"SO... Macam mana perkahwinan kali kedua kau? Okay? Dia layan kau okay tak?" soal Aisya.
Kini, dia berada di rumah Medina dan Dariel. Nasibnya untung kerana rumah pasangan itu tidak jauh dari apartment.
Medina senyum. Jag yang berisi air jus oren itu di letak ke atas meja. Haih, mak buyung ni tak padan dengan perut dah besar ke depan. Ada sahaja aktiviti mahu dia lakukan.
"Alhamdulilah. Aku okay. Kau jangan la risaukan aku. Risau pasal diri kau tu, haih perut tak padan empat bulan. Ada je kau buat aktiviti kan? Isa tak marah pulak kau datang sini."
Aisya sengih. Perutnya yang bulat itu diusap perlahan.
"Mula-mula tu, bising jugak la dia sebab aku nak datang rumah kau tadi. Maklum la, kandungan pertama kan? So, dia risau sikit."
Medina menggeleng kepalanya. Dia dulu mengandungkan Darren pun jugak sama seperti Aisya namun dulu dia tiada siapa mahu menegur selain Aisya.
"Eh, lupa aku nak cakap kau tahu kan hujung bulan ni, si Yana nak kahwin? Terkejut aku bila dia datang rumah bagi kad kat aku. Katanya majlis tu buat dekat kampung kau. Dia tak jemput kau ke? Takkan la dia tak jemput, kau sepupu dia kut." kata Aisya.
Medina senyum kelat. Bukan Ilyana tak mengajaknya malah gadis itu sudah jemput dia sebelum tiba di Malaysia malah menyuruh dirinya menjadi pengapitnya.
"Dia ada ajak aku tapi... Tak nak la. Aku takut." masih segera diingatannya selepas kematian kedua-dua ibu bapanya. Dirinya dihalau teruk oleh Mak Long serta Mak su.
Aisya memandang wajah Medina. Dia tahu Medina mahu pulang ke kampung. Mana mungkin gadis itu mahu lupa asal usulnya. Tangan Medina dicapai. Aisya mengusap perlahan belakang tangan Medina.
"Aku tahu kau teringin nak balik kampung. Lagi-lagi kau dah lama tak jenguk kubur arwah mak dan abah kau kan? Try la ajak Dariel balik kampung. Aku yakin bukan Dariel je setuju malah Darren dan Dhea mesti teruja nak balik kampung."
Medina memandang wajah Aisya. Bibir mengukir senyum kelat.
"Mungkin apa yang kau kata Dariel akan setuju tapi aku risau Mak Long dan Mak Su halau aku? Kau tahukan aku ni penyebab keluarga aku mati? Kalau la aku tutup suis tu, mungkin mak dan ayah aku hidup lagi, Sya."
Aisya memeluk tubuh Medina. Dia tahu peristiwa itu sering bermain di minda Medina. Peristiwa di mana dia kehilangan kedua-dua ibu ayah serta adik lelakinya.
"Dah... Jangan fikir negatif sangat. Kita cuba dulu. Apa-apa pun doa. Aku yakin semua kejadian berlaku pasti ada sebab." kata Aisya. Tangannya menepuk perlahan belakang badan Medina.
DARIEL melangkah masuk ke bilik selepas menidurkan Dhea dan Darren. Sejak mereka tinggal bersama, Dhea dan Darren manja dengannya malah dia tiada masa mahu bersama Medina.
Kaki perlahan menapak ke katil. Tubuh Medina yang sedang tidur dipandangnya. Rambut Medina dibelai lembut. Rindunya pada isterinya tak pernah pudar malah kian bercambah sejak mereka berdua berkahwin semula.
"Ermm..." Medina merengek kecil.
Dariel senyum. Bibirnya didekat ke dahi Medina lalu,
Chup!
"Abang?"
Dariel memandang mata Medina yang kian terbuka luas. Mungkin terkejut dengan ciuman di dahinya.
"Eh, sayang. Abang buat sayang terbangun ke?" soal Dariel.
Medina menggeleng kepala perlahan. Dia bangun lalu merapatkan kepala ke dada Dariel. Dariel yang perhatikan Medina hanya mengukir senyum.
"Abang pergi mana tadi?" soal Medina.
Sebulan perkahwinannya dengan Dariel. Dia sudah tahu segala jadual lelaki itu. Memang malam seperti ini lelaki itu akan ke bilik anak-anak sama ada mereka sudah tidur atau menunggu lelaki itu untuk meluahkan hari mereka.
"Macam biasa la, sayang... Dhea tu kalau tak bercerita memang tak sah. Ada je cerita nak bagitahu abang. Darren pula bagitahu abang yang esok dia dengan Fayyad nak pergi ice skate dengan Ameer dan Alya, jadi abang izinkan la."
"Habis, Dhea? Dia tak ikut sekali?" Medina mengerut dahi pelik. Setahunya, jika apa-apa kaitan dengan Darren pasti Dhea akan ikut. Begitu juga dengan Dhea.
"Tak. Marissa call abang yang dia nak bawa Dhea jumpa keluarga dia. Dhea pun setuju nak jumpa mama dan papa Marissa. Dhea ada ajak Darren tapi Darren tak nak. Katanya tak nak ganggu Dhea luang masa dengan atuk dan nenek dia."
Kini, Medina mengangguk kepala faham. Patut la, Dhea tak mengikut Darren. Medina senyum. Bangga dia dengan sikap Darren.
"Sayang okay kan? Kalau Dhea jumpa Marissa?" soal Dariel. Risau dirinya jika Medina marah kerana tidak berbincang dengan dirinya.
"Tak. Marissa pun ada hak nak jumpa anak perempuan dia." senyum Medina. Ya, dia tahu Marissa merupakan bekas isteri kedua Dariel tapi Marissa masih ada hak untuk berjumpa anaknya dan dia tak mahu menghalang hubungan ibu dan anak kian rapat.
"Abang sebenarnya bangga dengan sayang tau. Cemburu pula abang bila tengok sayang boleh setenang ni kan?"
Medina memandang wajah Dariel. Dia rak faham maksud Dariel.
"Maksud abang?"
"Maksud abang, Dee macam tak kisah Marissa datang jumpa Dhea. Sedangkan risiko Marissa goda dan berkahwin dengan abang semula tinggi tau." duga Dariel.
Medina senyum. Kini baru dia faham maksud Dariel. Haih, suaminya ini baru sebulan berkahwin sudah memikirkan perkara yang semua wanita tidak mahu setelah berkahwin semula dengan bekas suaminya.
"Abang... Dee tak kisah, Dee tahu dan Dee percaya abang yang abang takkan menduakan sayang buat kali kedua. Luka la hati sayang macam mana pun, Dee tahu abang akan tetap pilih Dee. Apa-apa pun semua itu kuasa Allah. Kita siapa nak melawan takdir dia."
"Memang la, kita tak boleh lawan takdir tapi..." kata-kata Dariel terhenti apabila dia terasa bibirnya ditekap dengan sesuatu yang lembut.
Dariel memandang wajah Medina sebaik ciuman itu terlepas. Sungguh dia tak sangka bahawa Medina... Haih! Memang sengaja betul la isterinya menggoda dia malam ini.
"Abang... Jangan pernah sekali turunkan kepercayaan abang pada Dee atau maha berkuasa. Dee tahu kita risiko kita kahwin semula ini agak sukar sebab kita berkahwin tanpa restu ibu, tapi percaya la dengan kehendakNya pasti Allah ada cara untuk kita bersama. Sebab tu, Dee percaya apa yang abang lakukan dan jangan pernah lunturkan kepercayaan Dee pada abang."
Dariel senyum. Pipi Medina diciumnya sekilas sebelum bibirnya menyambar bibir merah Medina. Medina turut membalas ciuman itu. Lama mereka begitu, akhirnya tautan ciuman itu terlepas.
Termengah-mengah Dariel dan Medina mengatur nafas semula. Masing-masing berpandangan sambil tersenyum.
"Maafkan abang sebab lukakan hati Dee. Abang janji abang takkan mempersiakan Dee. Malam ini, bersaksikan bulan dan bintang. Sudikan sayang bersama abang selamanya?"
Bibir Medina mengukir senyum. Tanpa menjawab soalan dari Dariel. Medina mencium bibir Dariel kilas.
"Selamanya... Medina Azyara milik abang,"
To be continued...
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Romance• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !