cp 7

4K 477 15
                                    

Aku dengan tenang menunggang kuda kesayangan aku. Di hari yang tenang ini memang masa yang sesuai untuk aku menunggang kuda setelah 3 hari aku terkurung di rumah itu akibat malam sihir.

Kuda hitam yang aku naiki berhenti di sebuah pekan yang sibuk dengan penduduk. Aku turun dari kuda itu lalu aku mengikat talinya di satu pokok supaya tidak terlepas.

Satu jubah yang cukup besar digunakan untuk aku menutup diri ini. Walaupun aku sudah menggunakan sihir menukar wajah, namun tempat yang ingin aku pergi sekarang adalag tempat yang berbahaya dan mungkin identiti aku tanpa aku sedari.

Tubuh badan aku yang sudah bertukar menjadi lelaki yang tinggi berambut hitam ini memang tidak akan dikenali oleh orang mengenali diri sebenar aku. Aku adalah perempuan jadi mana mungkin mereka akan tahu bahawa tubuh lelaki aku bagaimana.

Ini memang idea yang terbaik untuk menyembunyikan identiti sebenar aku.

Kaki aku melangkah masuk ke pekan yang riuh-rendah dengan suara para penduduk. Masing-masing ada hal yang ingin mereka lakukan.

Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya kaki aku berhenti di sebuah kedai buku. Pintu kedai dibuka lalu terus aku menuju ke kaunter kedai tersebut.

"Selamat datang. Boleh saya bantu?" Tanya seorang lelaki pertengahan umur tersebut.

"Aku nak beli bunga Rozelian," balas aku.

Lelaki itu terdiam sejanak sementara aku hanya memandang tajam mukanya.

"Maaf, sini kami jual buku. Bukan jual bunga. Apa kata kamu pergi ke kedai bunga de-"

"Maksud aku Rozelian Macry."

Lelaki itu terus terdiam. Muka yang tersenyum tadi terus berubah serius dan menakutkan. Sangat sesuai dengan nama pangkatnya dahulu yang merupakan ketua kumpulan penyerang negara ini.

"Tunjukkan token kau," ujarnya.

Aku mengeluarkan satu batu permata yang berwarna merah dan dalam sekelip mata batu itu mengeluarkan satu cahaya.

"Ikut aku," lelaki itu terus berjalan menuju ke belakang kedai ini.

Aku melihat sekeliling kedau ini sambil mengikutinya. Memang tidak berubah kedai ini sejak dulu. Pemiliknya juga sama.

Walaupun sudah berhenti menjadi ketua pasukan penyerang negara ini tetapi aura dia masih menakutkan. Luar mungkin nampak lembut tetapi dalaman dia pernah membunuh hampir 100 orang manusia.

"Kau ada masa satu jam sahaja. Setelah itu, terus keluar," ucap lelaki tadi lalu membuka satu pintu kepada aku.

Aku masuk ke dalam bilik tersebut dan tersenyum. Inilah tempat yang ingin aku pergi iaitu bilik penyimpanan buku terlarang di negara ini.

Buku terlarang ini biasanya ada di istana dan dilarang dibaca oleh orang biasa namun tempat ini telah berjaya mendapatkan salinan daripada buku terlarang tersebut.

Disebabkan tempat ini ada buku terlarang jugalah membuat mereka terpaksa meletakkan kata kunci kepada sesiapa yang mahu masuk. Mereka tidak boleh masuk tanpa kata kunci tadi dan token seperti aku.

Aku tidak memberitahu akan tempat ini kepada kerajaan kerana bagi aku tempat ini tempat yang menarik. Aku tidak mahu kehilangan peluang membaca buku yang terlarang itu.

Mata aku membaca satu persatu-satu tajuk buku yang tertulis di tulang buku dan aku terhenti di satu buku yang diberi nama 'Rahsia kegelapan'.

Buku tersebut diambil oleh aku lalu aku membacanya. Sedikit tertarik aku dengan buku ini kerana ada menceritakan tentang sihir kegelapan.

Irene: The Lost Witch [✔️] Where stories live. Discover now