"Terima kasih kerana sudi datang hari ini," ujar seorang lelaki yang duduk disinggahsana yang diperbuat daripada emas itu.
"Tidak ada masalah, Yang Mulia," balas Duke Argechi.
Kami berlima iaitu aku, Syalis, Zeev, Crius dan Duke Kylo Argechi menunduk memberi perhormatan kepada lelaki itu ataupun boleh aku katakan raja negara ini.
Hari ini adalah hari dimana keluarga Argechi akan berjumpa dengan raja ini atas hubungan kekeluargaan. Duke yang merupakan salah seorang berdarah diraja diarahkan kesini sambil membawa anak-anaknya.
Katanya mahu membawa keluarga tetapi pernah ke keluarga ini fikirkan aku sebagai keluarga mereka. Rasanya kehadiran aku sangatlah dibenci oleh mereka. Aku datang ini pun kerana terpaksa.
Mata aku diangkat melihat gerangan raja kerajaan ini. Sesungguhnya muka itu sangat aku benci. Penduduk kerajaan ini mengatakan bahawa dia seorang raja yang baik tetapi bukan aku.
Baik ke raja ini yang hantar budak 15 tahun pergi ke medan perang seorang diri dan lepas itu tidak mengucapkan terima kasih pun. Baginya aku hanyalah senjata untuk dia bermegah.
"Irene, kamu..." dia menoleh ke arah aku lalu melihat aku dari atas hingga di bawah.
"Kamu memang semakin menyerupai Delina," ujarnya.
Melihat aku yang berpakaian serba hitam dan anting-anting merah ini mesti mengingatkan dia dengan ibu aku.
Ya, Delina ialah nama ibu aku. Penyihir kegelapan kedua terkuat di alam ini.
Raja ini membenci ibu namun aku berlakon seakan menyukai ibu aku untuk menggunakannya. Aku ingat lagi dulu ketika ibu aku tiba-tiba menghilang, dia langsung tidak menolong mencarinya malah membiarkan sahaja. Bagaimana ibu boleh termakan dengan tipuan raja laknat ini?
"Terima kasih buat pujian itu, Yang Mulia," ucap aku. Tidak iklas aku mengucapkan kata itu sebenarnya.
Raja itu tersenyum senis. Aku tahu dia fikir aku tidak tahu bahawa pujian tadi sebenarnya satu perlian lembut. Apa dia fikir aku ini bodoh?
Walaupun aku tamat belajar awal tak bermakna aku bodoh tidak tahu semua itu. Semua gerak geri keluarga diraja ini aku tahulah. Termasukkan puteri haram diraja itu.
"Sementara beta ada pertemuan keluarga ini, apa kata kamu bertiga bersiar-siar di taman istana ini," arah raja tersebut.
Aku dan tiga lagi anak Duke menunduk memberi hormat sebelun beredar dari situ. Aku tidak suka keadaan sekarang.
Rasa mahu balik sekarang tetapi itu akan melanggar perinta raja. Jadi apa boleh buat, jalan jerlah. Lagipun lepas ini akan ada satu peristiwa besar yang mungkin mengubah masa depan aku.
Kaki aku melangkah keluar dari istana ini lalu bergerak menuju ke arah kiri.
"Kakak, arah taman bukan arah sana," Syalis tiba menahan aku.
Langkah aku terhenti lalu aku memandangnya. Mata biru langit itu memang tidak boleh melawan mata merah darah aku. Dia terlalu baik untuk mengenali dunia yang kejam ini.
"Jangan sibuk urusan aku," balas aku lalu menepis kasar tangannya.
"Kakak, sa-"
"Irene, kau tak perlulah kasar sangat pada dia. Kau ada masalah ke dekat dia?" Marah Crius apabila melihat aku berkelakukan begitu.
Untung betul budak ini. Kena sikit seperti itu sudah ada orang bela dia. Sedangkan aku yang mahu mati belum pasti akan ada orang membela aku.
Mata aku tajam melihat Crius dan Zeev yang marah itu. Selepas itu aku terus beredar daru situ. Malas aku bertikam mulut, nanti bertambah besar pula.
YOU ARE READING
Irene: The Lost Witch [✔️]
Fantasy(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka sem...