BAB 7

3.5K 209 0
                                    

'Jom lepak. Wan dengan Amirul pun ada sekali.'- Zuhair.

'Okay. Aku otw.'- kirim.

T-shirt kosong berwarna ungu itu dicapainya lalu disarungkan ke tubuh. Tanpa melihat ke arah cermin, segera dia bergegas keluar dari bilik dan menuju ke bawah. Telefon pintarnya ditilik.

Ketika Danial mahu melangkah keluar, tak semena namanya diseru dari belakang. Pantas, dia menoleh ke arah suara mamanya itu.

"Kamu nak ke mana Dani?" soal Ungku Zarina sudah melangkah merapati anak terunanya itu.

Danial hanya senyum nipis. "Dani nak keluar sekejap. Nak jumpa kawan." jawabnya.

Ungku Zarina mengangguk kecil. Sejenak, dia diam sebelum kembali bersuara. "Mama nak masa kamu sekejap, boleh?"

"Kenapa ma?"
Hairan dengan perilaku mamanya, Danial sudah berkerut dahi.

"Kamu.. okay ke nak berkahwin dengan pilihan papa kamu, Dani?" soalan berbalas soalan. Pertanyaan mamanya itu serta-merta memadam kan senyuman di bibir Danial.

Wajah tegangnya berganti. "Buat masa ini, Dani taknak fikir ma. Dani banyak lagi kerja nak buat selain fikirkan benda remeh itu."

Ungku Zarina terdiam sejenak. Daniel pula sudah berura-ura mahu keluar namun lunak suara mamanya itu menjeda langkahnya.

"Kamu tahu kan minggu depan, papa kamu dah hantar rombongan meminang?"

Kata-kata Ungku Zarina jelas mengejutkan Daniel. Matanya buntang. Kelu lidahnya tatkala perkara itu menyapa halwa telinga nya.

"Kenapa papa tak beritahu apa-apa pada Dani?" soalnya sedikit bungkam. Mana tidaknya, papanya seakan-akan mengambil keputusan sebelah pihak saja. Langsung tak berbincang dengan nya.

Dia yang akan dikahwinkan namun keputusan itu diambil seperti dia tunggul hidup. Senang diperlakukan sesuka hati!

Ungku Zarina mengeluh kecil. Ada riak kecewanya bertayang. Seperti dia juga tidak setuju dengan keputusan terburu-buru yang dibuat oleh suami nya.

"Papa pun tak bincang dengan mama, Dani. Mama tak boleh nak buat apa selain turutkan saja kemahuan papa kamu itu." ujar wanita itu sedikit kesal.

Daniel sudah mendengus kecil. Walaupun dia bukannya jenis yang suka melawan namun tak bermakna dia tiada hati. Apa yang papanya mahukan, dia akan turuti namun untuk kali ini.. keputusan papanya sudah melampaui batas.

Ini berkaitan hati dan perasaan! Mana mungkin dia dapat berkahwin terburu-buru begini. Gadis yang akan dia kahwini pun langsung tak dikenalinya. Melihat wajah juga tiada. Sebarang gambar pun papanya tidak berikan.

Mana boleh kahwin buta seperti itu saja?

"Siapa perempuan itu, ma?"

"Mama tak tahu sangat tapi mama tahu dia.. anak kawan papa kamu."
...

Ketukan deras pada pintunya menjedakan kerjanya sejenak. Lantang, dia memanggil gerangan itu untuk masuk.

Tanpa salam, Daniel terus saja menerobos masuk ke pejabat papanya. Wajah kesalnya terselit. Rancangannya mahu keluar lepak dengan temannya terus saja ditunda gara-gara keputusan papanya itu.

Ungku Syariffuddin pula tayang muka tenang. Kerjanya yang tadi tertangguh, diteruskan semula. Seakan raut Daniel itu tidak meninggalkan kesan padanya.

"Apa ni, pa?!" gertak Daniel sudah menghempas meja dengan tapak tangannya.

Daniel sudah tidak peduli. Dia mahu membela masa depannya yang kini dijudikan oleh papanya. Selama ini, dia bersabar namun kali ini.. dia perlu membela diri!

"Kamu dah hilang sopan ke hah, Haidar Daniel!" jerkahan Ungku Syariffuddin lebih lantang.

Namun, itu langsung tak mematahkan amarah Daniel. Makin berkerut kening Daniel dibuatnya.

"Kenapa papa langsung tak bincang apa-apa dengan Daniel? Kenapa tak beritahu Daniel yang papa nak hantar rombongan meminang itu?!"

Ungku Syariffuddin kacip bibir. "Papa dah anggap kamu bersetuju. Tak ada benda lagi yang papa nak bincangkan dengan kamu. Semuanya papa akan uruskan. Kamu cuma perlu ikut."

Daniel sudah mencebik sinis. Lirikan nya menggambarkan dia tidak puas hati dengan jawapan yang papanya berikan.

Amarahnya bertukar tawa. Tawa yang cukup menjelaskan dia sudah cukup untuk bertahan. Wajah papanya ditenung tajam. "Selama ini, Dani dah banyak bersabar pa. Apa yang papa nak, Dani ikut tapi papa tak pernah hargai apa Dani buat."

Apa yang dipendamnya, diluahkan. Sakit yang selama ini ditanggung, dimuntahkan segalanya. Dari kecil sehinggalah dia tumbuh besar begini, Daniel merasakan dirinya tidak dianggap seperti anak.. melainkan sebagai pekerja yang diberi tempat tinggal dan gaji saja.

Ungku Syariffudin di tempat duduk nya hanya diam membisu. Pandangan nya sedikit tertunduk.

"Dani tahu Dani ni anak haram, pa. Papa pun tak ingin tengok Dani depan mata papa tapi at least tolong.. tolong dengar keputusan Dani. Dani masih ada perasaan pa. Dani cuma minta tolong papa faham Dani, dengar Dani." rintihan Dani yang sudah menurunkan egonya.

Tak membalas. Ungku Syariffuddin sekadar membatu. Pandangannya ditunduk. Daniel pula masih tak lepas dari memandang jasad papanya itu. Untuk masa ini, dia hanya perlukan belas ihsan daripada papanya.

Tak lebih daripada itu.

Keluhan nipis kedengaran. Ungku Syariffuddin mendongak kepala nya. "Kalau kamu tak mahu ikut keputusan papa, kamu boleh angkat kaki dari rumah papa. Tinggalkan semua barang yang papa dah berikan pada kamu."

Tergamam. Daniel kelu seribu bahasa. Sungguh, dia tidak menyangka ego papanya setinggi langit. Langsung, tiada belas ihsannya.

Lama Daniel berdiam sebelum dia menarik nafas dalam. Tenang wajahnya disua ke arah papanya. "Baik. Kalau keputusan papa masih muktamad. Dani akan angkat kaki dari rumah. Lagipun, papa memang dah tak perlukan Dani lagi." ujarnya.

Tidak mahu berlama, Daniel terus saja melangkah keluar dari pejabat papanya itu. Keputusannya sudah muktamad.

Dia tak mahu lagi nasibnya diperjudi kan. Biarlah dia hilang segala harta yang ada. Apa yang dia perlukan cuma kebebasan untuk dia bersuara dan memilih.

Tak lebih daripada itu.
...

Dia PerempuankuWhere stories live. Discover now