MEDINA menunduk wajahnya ke lantai rumah papan itu. Majlis perkahwinan Ilyana sudah lama selesai dan sekarang mereka sedang berkemas sementara menunggu azan maghrib.
"Yang kamu tunduk kenapa? Muka mak long dengan mak su dekat atas bukannya kat bawah," sindir Mak Long Ecah.
Medina mengangkat wajahnya. Bebola matanya memandang dua insan yang merupakan adik beradik ayahnya.
"Ermm, kamu apa khabar? Mak Long dengar kamu dah kahwin? Betul ke?" soal Mak Long cuba beramah.
Medina senyum. Matanya memandang gigura Dariel yang sedang menolong abang sepupunya mengemas di luar. Bibir mengukir senyum.
"Ouh, tu ka dia? Segak-segak. Padan dengan hang." puji Mak Long Ecah.
"Terima kasih," ucap Medina perlahan.
"Ni, Mak su nak tanya. Hang lepaih kami halau ritu, hang ke mana? KL?" soal Mak su ingin tahu.
Medina menggeleng kepalanya. Tak. Dia langsung tak jejak Kuala Lumpur malah dia masih berada di Perak. Tanah kelahirannya sendiri.
Mak su dan Mak Long berpandangan sesama sendiri. Pelik dengan jawapan anak saudaranya ini. Setahunya, kalau anak muda dihalau dari rumah pasti mereka akan ke Kuala Lumpur hntuk berhijrah.
"Yara dapat tawaran sambung belajar dekat Australia. Yara belajar dekat sana dengan Aisya. Habis diploma terus Yara kahwin dengan Dariel." jujurnya.
Terangguk-angguk kepala Mak Long dan Mak su mendengar jawapan Medina.
"Bagus la kalau kau dah kahwin. Anak pun dah dua. Sekurangnya, kamu tak lewat macam Yana tu, umur dah masuk 30 baru nak kahwin." sindir Mak Long Ecah.
Ilyana yang baru lintas ruang tamu itu memandang ibunya dengan pandangan tak puas hati. Eh, suka hati orang la kahwin lambat pun. Sekurangnya, masih ada yang mahu.
"Apa pandang-pandang. Pi lekaih basuh periuk tu. Hang jangan nak mengelat eh."
"Ish, mak ni. Mana ada orang nak mengelat. Orang saja lalu nak tengok apa yang dibualkan dengan Yara. Tu je," bidas Ilyana.
Medina ketawa kecil. Ilyana memang perangai selamba. Kalau nak dibandingkan adik beradik Ilyana. Ilyana adalah harapan keluarganya.
"Suka hati kau la. Ni mak nak masak lauk untuk Yara. Mesti Yara rindu masakan Mak Long kan?" duga Mak Long Ecah.
Medina terkesima. Sejujurnya, memang dia rindu masakan mak long dan mak su kerana ibunya dulu tidak pandai masak seperti Mak Long dan Mak su.
"Mak long..." air mata yang ditahan mengalir keluar pipi.
"Ha, tak payah nak teriak eh. Mak long yang salah. Mak long sepatutnya jaga kau lepas ayah dan mak kau meninggal tapi sebaliknya mak long halau kau. Mak long dah dapat balasan mak long, yara. Mak long menyesal sebab tak dapat cari hang." luah Mak Long Ecah.
Medina menggeleng kepalanya. Dia tidak salahkan sesiapa kerana hidupnya begitu. Semuanya sudah diatur cantik oleh Allah S.W.T.
"Mak su pun, Yara. Mak su minta maaf. Sebab harta Mak su jadi lupa tentang Yara." Medina menyeka air matanya perlahan.
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Romance• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !