  Melihatkan hal itu, Daniel jelas terpinga.

Huh! Tak guna!!!

"Dasar tak guna. Jenis tak bertanggungjawab." makinya dengan nada geram.

Serta-merta dia menyuapkan maggi yang hampir sejuk itu ke dalam mulut nya dengan kening berkerut tanda protes. Marah, marah juga tapi perut lapar pun kena isi juga!

"Kalau aku dapat dia, aku saman tinggi. Dia fikir dia cari fasal dengan siapa? Ini akulah.. Ungku Haidar Daniel!" jerkahnya sedikit lantang. Geram punya fasal, habis air liurnya tersembur-sembur ke depan.

Nasib baik tak ada orang.

"Aih, Dani. Kau marah siapa itu?" sergahan suara garau dari arah belakang itu mematikan kunyahan Daniel seketika.

Terus dia menoleh ke belakang. Dilihatnya Zuhair sudah menapak mendekatinya di meja makan. Terus senyum pendeknya dihulur.

Diantara Zuhair, Amirul dan Syzwan, Zuhair lah yang tidak banyak buat ulah dengannya. Namun, jarang juga dia bertembung dengan Zuhair dalam rumah ini. Mungkin disebabkan Zuhair banyak meluangkan masa berperap dalam bilik. Al-maklumlah student Master kan?

Banyak nak kena siapkan assignment.

"Tak adalah. Tak ada siapa pun." bohongnya. Kembali, Daniel menikmati suapan maggi nya.

Zuhair pula sudah ambil tempat di hadapan Daniel. Wajah Daniel dipandangnya sejenak. "Kau tak makan nasi ke, Dani?"

Soalan yang terpacul keluar dari mulut Zuhair itu menarik perhatian Daniel. Hanya mampu sengihan saja yang Daniel beri.

Dia PerempuankuWhere stories live. Discover now