E || 41

34.8K 1.6K 52
                                    

BATU nisan yang berada di hadapan matanya dipandang bagai tidak mahu lepas. Bebola mata yang sedari tadi menahan air mata kini mengalir laju turun ke pipinya. Terasa sebak dadanya melihat dua insan yang dia sayang kini berada di hadapan matanya.

"Mak,"

"Ayah,"

Medina memejam matanya rapat. Setelah bertahun-tahun dia tidak pernah jejak di tanah perkuburan ini. Akhirnya, tercapai jua. Rindu yang telah lama dia pendam kini diluah.

Dariel memandang isterinya yang duduk di antara dua kubur itu. Matanya turut mengalir air mata sedih melihat Medina berbual bersama kedua-dua orang tuanya. Gembira hatinya melihat Medina seakan berada di dunia sendiri.

Kedengaran telefon pintar yang berdering segera Dariel menyeluk ke dalam poketnya. Nama yang terpapar di skrin telefon pintarnya sudah membuat dia mengeluh panjang. Kalau Medina rindu akan arwah ibu ayahnya manakala dia mula benci terhadap ibunya.

Puan Rahimah masih tak putus-putus mahu dia bersama Anna. Walaupun dia sudah mengangkat kaki melangkah keluar dari rumah agam keluarganya, ibunya tetap dengan keputusan gila untuk dia berkahwin dengan Anna.

"Abang,"

Dariel mengangkat wajah memandang wajah sembap isterinya. Dia bukan tak mahu menziarahi kubur arwah mertuanya namun dia beri peluang kepada Medina untuk meluangkan masa bersama arwah kedua-dua ibu bapanya setelah bertahun wanita itu menanggung rindu.

"Sayang okay? Nak stay lama lagi ke? Kalau nak abang okay je. Darren dengan Dhea pun ada dengan Aira dan Daniel." beritahu Dariel. Memang pada mulanya, Darren dan Dhea mahu mengikut Dariel dan Medina menziarahi kubur namun apabila anak sulung Daniel, Afham mengajak Darren dan Dhea mandi ke sungai terus kedua-dua anaknya teruja mahu mengikut keluarga Daniel dan Aira.

Medina menggeleng kepalanya. Sejujurnya, memang dia mahu bertapa lebih lama namun tiba-tiba kepalanya di serang pening yang jarang dia rasai.

"Tak nak. Dee nak balik. Nak rehat. Lagipun, nanti tengahari, Mak Long dan Mak Su ajak makan sekali. Jadi, Dee nak rehat sebelum makan tengahari."

Dariel hanya mengangguk. Dia jugak tak mahu memaksa Medina. Tambah pula dengan cuaca yang kian naik ke langit membuatkan dia juga setuju dengan kata-kata Medina.

DI dalam bilik air, Medina memandang alat itu dengan riak tak percaya. Bukan dia mahu menolak rezeki namun kehadiran itu amat pantas baginya yang baru dua bulan mendirikan rumah tangga bersama Dariel.

Tuk! Tuk! Tuk!

Kedengaran ketukan pintu menyentak Medina dari melihat alat itu. Cepat-cepat dia mengambil alat itu dan sorok di dalam bag tangannya. Nasib dia ada membawa sesuatu untuk menyorok alat itu. Kalau tak, tidak tahu di mana dia mahu sorok alat itu.

Bukan dia tak mahu berkongsi berita gembira itu bersama Dariel. Tapi dia takut, takut jika Dariel meninggalkan dirinya buat kali kedua malah dia tahu Puan Rahimah masih hubungi Dariel dan mahu Dariel berkahwin dengan menantu pilihannya.

"Sayang... Buat apa tu? Keluar la cepat. Lama dalam bilik air tu dah kenapa?" soal Dariel sambil mengetuk pintu bilik air.

Medina mengemaskan pakaiannya. Bag tangan yang dia bawa ke dalam bilik air turut di bawa keluar sama dengannya. Pintu bilik air dikuak luas. Terpampang wajah Dariel memandangnya dengan pandangan tajam.

"Abang buat apa kat sini?" soalnya. Walaupun dia sudah tahu kenapa Dariel di sini tapi dia tetap menyoal soalan yang paling di gemari masyarakat melayu.

"Sayang tanya abang? Oh my, sayang... Sayang tahu tak, yang sayang dah buang tiga puluh minit untuk keluar dari bilik air tu. Sayang buat apa? Lama sangat kenapa?" Medina memandang Dariel. Dia tahu Dariel risau akan dirinya.

Itu baru dirinya. Buatnya dia beritahu dirinya sedang membawa nyawa di dalam perut. Agaknya tubuhnya sudah melayang di dukung oleh Dariel kerana teruja mendapat tahu berita itu.

"Sayang..."

"Huh? Kenapa?" soal Medina bingung.

Dariel senyum. Tangan Medina digengam lalu menarik wanita itu duduk di kerusi. Sejak pulang dari tanah perkuburan. Wanita itu seakan hanyut dalam lamunannya.

"Sayang... Sayang okay tak? Cuba bagitahu abang. Kenapa diam je? Lepastu bila abang panggil termenung. Sayang ada masalah ke?" soal Dariel lembut.

Medina memandang wajah Dariel. Kepala digeleng perlahan. Sejujurnya, dia mahu memberitahu Dariel tentang perkhabaran indah itu namun dia masih ragu-ragu kerana kehadiran cahaya mata itu seakan begitu pantas baginya.

"Tak de apa. Sayang penat sikit. Ya la, semalam kan kena gomol dengan Mak Long lepastu malam abang pula gomol Dee macam tak lepas." Dariel tersengih. Matanya galak memandang wajah Medina.

Entah mengapa akhir-akhir ini dia seakan ingin bermanja dengan Medina. Bukan itu sahaja dia perasaan perubahan Medina yang semakin besar. Pipi Medina tu kalau boleh dia mahu makan. Dah serupa pau yang berada di kedai. Gebu.

"Eh, anak-anak mana? Tak balik lagi?" soal Medina. Memang tadi dia ada rehat sekejap kerana penat. Namun dia sangka, Darren dan Dhea sudah pulang. Maklum la rumah kampung tinggal berdua memang sunyi.

"Tak. Daniel hantar mesej abang yang Hafiey dan Linda ada kat sana. Tu yang Darren dengan Dhea tak nak balik tu. Ada kawan katakan." ujar Dariel.

Medina mengangguk kepalanya. Dia sendiri pun tak sangka bahawa mereka berempat akan rapat sebegini walaupun usia Linda sebaya dengan Dariel. Tapi wanita itu senang berbual dengannya. Seolah bercakap dengan kakak dan adik.

"Sayang..."

Medina memandang wajah Dariel. Matanya beralih ke arah tangan Dariel yang mengusap pehanya di sebalik kain batik. Ni tak lain tak bukan pasti meminta yang itu. Huh, kini baru dia faham kenapa Dariel begitu manja dengannya.

"No! Nanti kita lambat nak pergi rumah Mak Long. Abang lupa yang kita dah janji nak makan tengahari kat sana?"

Dariel menggeleng kepalanya. Dia tak lupa akan janji Medina bahawa mereka akan makan tengahari di sana. Tapi dirinya sudah tergoda dengan Medina. Wanita itu memang sengaja memakai pakaian yang menggoda.

"Dah tu?"

"Alaaa, sayang... Sekejap je, abang janji tak lama." pujuk Dariel.

Medina menjeling mata menyampah. Ya la tu sekejap. Bukan percaya suaminya ini. Tak pasal mahu makan tengahari terus bertukar minum petang. Tak pasal malu sahaja dia kena usik sekeluarga.

"No! Abang ni... Kat sini pun menyempat eh." Medina menjeling. Dariel tarik sengih. Tubuhnya rapat ke telinga Medina lalu menggigit manja telinga isterinya.

"Siapa suruh sayang menggoda abang. No, abang tak kira. Sayang kena tanggungjawab jugak." bulat mata Medina mendengar tutur kata Dariel.

Baru dia mahu memukul lengan suaminya. Tubuhnya terlebih dahulu sudah di dukung oleh Dariel. Terkejut dirinya nasib dia sempat memeluk leher Dariel. Kalau terjatuh tadi, mahu terkejut Dariel melihat pendarahan.

"Sayang tak boleh menggelak. Abang tetap akan tuntut hak abang." Medina hanya redha namun dalam hati tetap gembira melihat wajah ceria Dariel.

To be continued...

Mr. Duda [ RAW VERSION ]Where stories live. Discover now