"ASSALAMUALAIKUM..."
Dariel, Medina, Darren dan Dhea menapak masuk rumah baru mereka berempat. Tambahan rumah ini tidak jauh dari tempat kerja Dariel dan tadika Darren dan Dhea malah mereka berjiran dengan Riyad yang selang dua rumah.
"Wah! Cantiknya rumah ni, papa! Rumah siapa ni papa? Kenapa kita datang sini?" soal Dhea. Matanya tak berkerdip melihat dekorasi rumah itu.
Cantik!
"Haah, kita dekat rumah siapa mama, papa? Kenapa kita tak balik rumah aunty Yana. Kan, pakaian kita dekat sana." Darren turut menyoal perkara yang sama.
Dariel dan Medina saling berpandangan. Mereka berdua mengukir senyum di bibir.
"Kalau papa kata ni rumah baru kita seronok tak?" sengaja Dariel memberi teka teki kepada anak-anaknya.
"Rumah baru? Kiranya kita berjiran dengan Raees la ye, papa?" soal Darren. Dia sebenarnya dah sedar kerana laluan rumah aunty Ilyana sudah lama terlepas dan jalan yang dipandu oleh papa seakan mahu ke rumah kawannya, Raees tapi siapa sangka papanya membeli rumah di sini.
"Ya, Arren sayang. Kita berjiran dengan Raees. Petang-petang boleh la pergi main dengan Raees dekat taman." jawab Dariel.
Darren dan Dhea menjerit suka. Mereka sememangnya sudah lama ingin berjiran dengan Riyad. Namun tak sangka impian mereka tercapai.
"Dah, sekarang pergi pilih bilik. Lepas tu, mandi. Nanti petang kita keluar beli barang dapur." arah Dariel.
"Aip-aip, captain!" tabik Darren dan Dhea serentak hendak berlari naik ke tingkat atas.
Medina menggeleng kepala mendengar suara Darren dan Dhea berebut memilih bilik. Baru punggung hendak labuh duduk di sofa, terbantut apabila Dariel memeluknya dari belakang. Telinganya dikucup lembut.
"Abang... Anak-anak ada dekat atas kan?" tegur Medina lembut. Bukan dia tak biasa dengan kenakalan Dariel. Lapan tahun berpisah. Suaminya langsung tidak berubah.
"Alaa, kejap la. Dua hari abang tahan diri dari peluk sayang kecuali masa sayang menangis sebab Dhea dan Darren. Ingatkan lepas akad terus nak pindah rumah, alih-alih kita pula dapat berita mengejut. Nasib cepat, kalau tak, tak tahu la apa nasib Darren dan Dhea masa tu."
Medina diam di dalam pelukan Darren. Dia juga tidak tahu bagaimana keadaannya andai dia dan Dariel lambat tiba di rumah itu.
"Mama... Papa..." suara Dhea memanggil dari tingkat atas, segera Medina menolak tubuh Dariel jauh darinya. Meskipun, mereka sudah berkahwin. Tak elok untuk mereka bermesra terlebih di hadapan anak-anaknya. Lagi-lagi dengan pemikiran anak mereka yang terlebih DHA.
"Ya... Ya, sayang. Kenapa?" sahut Medina gagap.
Dhea mengatur turun ke bawah. Melihat mama dan papanya berdiri tegak seperti melakukan kesalahan membuatkan dahinya berkerut.
"Kenapa mama papa tak duduk? Tak penat ke?" soal Dhea.
Medina tergamam. Kelu lidahnya hendak menjawab soalan anaknya. Matanya kerling memandang wajah Dariel di belakangnya meminta tolong.
"Aaa, penat, Dhea. Tapi mama dan papa pun nak tengok juga rumah ni. Takkan Dhea dan abang aje nak tengok rumah ni kan?" dalih Dariel menipu anak perempuannya.
Terangguk-angguk kepala Dhea memahami kata-kata papanya. Yalah, ni kan rumah baru mereka. Pastilah mama dan papa nak tengok rumah juga kan?
"Ni kenapa Dhea turun bawah? Abang mana? Bukan tadi kata nak chop bilik ke?" soal Medina pada Dhea. Pelik, tiba-tiba saja anak perempuannya turun ke bawah. Padahal tadi, berebut dua beradik itu mahu memilih bilik tidur.
"Abang? Huh, dia pandai, mama. Dah chop bilik terus dia kunci pintu tak bagi Dhea masuk. Dhea sebenarnya lapar, mama. Mama ada masak tak? Dari hospital lagi Dhea tahan lapar," adu Dhea. Perut kecilnya di usapnya perlahan.
"Eh, kenapa tak cakap awal-awal dekat papa? Kalau tak boleh papa singgah beli makanan untuk Dhea," ujar Dariel sedikit terkejut apabila anaknya tidak memberitahu bahawa mereka sedang lapar tika ini.
"Dhea dah cakap tapi abang kata jangan kacau orang tengah bercinta. Khusyuk sangat berbual sampai lupa anak dekat belakang."
Terlepas tawa Medina mendengar ayat perlian anak perempuannya. Dariel ukir senyum malu. Tak sangka anak-anaknya perasaan akan dirinya hari ini.
"Yalah, papa salah. Papa keluar kejap, beli makan untuk Dhea, mama dan abang ya. Dhea duduk rumah jaga mama." pesan Dariel sebelum mencapai kunci kereta.
"Baik, papa." Riang Dhea membalas.
"Abang pergi dulu. Apa-apa call abang. Pasal tadi, malam abang tuntut okay." bisik Dariel. Medina menepuk perlahan bahu Dariel.
"Gatal."
"Gatal dengan sayang aje. Abang pergi dulu. Bye." Hidung Medina dikucupnya sebelum dia melangkah keluar dari rumah agam itu.
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Romance• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !