UAZ 26🍃

615 42 4
                                    

        MAKCIK HASNAH menggaru kepalanya yang gatal. Keadaan makcik hasnah kelihatan teruk sekali dengan baju yang kotor dan rambut dibiarkan berjuntai begitu sahaja. Dia memegang perutnya, sudah seminggu dia tidak makan. Dia menghulurkan tangannya ke arah orang yang lalu-lalang di sekitar kawasan itu.

"Tolong makcik! Makcik dah seminggu tak makan. Nanti makcik sakit" aduh makcik hasnah.

Orang di sekitar  tersebut hanya membiarkan rintihan makcik hasnah. Mereka sedikit pun tidak menoleh memandang ke arah makcik hasnah.

Sekumpulan makcik-makcik bawang berhenti melihat susuk tubuh makcik hasnah yang sedang duduk di hadapan kedai sambil menghulurkan tangannya meminta bantuan. "eh itu bukan hasnah ke? Kenapa dia duduk situ jadi pengemis"

"Iyaka mana-mana aku tak nampak pun" kata salah seorang makcik yang berbaju kurung biru.

"Tu dekat depan kedai tu. Aku rasakan ni mesti ada yang tak kena ni. Si hasnah takkan jadi pengemis kalau dia tak buat hal" aduh seorang makcik lagi.

"Tak silap aku, hari tu aku ternampak dia bergaduh dengan suami dia yaakob. Aku tak tahu pasal apa. Si yaakob bukan main marah gila dengan bini dia ni. Lepastu dia tolak hasnah"

"macam mana kau boleh tahu?"

"Alah masa tu aku nak balik rumah lah. Aku lalu depan rumah dorang. Ternampak pula laki bini bergaduh. Aku singgah lah kejap tengok apa yang jadi" cerita seorang makcik yang memegang plastik makanan.

"ish kau ni tak ada kerja lain ke nak intai orang!"

"Orang dah tayang wayang free, aku join lah tengok. Lagipun bukan selalu ada macam ni kan"

Makcik hasnah perasan sekumpulan wanita yang sedang berbisik-bisik sambil memandang ke arahnya. " tak lain tak bukan mesti mengumpat ni! Dasar makcik bawang betul!" getus dalam hati makcik hasnah. Makcik hasnah menjerit ke arah sekumpulan makcik-makcik bawang tersebut.

"Hoi! Tak ada kerja lain ke? Asyik nak mengumpat orang saja. Aku tahu lah aku ni jadi pengemis, tak payahlah nak usya-usya. Biji mata korang tu aku cucuk guna garpu baru tau!" gertak makcik hasnah.

"Eh hasnah aku tahulah kau kena usir daripada rumah sebab perangai setan kau tu, suami kau benci dekat kau! Siapa anak saudara kau tu,azielahkan. Budak tu lagi baik dari kau lah hasnah. Aku pun tak tahu kenapa kau suka sangat dera budak tu sedangkan dia tak ada buat salahpun. Kau nak tahu tak anak kau tu lagi jahanam dari azielah. Ada ke patut buat benda tak senonoh dekat gelap. Eii.. Mak jenis apa kau ni, memang tak pandai jaga anak ke! Bagus juga si yaakob tu ceraikan kau lepastu kawin lagi satu! " makcik tersebut tergelak jahat.

Telinga makcik hasnah sudah menggelegak panas. Lantas, makcik hasnah berdiri menuju ke arah perempuan yang sengaja menyakitkan hatinya lalu dia menarik tudung perempuan tersebut, habis terbuka segalanya sehingga menampakkan rambut separuh putih separuh hitam. "eh perempuan! Mulut kau tu jaga sikit eh, kau ingat aku nak percaya sangat kata-kata kau tu. Mana bukti yang anak aku pergi dengan jantan hah! Kau jangan nak memadai  tuduh anak orang tanpa bukti. Kau ingat kau bagus sangatlah!" marah makcik hasnah.

"apa pegang-pegang ni. Kotorlah!" makcik tersebut menepis tangan makcik hasnah daripada memegang bajunya.

"Suka hati kau lah hasnah nak percaya atau tak! Satu kampung dah heboh pasal anak kau tu. Kalau si yaakob tahu, mati anak kau dia kerja kan. Daripada aku duduk sini lama-lama, terhidu pula bau busuk. Baik aku balik masakkan suami aku. Jom kita balik!" ajak makcik tersebut kepada rakan-rakannya yang lain.

" eii... Kurang asam punya perempuan. bodoh! Sanggup kau tipu mak ya nadia. Kau tunggu aku balik, aku cincang badan kau macam daging! "makcik hasnah segera beredar daripada situ menuju ke rumahnya semula. Suka hatilah kalau suami dia cuba menghalaunya lagi, tapi dia hanya mau tahu kebenaran dan kepastian tentang anaknya buat perkara yang tak senonoh ataupun tidak.

      

    ZAFRAN  menghempas pintu keretanya dengan kuat.

Bam!!!

Bahu azielah terhinjut-hinjut disebabkan kelakuan dan sikap zafran yang berubah-ubah. Sekejap baik, sekejap jahat. Sukar difahami perasaan lelaki ini. Azielah segera keluar daripada perut kereta dengan perlahan-lahan. Zafran pun sudah masuk ke dalam rumah mendahului azielah. Azielah mengeluh berat saat kakinya masuk ke dalam rumah mewah itu.
Jelas terpapar wajah cik ma di hadapan pintu utama dengan segaris senyuman.

"kenapa dengan zafran tu, azielah?" soal cik ma.

"Dia ada masalah sikit. Kalau macam tu azielah naik atas kejap ya cik ma. Nak tengok zafran. Takut dia buat benda yang bukan-bukan" soal azielah lagi.

"hm...baiklah"

Azielah terus berjalan ke tingkat dua. Dia juga berasa risau dengan keadaan zafran yang tiba-tiba sahaja marah disebabkan isu di mall. Dia perlu mengorek rahsia zafran secara perlahan-lahan. Sesudah sahaja sampai dihadapan pintu bilik lelaki itu, azielah mengetuk pintunya.

Tok.

Tok.

Tok.

Tiada sahutan. Azielah cuba mengetuk lagi pintu tersebut. Baru sahaja mahu mengetuk pintu, tombol pintu dibuka oleh zafran. Lihat raut wajah zafran dia jelas terlihat seperti penat melakukan sesuatu. "awak buat apa dekat dalam?" soal azielah.

"Kau nak apa datang bilik aku. Kalau tak ada  urusan kau boleh bla dari sini. Jangan sampai kau sekali aku bunuh!" jelas suara keras dan berbaur amaran yang dilontarkan oleh zafran kepada azielah.
Azielah terkejut dengan percakapan zafran.

Bunuh!

" Awak ni kenapa uh! Saya tanya awak elok-elok. Awak kalau ada masalah cuba cerita dengan saya. Jangan pendam sorang-sorang, nanti awak juga yang susah!" jelas azielah.

"hei... Perempuan, kau boleh buat apa kalau aku cerita masalah aku dekat kau. Kau takkan rasa dengan apa yang aku rasa because this is not you're problem!" zafran merosakkan rambutnya.

Serabut!

Datang satu masalah, datang lagi yang lain. Dugaan apa lagi yang kau berikan ini ya, allah.

" Saya tahu saya tak boleh buat apa-apa tapi sekurang-kurangnya masalah awak tu dapat meringankan beban di kepala awak. Saya cuma nak tolong awak supaya masalah awak tu ringan sikit. Itu je pun. Kalau awak tak sudi nak luah, tak apa saya faham awak perlu kan masa untuk cerita semua tu. Lagipun saya ni cuma orang luar bagi awak. Saya minta diri dulu. Awak rehatlah. Saya turun bawah masakkan awak makanan. Kalau awak nak apa-apa panggil saya saja"

Azielah baru sahaja mahu keluar lantas pergelangan tangannya ditangkap oleh zafran. Azielah terhenti seketika dan menoleh ke arah zafran. "Awak nak apa?"

" Don't leave me. Stay here, Please!" rayu zafran.

Azielah akur dan duduk disebelah zafran. "okay. So, what is your problem? Tell me!"

Sorry guys kalau my english tak betul😂kalau salah tegur tau. Maklumlah author baru nak belajar english sikit-sikit. Eh! 🤣

Apapun happy lockdown day  hahaha.
Jaga diri, jaga kesihatan 😊👍. Semoga cara ni berkesan sekali lagi untuk mengurangkan kes Covid-19.

Okay bye goodnight my readers😘😴

Don't forget to vote and comment 👇

Happy reading😜❤️

UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE] Where stories live. Discover now